Wednesday, January 30, 2013


Comot aka Emot… Dulu Dan Kini

Salam Semua…

Ini Comot aka Emot. Cer tengok Emot ni…. Dalam semua-semua anak Bella yang lahir mula-mula dulu lahir, kini hanya emot yang tinggal. Jom kita tengok foto-foto Emot dari dulu sampai kini. DOB Emot, Bubu dan Dak Ciam adalah pada 27.2.2011

Emot masa mula-mula lahir. (Emakmya Bella, anaknya Emot, Bubu & Dak Ciam)

 1st Week - Dak Ciam, Bubu & Emot

 After 1 month - Dak Ciam & Bubu (dalam kenangan mama)

 Emot masa kecil

Emot masa umur 3 bulan
Emot masa umur 4 bulan

Emot (umur 6 bulan)

Emot (umur 7 bulan)


Emot sedang sedap tidorrr....

Emot & Arwah Tee Tee
Mama missed you Tee Tee

 Emot terkini yang masih macho



Wednesday, January 23, 2013

Tee Tee Dalam Kenangan



Salam semua…

Entri ini memang dah terlewat… bukan tak boleh tulis awal tetapi masih sedih lagi time tu… jadi memang tak rasa ada kekuatan hendak menulis ketika itu. Kalau tulis pasti air mata berjurai jatuh. Setelah beberapa bulan berlalu.. kini Reen dah mampu meredhai kepergian arwah Tee Tee, anak yang paling baik dan cool dan paling manja dengan mama. Bila nak lipat kain memang cukup menyibuk dan suka tengok & minta bila mama & abah makan.
Masih teringat lagi masa Tee Tee kecil.. nama Tee Tee pu dapat sebab Hubby Reen kata muka dia masa kecik macam E.T. So jadilah namanya Tee Tee. Sampai besar lekat la nama Tee Tee kat E.T.

Tapi Tee Tee dah arwah Nov 2012 yang lalu. Puncanya kena virus demam kucing.
Masa tu Tee Tee tengah pregnant first baby. Umurnya kecil lagi tapi nak buat macam mana dah fitrah kucing… bila dah cukup umur boleh beranak pinak. Reen pun tak pasti tu anak siapa. Emot ker… atau Lion coz time tu yang jantan kat umah hanya depa berdua jer.

Ingatkan coz pregnancy dia tak lalu makan. Reen bagi jer la ubat & vitamin tambah selera makan but dia macam menolak jer. Reen paksa makan juga akhirnya dia makan juga le kibbles & ikan rebus. Namun selepas beberap hari Tee Tee tak sihat dia pergi dengan tenang. Masa Tee Tee masih ada mama sempat snap foto yang sampai sekarang selalu mama tengok kalau rindukan Tee Tee.





You're always in my mind Tee Tee.
Moga Tee Tee aman dan damai di sana. Tunggu mama ya sayang





Pegaga - Apakah khasiatnya




Setiap tumbuhan yang dicipta di muka bumi ini sememangnya mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaannya. Cuma kadang-kadang, kita saja yang tidak menyedarinya. Salah satu daripadanya daun pegaga. Nama saintifik bagi pegaga ialah Hydrocotyle asiatica Linn dan ia adalah daripada Famili Umbilliferae. Di dalam masyarakat Melayu, pegaga sering digunakan sebagai ulam. Tumbuhan herba ini sebenarnya mempunyai nilai perubatan tradisi yang tinggi.

(a) Serikan Wajah Anda – Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu. Tapiskan dan sejukkan. Setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam dan amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda akan lebih berseri.

(b) Kecutkan Peranakan – Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.

(c) Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka - Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat  mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka. Caranya: Ambil 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam, kemudian ditumbuk halus dan campurkan air garam dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam. Amalkan memakainya pada muka anda setiap malam dan cucilah pada keesokan harinya.  Lakukan petua ini setiap malam sehingga bintik-bintik hitam di muka anda hilang.

(d) Mengubati Sakit Kepala - Daun pegaga perlu direbus dengan kacang hijau dan dibiarkan semalaman dalam keadaan yang terdedah. Kemudian daun pegaga itu dimakan bersama kacang hijau dan air rebusan tersebut pula haruslah diminum.

