Sunday, November 10, 2013

Cosmos Oren

 



Salam kengkawan,

Ini Cosmos berwarna oren yang Reen tanam dirumah. Benihnya dari rumah Mak Ngah di kampung. Hari tu masa balik kampong depan rumah Mak Ngah cantik sangat coz Cosmos Oren nie. Geram sesangat….sweet you.


So.. bila puji view umah Mak Ngah cantik… so apalagi Mak Ngah pulak offer… Nak benih ker? Tunggu lagi.. terus jawap nak le.. Mak Ngah siap tolong kutip seeds untuk Reen. Anak-anak pokok yang baru tumbuh pun dia ada cabut beberapa pokok. So… boleh balik tanam terus la. Yang Reen tahu pokok cosmos ni ada berbagai warna termasukla kuning, pink, krim dan yang boleh makan adalag spesis ulam raja.. iaitu bunganya warna pink ke purple.

Doa-doa Untuk Memusnahkan Sel-Sel Kanser



Sekadar perkongsian agar mendapat manfaat untuk semua. Insyaallah.

Cuba amalkan membaca 8 surah ini dalm usaha untuk memusnahkan sel-sel kanser. Lebih baik sekiranya pesakit membacanya sendiri. Sekiranya pesakit tidak terdaya atau kurang baik bacaannya, maka suami, ayah, ibu atau orang lain dibolehkan membaca untuknya.

Seelok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah-surah tersebut, elok dibacakan surah-surah dibawah :

  1. Istigfar – 10 kali
  2. Selawat Nabi – 10 kali
  3. Al-Fatihah – 1X
 Sediakan sebotol air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan surah ini setiap hari atau sapu/mandi pada anggota yang kena penyakit tersebut. Insyaallah kerana kesakitan dan kesembuhan adalah kekuasaan Allah SWT.

  1. Surah Al-Maidah (ayat 82-91)
  2. Surah Al-A’raf (ayat 70-81)
  3. Surah Ar Ra’d (ayat 16-28)
  4. Surah Al-Anbiyaa’ (ayat 38-50)
  5. Surah Asy Syu’ara (ayat 185-227)
  6. Surah Az Zummar (ayat 42-52)
  7. Surah Ghafir (ayat 67-77)
  8. Surah Az Zukhruf (ayat 52-70)


Sekian.

Saturday, November 09, 2013

Suka-Suka : RM 20.00 jer…. Mampu Jana Pendapatan Tambahan Dan Selesaikan Masalah Kewangan Anda

 Salam semua kengkawan.

Nak duit sampingan sambil anda ber FB, Blogging, Twitter, Tagged, WhatsApp, dan seangkatan dengannya hanya dengan modal serendah RM 20.00. Reen ulang sekali lagi…. RM 20.00 ajer. Sikit aje kan? Kalau anda rajin ia boleh menjana pendapatan sehingga ratusan ataupun ribuan ringgit. Wang akan masuk mencurah-curah ke dalam akaun anda. Semuan orang boleh try tak kira le suri rumah, tak kerja, berkerjaya, students, budak U waima penganggur sekalipun etc…

Tawaran ini memang sangat hebat bukan ??? Lagipun modal kecik tak salah kalau mencuba. Di sini Reen ingin kongsikan maklumat percuma sistem ini :

Ø      Nikmati keuntungan 100% milik anda
Ø      Modal RM 20.00 aje dan jika anda menaja sorang anda akan dapat balik RM 20.00 (dah balik modal kan?)
Ø      Wang akan terus ke akaun anda


So… Tunggu apa lagi. DAFTAR SEKARANG !!!!

Sila Klik untuk link ini untuk menambah pendapatan anda di 

BAGAIMANAKAH UNTUK MENDAPAT BONUS INI !!!!!

