Wednesday, April 29, 2009

RE Rose Blossom



Sulaman rose ini antara projek2 RE yang terawal siap semasa mula belajar dulu. Masih belum diframekan lagi. Bunga-bunga RE yang dijahitkan tu masih boleh diperbaiki lagi. Rasa-rasanya kombinasi warna pun perlu diperbaiki... Namun puas hati bila melihat hasil kerjatangan sendiri.

Monday, April 27, 2009

Table Cloth



Ini table cloth yang dibuat 2 tahun lepas. Dapat contoh dari aunty kat KL - Mak Teh . Dia ni mmg addict betul kait mengait ni.Skrg project terbarunya tempahan sulam manik. Sampai ambik tempahan.
Kita ni nak buat satu pun hold beberapa kali. Nie kan nak ambik tempahan.... x terfikir lak. But puas hati bila dah siap. Inilah warna favourite... pink color.




Love Pillow & Tissue Cover




Maroon Love Pillow. Ini bantal love kedua yang sempat dibuat masa study kat KL dulu. Belajar dari rakan sekampus. Memang lambat coz guna puff stich @ bahasa org kampungnya... kait buah anggur.. Guna byk benang juga. Combination warna maroon & soft pink. Sempat buat sebijik je...untuk contoh. Ini cheritera masa 12 ~ 13 tahun dulu... Masa muda2 dulu.

Lepas tu combine ngan sarung tisu warna sama. Gunakan plastik empat segi bentuk bunga yang juat kat kedai alat2 jahitan.. sekeping2 jahit. Lepas tu sambung sampai jadi kotak tisu. Hiaskan dengan frill dari warna yang sama.


Friday, April 24, 2009

RE Lagi....




Ini lagi satu RE yang telah siap. Temanya juga ala-ala english style. Naik lengoh juga le jahit bunga kekwa besar tu. Pening gak kejap dok fikir lagi nak bagi penuh kain tu... at last jahit le bunga ala-ala loceng sebagai pelengkap dan reranting tu. Rasanya ok le... any comment saya terima. Maklum le budak baru belajor... bertatih-tatih lagi. sifu ok le coz dah famous seantero dunia. Baru saya tahu bahaw ilham itu datang bila kita rasa gembira dan bahagia. Kalau kepala tengah pening @ stress x payah le buat. Sure hasilnya hampeh...
Anyway karya ini buat saya rasa lebih yakin untuk terus berkarya. Thanks to all of my RE sifu.

New Ribbon Embroidery




Akhirnya.... sesudah try kat kain-kain lain, baru le berani jahit kat kain dari Kit RE beli dari Puan Ann. Temanya ala-ala english style gitu... penat gak eden menjahit ni di waktu lapang2 abis keja umah. Kuntuman roses yang mekar... here the finish project. Agak-agak cantik le untuk percubaan.


komen dari hubby... katanya pandai gak wife dia ni, walaupun belajor kat buku dan internet je. Bagi saya dimana ada kemahuan disitu le ada jalan.


Hasil jahitan ni saya dah jahit jadi sarung cushion but frillnya belum beli lagi.

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...