(e) Mengubati penyakit sengal-sengal badan – Bagi mengubati penyakit ini, daun pegaga hendaklah direbus dengan bawang dan air rebusan itu haruslah diminum. Bagi mengubati sakit mata pula, daun pegaga direbus dan air rebusan itu diminum setelah dicampurkan sedikit dengan gula.

(f) Mengubati penyakit demam kepialu atau typhoid- Daun pegaga haruslah ditumbuk lumat dan diletakkan di atas dahi.

Antara khasiat lagi pegaga :

1) IA DAPAT MENGATASI PENYAKIT KENCING MANIS.

2) MENGURANGI KADAR LEMAK SETELAH MEGAMBIL SECARA. BERTERUSAN SELAMA 2 MINGU. BADAN AKAN TERASA RINGAN DAN SEGAR.

3) MENGATASI SEMBELIT DAN ANGIN.

4) MELANCARKAN PEMBUAGAN AIR BESAR DAN MEMBANTU MENGELUARKAN TOKSID AKIBAT SEMBELIT.

5) MENURUN KADAR ASID URIK YANG BERLEBIHAN AKIBAT PENYAKIT GHOUT.

6) MENHILANG KAN SAKIT KEPALA AKBAT MIGRAN.

7) MENHALUS KAN KULIT DAN MENGATASI MASA ALAH PENYAKIT KULIT.

8) MENGUAT KAN SEL OTAK DAN BAIK UNTUK MINDA KITA SEMUA.

9) MENGUAT KAN IMUNISASI BAGI MENCEGAH PENYAKIT.

10) SANGAT BAIK UNTUK WANITA YANG MEGANDUNG DAN SETELAH MELAHIR KAN ANAK.

11) MENGATASI MASA ALAH KENCING MANIS DENGAN MENURUN KAN KADAR GLUKOS DAN MENYEMBUHKAN GENGREN.

12) MENCEGAH MASA ALAH KARDIVASKULAR.

13) BAIK BAGI WANITA YANG MENOPOUS DAN OSTEOPORISIS.

14) JIKA ANAK2 KEMBUNG PERUT IA BOLEH DI RAWAT. MINUM AIR INI DI TAMBAH KAN MADU ASLI. INSYAALLAH..

15) UNTUK PENYAKIT KULIT SEPERTI - KURAP - GATAL2 - KUTU AIR - GENGREN. ( AMBIL HAMPAS TEH TERSEBUT DAN SAPU KAN PADA BAHAGIAN TERSEBUT.

16) BUAWASIR SETELAH DI MINUM - HAMPAS TEH TERSEBUT DI BUNKUS DALAM KAIN PUTIH DI BUNKUS KEMAS. KEMUDIAN DI SELIT KAN TEMPAT SAKIT DAN PAKAI SELUAR DALAM.

'' CARA-CARA MINUM NYA. KITA DI GALAK KAN MINUM SETIAP RENDAMAN SEBANYAK 3 KALI. SETELAH ITU BARU HAMPAS INI DI GUNA KAN. BUAT SAPU PADA TUBUH KITA.

AIR RENDAMAN JAGAN LAH TERLALU PANAS SETELAH DI MASAK BIAR KAN SELAMA 15 - 10 MINIT BARU LAH KITA RENDAM TEH HERBA PEGAGA INI
.''



Tuesday, January 22, 2013

Yellow Butterfly Orkid

Salam semua...

Jom layan foto-foto Yellow Butterfly Orkid yang dah berbunga

Pokok Orkid Butterfly 

Putik bunga Yellow Butterfly Orkid

Kuning warnanya...


Bila dah lihat orkid berbunga makin berkobar-kobar semnangat Reen nak menambah koleksi orkid.



Limau Purut - Khasiat dan Kegunaan




Ini pokok limau purut. Pokok limau purut ni Reen ada tanam kat tepi umah Reen.  Senang kalau nak buat rencah memasak. Tak payah dah nak beli.