Mulakan langkah anda sekarang :

  1. Hanya daftar di www.rm20segera.com/?r=afiza76
  2. Kalau ada online banking, boleh transfer RM 20.00 ke akaun penaja. Kalau tak der boleh pergi ke CDM (Cash Deposit Machine/Cash Deposit Machine) ke akaun PENAJA seperti dalam Website no (1) tadi.
  3. Selesai buat bayaran, anda boleh login menggunakan username dan password yang anda daftar tadi dan hantar maklumat pembayaran kepada admin dan penaja anda untuk mengaktifkan akaun anda.
  4. Setelah akaun diaktifkan, anda akan menerima link anda sendir dan jangan tunggu lagi, terus ke FB/TWITTER/BLOG/BLOG etc.  untuk sebarkan link anda kepada kawan-kawan.

APA YANG PERLU ANDA BUAT ???
Anda hanya perlu mempromosikan web replika anda dan terima komisyen.

Reen ulangi ye…Ciri-ciri hebat RM20SEGERA.COM 
  • Modal rendah… RM 20.00
  • 100% komisyen dibayar terus ke akaun anda
  • Web replika promosi diberi percuma
  • Wang terus ke akaun anda tanpa melalui admin
  • Komisyen terus ke akaun bank anda
  • Terima SMS duit dah masuk ke akaun
  • 100% gerenti untung
  • Mampu menjana pendapatan RM 200 ~ RM 1,000.00 sehari (ikut kerajinan anda mempromosikan web replika dan link anda)

APA TUNGGU LAGI DAFTAR SEKARANG …………..


NIKMATI LIMPAHAN RM 20 BERTERUSAN KE AKAUN ANDA SEKARANG!!!! JANGAN TUNGGU LAGI.. MANA TAHU DENGAN PELABURAN SEKECIL INI MAMPU MENGELUARKAN ANDA DARI BELENGGU MASALAH KEWANGAN. ANDA RAJIN ANDA AKAN DAPAT HASILNYA…. JOM SAMA-SAMA CARI SIDE INCOME

Persoalan Mandi Hadas Menggunakan Shower.

 

Persoalan mandi hadas dan jawapannya. Moga mendapat manfaat untuk semua.
Soalan ini ditanyakan oleh seseorang kepada seorang ustaz.

Soalan : Assalamualaikum Ustaz, adakah sah mandi hadas dengan menggunakan shower atau air pancuran ? Dengan meratakan air ke seluruhan badan sahaja tetapi tidak ada bilangan jirusan. Jika tidak sah, apa yang sepatutnya dibuat. Terima kasih.

Dari : Hamba Allah yang keliru

Jawapan : Para Ulamak telah membahagikan perbuatan-perbuatan yang perlu dilakukan di dalam ibadah (solat, puasa, haji, mandi hadas dsbnya) kepada 2 kategori :

  1. Perbuatan-perbuatan rukun
  2. Perbuatan-perbuatan sunat

Perbuatan-perbuatan rukun jika ditinggalkan akan menyebabkan ibadah menjadi rosak dan terbatal. Adapun perbuatan-perbuatan sunat jika ditinggalkan tidaklah menyebabkan rosak ibadat ataupun terbatal tetapi ia akan mengurangkan pahala ibadah.

Bagi mandi hadas/mandi wajib, perbuatan rukun adalah :
  1. Berniat mandi hadas
  2. Meratakan air ke seluruh badan

Jika seseorang mandi dengan menyempurnakan 2 perkara di atas, maka sahlah mandi hadasnya.

Pertama, ia berniat di dalam hati ketika mandi itu bahawa mandi yang dilakukannya itu adalah bertujuan untuk menghilangkan hadas (bukan mandi biasa).

Kedua, meratakan air ke seluruh badannya termasuk celah-celah rambut dan kawasan-kawasan yang berlipat di badan. Cara bagaimana mandi  (sama ada dengan menyelam, menjirus air atau berdiri di bawah shower atau air terjun) tidaklah menjadi syarat asalkan air merata ke seluruh tubuh badan ( yakni dari hujung rambut hingga ke hujung kaki). Begitu juga tidak disyaratkan bilangan jirusan tertentu. Jika dengan sekali jirusan sudah dapat meratakan air ke seluruh badan memadailah dengan satu jirusan. Jika tidak perlulah diulangi hingga diyakini bahawa air telah rata ke seluruh tubuh. Namun makruh jika kita mandi dengan berlebihan atau gunakan banyak air hingga menimbulkan Israf (pembaziran).