Tumbuhan limau purut atau nama saintifiknya Citrushystrix ini tidak kurang hebatnya dan sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita.

Ia tidak ubah seperti limau biasa kecuali daunnya beranak manakala buahnya bulat tetapi menggerutu dengan rasa masam dan pahit.

Bagi suri rumah daun limau purut menjadi pilihan sebagai ramuan atau perisa makanan untuk memasak lauk tomyam, asam pedas, dan laksa.

Buahnya selalu dijadikan sebagai bahan yang penting dalam upacara mandi bunga dan mandi wap yang menjanjikan kesegarannya.


Antara khasiat Limau Purut :

1. Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tomyam kerana bau dan rasanya yang unik.

2. Limau purut juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap.

3. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat.

4. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.

5. Limau purut juga boleh merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.



Apakah khasiat Limau Purut? 

Khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan. Mengandungi bahan aktif berubat seperti 

anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti bacteria dan banyak lagi. 

• Dengan memasukkan pati minyak limau purut dalam mandian dapat menghilangkan

bau badan serta melembutkan kulit.

• Dapat melancarkan sistem pernafasan dengan menyapukan pati minyak limau purut 

pada dada, tengkuk dan belakang badan.

• Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang ditumbuk halus dapat mengelak dari 

masalah kekuningan pada gigi. 

• Sebagai wangian dalam aromaterapi. Kesegaran nyaman disekeliling ruang dalam 

rumah atau pejabat (kantor). 

• Memberi aroma pada masakan hingga membangkitkan selera makan. 


Limau Purut baik untuk rambut 

Jika anda ingin rambut anda bersih, cubalah mengambil buah limau purut. Belah dua dan 

jusnya diperah ke atas kepala dan digosokkan ke kulit kepala. Insyallah, jika diamalkan, 

rambut menjadi sihat, berkilat, dan bersih tanpa kelumumur. 

Monday, January 21, 2013

PERINGATAN UNTUK WANITA
(Diambil dari sabda-sabda Rasulullah S.A.W)
1. Wanita solehah adalah lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh.

2. Wanita apabila melaksanakan solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan,
memelihara kehormatan diri serta taatkan suaminya, berpeluanglah ia memasuki mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.

3. Saidatina Aisyah r.a. berkata: "Saya pernah bertanyakan Rasulullah S.A.W
tentang siapakah manusia yang terlebih berhak terhadap wanita?" Jawab Rasulullah S.A.W: "Suaminya". Bertanya pula Aisyah: "Siapa pula terlebih berhak terhadap lelaki?". Jawab Rasulullah S.A.W: "Ibunya".

4. Apabila kamu dipanggil oleh kedua ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

5. Sesiapa yang dikurniakan Allah wanita yang solehah, sesungguhnya ia telah
dikurniakan separuh dari agamanya, maka yang separuh lagi hendaklah ia berbakti (bertakwa) kepada Allah.

6. Sebaik-baik wanita ialah yang tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan mustahak. Wanita apabila keluar akan dipersonakan (digoda) oleh iblis.

7. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (bukan muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu hari ketika Rasulullah S.A.W bersama isteri-isteri baginda (Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yang buta (Ibnu Maktum). Rasulullah S.A.W menyuruh kedua-dua isterinya masuk ke dalam rumah. Bertanya Ummu Salamah: "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah S.A.W?". Rasulullah S.A.W menjawab: "Bukankah kamu dapat melihatnya?."

8. Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan di hadapan orang sehingga terhidu baunya, ia adalah berzina yakni spt perempuan zina.

9. Tidak memuliakan wanita melainkan orang yang mulia dan tidak menghina
mereka melainkan yang hina.

10. Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.

11. Wanita itu boleh dikahwini dengan sebab hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Hendaklah kamu mendapatkan yang kuat agamanya, tentu ia akan memberi ketenangan kepada kamu.

12. Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinannya dan cepat pula kehamilannya dan ringan maharnya (mas kahwin).

13. Wanita yang taatkan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air,
malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana ia masih taatkan suaminya dan diredhai (serta dipelihara akan sembahyang dan puasanya).

14. Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup 7 pintu neraka dan akan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang disukainya dengan tidak dihisab.

15. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan rasa tersinggung hati suaminya, maka ia dimurkai Allah sehingga ia kembali bermanis muka dan
tersenyum mesra terhadap suaminya.

Wallahualam.

Anak-anak Bulus Baru

Salam semua.....

Selamat bertemu kembali...

Reen nak kenalkan anak-anak bulus Reen batch baru... Jom kita check satu persatu.

Tommy aka Mommy

Gegirl (adik si Emot)

Bobby 
(anak angkat mama yang datang bersama hujan yang lebat)

Jepun  
(Dapat nama Jepun coz matanya yang sepet)

Princess Akiko
(Serupa tak dengan emaknya Jojo)
Cerita lanjut dalam entri sebelum ni. 
Cerita 2 ekor kucing yang Reen jumpa di belakang umah

Tom & Jerry
Kerjanya asyik bergaduh jer. 
Serupa macam cerita dalam tv

Lemon aka Emon
Apa yang dicium entahla

Boboy
Diambil dari tempat kerja Reen. 
Diselamatkan dari nak dibuang kat market

Boboy yang nyenyak tido bersama adik beradik baru







Thursday, January 17, 2013

Kebun Kecil Di Tepi Rumah

Salam semua.....

Kebun kecil di tepi rumah ini Reen dan Hubby mula usahakan semenjak kita pindah masuk rumah dulu. Dari semasa ke semasa kita tambah sikit-sikit. ada la untuk kegunaan kalau nak memasak. Tak payah nak beli di kedai lagi.

Tanah kat rumah Reen agak berbatu dan keras... memang susah pokok nak hidup. Aunty kat sebelah rumah pun ada komplen yang dia tanam pokok tak berapa nak hidup. namun alhamdulillah... Reen tanam beberapa herba dan pokok hidup...Antara pokok-pokok yang Reen tanam. Maafla ye... visual rumput dan lalang agak panjang kerana pakcik mesin rumput belum potong rumput lagi bulan ini.


Pokok Pandan dan Serai 

Pokok Pegaga 
(Dah tumbuh masa Reen dan Hubby pindah. Dulu sikit jer... sekarang dah penuh. 
Save budget untuk ulam pegaga)

Limau Kasturi 
(besar-besar buahnya lepas letak baja tahi kambing)

Limau Purut

Kelapa Magat
Ikut kata penjualnya pokoknya tinggi 3 kaki jer. Buah lebat. 
(Dibeli ketika Sambutan ulangtahun MPKK di Tasik Bandaran kulim dengan harga RM 25.00)

Pokok Mempelam 
Australian Mango, Pelam Lemak Manis dan Pelam Siam.
Dibeli di Pesta Flora Kulim dengan harga RM 35.00 sepokok lepas diskaun





Wednesday, January 16, 2013

Cintaku Tertumpah Pada Orkid

Salam semua...

Sempena tahun baru 2013...Reen tambah lagi koleksi pokok bunga lagi iaitu orkid. Jika dulu hanya bunga-bunga lain kini dah tambah lagi dengan orkid. Semuanya bermula semasa Reen dan Hubby ke Pesta Flora Kulim di hujung tahun 2012 iaitu bermula 17hb Dec 2012 hingga 23hb Dec 2012.

Oleh kerana terpesona dengan warna dan bunga-bunganya yang cantik... akhirnya Reen rembat 12 pasu orkid pelbagai jenis. Oleh keran Reen ini amatur kan.. so tak berani la ambik orkid yang mahal sangat. kalau mati pun tak la berapa menyesal. Ada dendrobium, mokara, vanda, cymbidium dan miltonia.ar

Jom layan gambar pokok orkid yang Reen beli.

Red Mokara

Dendrobium Purple Curly

Anak Orkid Cymbidium, Vanda dan Dendrobium

Cymbidium Orkid


Dendrobium Light Purple

Orkid Mokara (kalau salah tolong betulkan)





Tuesday, January 15, 2013


APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH



Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..


Terima kasih ayah dan ibu yang tercinta kerana membesarkan anakmu ini dengan penuh kasih dan sayang.

Wednesday, January 09, 2013

50 jenis sarapan pagi di seluruh dunia


01. English Breakfast
Top 50 Breakfast Around The World
Breakfast as the main meal of the day. Different countries eat different 
breakfast dishes.
02. Breakfast in Iran
Top 50 Breakfast Around The World
03. Cuban Breakfast
Top 50 Breakfast Around The World
04. Polish Breakfast
Top 50 Breakfast Around The World
05. Quick Spanish Breakfast
Top 50 Breakfast Around The World
06. Delicious Moroccan Breakfast
Top 50 Breakfast Around The World
07. Excellent Hawaiian Breakfast
Top 50 Breakfast Around The World
08. Swedish Breakfast
Top 50 Breakfast Around The World
09. Icelandic Breakfast
Top 50 Breakfast Around The World
10. Breakfast in Portuguese
Top 50 Breakfast Around The World
11. Breakfast in Australia
Top 50 Breakfast Around The World
12. Brazilian Breakfast
Top 50 Breakfast Around The World
13. Italian Breakfast
Top 50 Breakfast Around The World
14. Welsh Breakfast
Top 50 Breakfast Around The World
15. Breakfast in Denmark
Top 50 Breakfast Around The World
16. Filipino Breakfast
Top 50 Breakfast Around The World
17. Breakfast in Alaska
Top 50 Breakfast Around The World
18. The traditional German Breakfast
Top 50 Breakfast Around The World
19. The famous American Breakfast
Top 50 Breakfast Around The World
20. French Breakfast
Top 50 Breakfast Around The World
Tag Cloud
  • Wedding Photo
  • Pictures
  • Ireland
  • Microsoft Excel
  • Filipinos
  • Vietnames
  • Vietnames
  • Hawaiian Vacation
  • Irish
  • Travel Agents
  • Ireland
  • Pictures
  • Microsoft Excel
  • Hawaiian Vacations
21. Breakfast in India
Top 50 Breakfast Around The World
22. Scottish Breakfast
Top 50 Breakfast Around The World
23. Breakfast in Thailand
Top 50 Breakfast Around The World
24. Argentinian Breakfast
Top 50 Breakfast Around The World
25. Irish Breakfast
Top 50 Breakfast Around The World
26. Canadian Breakfast
Top 50 Breakfast Around The World
27. Breakfast in Mexico
Top 50 Breakfast Around The World
28. Russian Breakfast
Top 50 Breakfast Around The World
29. Breakfast in Vietnam
Top 50 Breakfast Around The World
30. Breakfast in Peru
Top 50 Breakfast Around The World
31. Breakfast in Bolivia
Top 50 Breakfast Around The World
32. Egyptian Breakfast
Top 50 Breakfast Around The World
33. Breakfast in Japan
Top 50 Breakfast Around The World
34. Breakfast in China
Top 50 Breakfast Around The World
35. Malaysian Breakfast
Top 50 Breakfast Around The World
36. Breakfast in Mongolia
Top 50 Breakfast Around The World
37. Breakfast in Belize
Top 50 Breakfast Around The World
38. Hungarian Breakfast
Top 50 Breakfast Around The World
39. Korean Breakfast
Top 50 Breakfast Around The World
40. Breakfast in Pakistan
Top 50 Breakfast Around The World
41. Estonian Breakfast
Top 50 Breakfast Around The World
42. Breakfast in Jordan
Top 50 Breakfast Around The World
43. Breakfast in Venezuela
Top 50 Breakfast Around The World
44. Breakfast in Colombia
Top 50 Breakfast Around The World
45. Breakfast in Ghana
Top 50 Breakfast Around The World
46. Breakfast in Uganda
Top 50 Breakfast Around The World
47. Bahamian Breakfast
Top 50 Breakfast Around The World
48. Breakfast in Costa Rica
Top 50 Breakfast Around The World
49. Breakfast in the Dominican Republic
Top 50 Breakfast Around The World
50. Turkish Breakfast
Top 50 Breakfast Around The World

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...