Di dalam hadis diceritakan bahawa : “Nabi Muhammad SAW mandi dengan segantang air sahaja” (Hadis Riwayat : Imam Al-Bukhari dan Muslim dari Anas. Lihat hadis ini dalam Bulughul-maram, bab Al-Wudhu’)
Itu adalah had wajib yang mesti dilakukan ketika mandi hadas. Adapun jika ingin mendapat pahala yang sempurna, hendaklah melakukan juga perbuatan-perbuatan yang disunatkan semasa mandi.

Menurut Mazhab Syafiee, di antara perbuatan-perbuatan yang disunatkan ketika mandi hadas adalah :
  1. Membaca Bismillah
  2. Dimulai dengan membasuh kedua-dua tangan
  3. Menggunakan tangan kiri ketika membasuh kemaluan dan ketika menghilangkan najis  di badan jika ada
  4. mengambil wuduk sebelum memulakan mandi
  5. Mandi dari atas ke bawah, iaitu dari kepala turun ke kaki
  6. Menggosok celah-celah rambut dengan air kemudian jirus air ke kepala dengan 3 kali cebokan air.
  7. Mandi dari sebelah kanan, kemudian baru ke sebelah kiri iaitu menjirus air ke sebelah kanan kemudian di sebelah kiri.
  8. Mengulangi mandi sebanyak 3 kali bagi setiap anggota.
  9. Mengosok-gosok badan dengan tangan ketika mandi.
  10. Menyelati celah-celah jari tangan dan kaki ( jika dikhuatiri air tidak sampai tanpa diselati, wajiblah melakukannya)
  11. membaca doa apabila selesai mandi sebagaimana doa selepas wuduk.

Wallahualam. Moga bermanfaat untuk semua.


10 Tips Kemanisan Dalam Berumah Tangga


Salam……. Selamat bersua kembali.

Adat berumah tangga. Adam anis, pahit, kelat, payau dan sebagainya. Adakala sangat gembira, bahagia, ceria, ada ketika bermasam muka, gundah gulana dan berduka.

Berikut ada 10 tips kemanisan berumahtangga untuk dipraktikkan untuk semua pasangan yang dah berkahwin dalam usaha mengeratkan lagi hubungan suami isteri moga menjadi keluarga yang bahagia.

  1. Ciuman – Mulakan hari baru anda dengan sebuah ciuman kepada pasangan anda. Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk pasangan anda. Dengan ciuman anda akan dapat merasakan anda dihargai oleh pasangan anda.
  2. Cincin Perkahwinan – Pakai cincin perkahwinan anda setiap masa. Ini akan membuatkan anda sentiasa berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut.
  3. Makan Malam @ bercuti – Rancang makan malam atau bercuti ke tempat menarik bersama pasangan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kalau tak boleh sekali sekali untuk merapatkan hubungan anda.
  4. Perubahan – Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan ibubapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerjaya dll. Oleh itu, perlu menerima perubahan tersebut dengan cara positif.
  5. Adab – Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab perlualah dijaga supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.
  6. Lemah-lembut dan berbudi bahasa – Bagi isteri, anda perlu berlemah lembut dan berbudi bahasa dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi.
  7. Hadiah – Berikan pasangan anda hadiah sewaktu hari-hari penting dirinya seperti hari lahir, hari ulangtahun perkhawinan dll. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari-hari istimewa tersebut.
  8. Senyum – Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak salah sekiranya anda senyum kepada pasangan anda setiap hari bagi menyatakan kasih sayang anda kepadanya.
  9. Sentuhan – Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.
  10. Impian – Setiap orang mempunyai impian masing-masing. Begitu juga dengan orang yang berumahtangga, pasti ada impian yang belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda supaya dia dapat membantu anda mencapai impian anda yang belum tertunai.

Semoga tips-tips ini akan dapat mengeratkan hubungan anda suami isteri dan menyemarakkan lagi kehidupan anda dalam membina keluarga bahagia. Amin.


Dipetik dari tulisan : Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff

Friday, November 08, 2013

Orkid Buluh aka Arundina Bambusifolia

 


Hari ini Reen nak kenalkan kengkawan dengan pokok orkid liar yang selalu dikenali juga sebagai Orkid Buluh atau Arundina Bambusifolia. Ada orang memanggilnya dengan sebagai orkid buluh kerana bentuk seakan-akan pokok buluh dan ada juga yang memanggilnya sebagai Tapah Weed. Ini kerana pokok orkid ini banyak tumbuh meliar sekitar kawasan belukar dan tebing jalan sekiranya anda ingin ke Cameron Highlands. Mengikut sejarahnya pokok orkid ini berasal dari kawasan Asia Tenggara.

Boleh ditanam secara teresterial dan boleh mencecah tinggi sehingga 8 kaki tinggi. Tetapi jika ditanam sebagai ‘indoor plant’ iaitu di dalam pasu namun saiznya agak kecil jika ditanam terdedah kepada cahaya matahari atau ditanam di atas tanah. Ia agak cantik ditanam di taman kerana bunganya tidak bermusim dan berbunga sepanjang tahun.

Nama Biasa : Orkid Buluh, Tapah Weed, Kinta Weed, Bird Orchid
Nama Saintifik : Arundina Bambusifolia, Arundina Graminifolia
Ciri-ciri : Berbatang seperti pohon buluh, berdaun panjang dan runcing, berbunga warna ungu dan putih.
Cara Tanam : Boleh dibiakkan dengan bebawang anak pokok, anak pokok yang tumbuh di batang pokok induk atau biji benih. Namun kebanyakan pokok lebih mudah ditanam menggunakan anak bebawang induk dan pertumbuhan adalah lebih cepat.

Medium Tanaman : Ditanam dalam medium tanah bersaliran baik.                     

Tips Isteri Solehah

                                                                        Foto : Cik Google


Sekadar peringatan untuk semua wanita yang bergelar isteri agar menjadi isteri solehah.

  1. Isteri yang baik akan menyambut kepulangan suaminya dengan senyuman yang menyejukkan hati.
  2. Jika suami sedang bermasalah, seorang isteri tidak akan melakukan sesuatu yang boleh membebankan suaminya dan menambahkan lagi masalah suami. Sebaliknya ia segera menyambut dan melayani segala keperluan suaminya.
  3. Sekiranya suami pulang dalam keadaan yang berlainan dari biasa, isteri jangan menyoal bertubi-tubi. Bersabar dan bertenang dahulu. Selepas suami melepaskan lelah dan kepenatan, baru anda bertanya apakah masalahnya.
  4. Sekiranya suami belum menjelaskan hal tersebut, isteri boleh menyoal suami dengan cara yang palinh menyenangkan dan bukannya dengan cara mendesak.
  5. Sekiranya isteri boleh membantu, segeralah membantu untuk mengurangkan masalah yang menyusahkan hati suami.
  6. Hal ini akan mengurankan beban suami dan ketika ini suami akan lebih menyedari bahawa di rumahnya terdapt permata yang sangat bernilai lebih tinggi nilainya dari mana-mana permata.

Sumber : Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni


Thursday, November 07, 2013

DIY – Tanam Orkid Di Batang Pokok

 

Salam kengkawan,

Ini adalah satu contoh DIY yang Reen buat pada pokok-pokok orkid Reen. Anak-anak pokok ni ada yang Reen beli dan ada juga yang Reen dapat dari kawan. Kebanyakkannya orkid jenis dendrobium, oncodium, vanda dan orkid merpati.

Untuk membuatkan pokok orkid ni hidup dalam keadaan natural, Reen telah buat DIY kat pokok orkid ni. Antara barang yang diperlukan adalah batang kayu (korang boleh guna apa jenis batang kayu pun, pokok rambutan ker, ranting mempelam ker…etc. Reen guna dahan pokok durian yang jatuh masa hujan lebat hari tu). Batang kayu perlu dipotong ok (panjang atau saiz ikut kehendak masing-masing), dawai, tali, sphagnum moss, sabut pun boleh, cutter.

Korang ambil le anak orkid tu… cari posisi yang sesuai, lekatkan sekali dengan sabut/sphagnum moss untuk kelembapan pokok, ikat dengan tali, nak kuat ikat dengan dawai, lepas tu.. ikatla batang tu dengan dawai yang lebih kuat untuk digantungkan…


Dah siap… boleh digantung ye.

7 Tanda Orang Yang Sombong


                                                   (Foto : Cik Google punya)

Hari-hari kita berjumpa dengan pelbagai jenis orang. Bermacam ragam bukan. Orang sombong dan bongkak juga salah satu jenis orang yang mungkin kita akan jumpa. So….Macam mana nak kenal orang sombong dari segi sifatnya :

Tanda-tanda Orang Sombong :

  1. Cepat marah – sikit salah pun tak boleh, dia akan cepat naik darah
  2. Suka potong percakapan orang lain
  3. Suka bertegang leher dengan orang lain
  4. Rasa tidak senang hati jika ada orang yang lebih dari dirinya di dalam satu-satu majlis
  5. Suka tinggikan suara apabila bercakap
  6. Pantang ditegur
  7. Tidak rasa kesal di atas kesalahan yang dilakukan.

Wallahhualam.







Wednesday, November 06, 2013

FAKTA : KHASIAT GARAM



Selamat bersua kembali.

Hari ini Reen nak kongsikan sedikit info yang Reen dari dapat masa dok merayap kat FB beberapa hari yang lalu.  Artikel ini cerita tentang fakta sebenar tentang garam  yang kadangkala kita pun tak ambil pusing.

Kita selalu disogokkan dengan fakta palsu “ Kalau ambik garam berlebihan boleh kena penyakit darah tinggi… ini sememangnya protocol pihak Yahudi.

Kembali kepada cara kehidupan Nabi Muhammad SAW, sebelum makan Nabi akan meletakkan secubit garam dilidah untuk elak disantau dan menapis makanan yang akan dimakan.

Bila Nabi sampai ke tempat baru, Nabi Muhammad SAW akan mengambil garam dahulu untuk menyesuaikan hormone tubuh ditempat baru.

Untuk ubat disebabkan penyakit rohani, air perlu dicampurkan dengan garam terutamanya untuk mengubati penyakit berkaitan sihir, santau dan sebagainya.

KENAPA ????   Allah SWT telah menciptakan garam sebagai penarik segala TOKSID/ASID/RACUN dari dalam darah atau tubuh dan juga sebagai penarik unsur-unsur negative (pengalaman Darul Syifa’ untuk membersihkan rumah atau urusan memagar sekeliling rumah). Ramai tidak tahu bahawa garam adalah unsure yang boleh menyeimbangkan balik sistem tubuh manusia dan inilah sunnah Nabi.

Tapi garam boleh rosak sekiranya dimasak atau bertindakbalas dengan suhu yang TINGGI/PANAS. Maksudnya, kalau hendak memasak menggunakan garam bukit, jangan letakkan garam semasa masakan sedang PANAS MENGGELEGAK di atas dapur. Tutup api dan biarkan suhu turun dahulu, baru masukkan garam. Kita paggil cara ini “ bubuh garam atas darat” macam orang Arab lakukan. Iaitu letakkan garam semasa hendak makan.

MENGAPA ???? Garam mengandungi sodium dan potassium. Tubuh memerlukan lebih potassium, kalau terlalu panas yang tinggal hanyalah sodium di dalam garam tersebut. Potassium akan rosak sekiranya suhu panas. Oleh kerana itu, barulah boleh kena penyakit DARAH TINGGI.


Fikir-fikirkan…. SEKADAR PERKONGSIAN. Harap bermanfaat untuk semua.

Tuesday, November 05, 2013

PETUA MENCARI MENCARI LELAKI YANG BAIK

                                                       (foto : Kredit to Cik Google)

Salam…

Semua wanita inginkan lelaki yang BAIK serta TERBAIK untuk dijadikan calon suami atau pasangan hidup. Namun begitu tak semua orang tahu apakak petua-petua untuk mencari lelaki yang BAIK ????

Lelaki yang BAIK perlulah :

  1. Seorang yang berkemampuan
  2. Boleh dijadikan sebagai penganti ibu dan bapa kita. Yakni… sanggup lindungi kita dari segala bahaya dan bencana ataupun kecelakaan. Ini kerana apabila seseorang wanita bersetuju untuk berkahwin,  ini beerti dia telah rela melepaskan dirinya dari jagaan ibu bapa dan berpindah tempat bergantung hidup iaitu kepada pasangannya. Kini lelaki yang akan berkahwin dengan dirinya perlu memikul tanggungjawab tersebut.
  3. Pandai menjaga darjat diri. Dimana setiap kata akan dikotakan dan diamalkan. Selain itu, seorang suami yang BAIK akan sentiasa membawa atau memandu isterinya ke arah kebaikan dan bukannya keburukan. Suami dan isteri akan saling mengingati kerana kekadang sebagai manusia adakalanya kita terlalai.
  4. Berkebolehan dalam menguruskan urusan rumahtangga. Lelaki yang pandai memasak, membasuh, menjahit dan lakukan urusan rumahtangga lain tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isterinya tidak berkemampuan.
  5. Memberi kepercayaan kepada wanita dan tidak mudah bersangka buruk. Maksudnya suami yang keluar mencari nafkah akan sentiasa meberi sepenuh kepercayaan kepada isteri dalam melakukan urusan rumahtangga, mejaga harta bendanya, anak-anak dan tidak menaruh syak wasangka yang buruk kepada isteri.
  6. Rajin, berfikiran luas serta terbuka ataupun memakan harta perempuan. Ciri-cir lelaki yang sebegini selalunya tidak pemalas, inginkan kemajuan dalam hidup serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.
  7. Mudah memaafkan.
  8. Datang dari keturunan yang baik-baik. Seelok-eloknya mempunyai akhlak dan berbudi bahasa mulia.



Semoga petua-petua ini akan dapat dijadikan panduan dalam mencari pasangan hidup.

Sunday, November 03, 2013

Tom & Jerry - Gaduh Sekejap 

Sebagai mana cerita Tom & Jerry, begitulah dengan perangai anak-anak bulus di rumah Reen yang juga bernama Tom & Jerry. Mereka berdua ini lahir berempat. Kiki & Kiko yang berwarna calico dan Tom & Jerry berwarna oren dan putih. Emaknya adalah Jojie. Namun yang umur panjang hanya Tom & Jerry, Kiki & Kiko meninggal semasa berumur sebulan.

Walau lahir dari emak yang sama tapi bentuk badan dan bulu mereka sangat berlainan. Tom lebih mirip kepada kucing kampung tetapi si Jerry berbulu panjang dan sangat lebat terutama ekornya. Agaknya dari baka Maine Coone. Tak tahulah mix dengan siapa. 

Tengok gelagat mereka… kekadang pening mama nengok kamu berdua nie…. Layan aje la… tak tahan mama babat ngan hanger baju jer…








Saturday, November 02, 2013

Tips Memilih Ikan Segar


Bagaimana memilih ikan segar di pasar. Wahai teman-teman, encik-encik suami, kakak-kakak dan seangkatan dengannya. Ini ada panduan ye… pada yang tak pernah beli ikan atau pergi ke pasar. Mana tahu nanti kot-kot terbeli ikan lama dan busuk pulak bila ke pasar. Nanti tak pasal-pasal kena marah ngan orang rumah. Saper yang susah…

Ikan yang segar mestilah ada ciri-ciri ini ok :

  1. MATA – mata ikan kena bersinar-sinar, terbonjol  dan bukan warna merah
  2. INSANG – mestilah warna merah cerah, tidak berlendir dan tidak gelap
  3. SISIK – Melekat kuat
  4. ISI – Melekat di tulang dan warna tidak berubah
  5. BADAN – Pejal dan elastic bila dicuit
  6. KULIT – Warna cerah, bersinar, basah dan tidak kusam atau kering
  7. BAU – masih ada bau laut (SEGAR) dan tidak busuk
  8. PERUT – Bila ditekan masih pejal dan keras

                                                           Foto : Kredit to Pak Google



ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...