Wednesday, May 13, 2009

WIP




Selepas siapkan cushion cover tu.... terfikir pulak nak buat web roses ala2 english style sikit.

WIP.... masih dalam proses. Tapi nak tempekkan juga kat sini. Projek tergendala sekejap coz keje... nanti weekend boleh sambung lagi.. Ni le.. projek tak siap lagi.

Roses Cushion




Seperti yang dijanjikan... sempena cuti weekend sempat le saya menyiapkan lagi satu cushion. Temanya juga roses... entah le kenape.. minat sgt dengan roses. Kali ini cuba combinekan folded rose, ribbon stich & loose straight stich. Untuk nak nampak serupa dengan jahitan cushion sebelum ni, penggunaan warna pun hampir2 sama. Dan inilah hasilnya..

Monday, May 11, 2009

Bakul Anyaman Surat Khabar




Ini satu kraftangan yang baru dipelajari walaupun benda ni dah lama orang buat. Ini first try... memang cantik kalau pandai menganyam. Yang penting kena tahu juga basic menganyam. Bagi saya mmg x pernah buat langsung. Dulu-dulu masa kecil2 selalu tengok nenek menganyam bakul buat rotan tapi setakat nengok ajela..

Kini mertuaku pulak dah belajar buat bakul bunga telur menggunakan surat khabar. Katanya nak habiskan masa terluang masa kami keluar bekerja. Akhirnya aku nak try juga buat sbb tengok asyik sangat mak mertua aku membelek-belek bakul bunga telur yang dia buat.

Tapi aku tak buat bakul bunga telur sbb kecik. Aku modified jadikan bekas letak barang.Siap ada penutup lagi. Boleh letak brooch ke, duit syiling @ apa2 yang kita suka (brg2 kecik je la).Untuk cantikkan lagi kena le sapu syelek & kanji untuk tahan lama. Lepas tu korang boleh le hiaskan guna bunga ke @ apa2. Ikut kreativiti masing2. Ni produk yang belum sapu syelek. Warna asal surat khabar. Kiranya percubaan pertamaku berhasillah.

Monday, May 04, 2009

Roses Cushion Cover




Cushion nie dah siap sejak 3 minggu lepas. Tapi kerana kesibukan kerja, belum sempat jahit lagi untuk cushion cover. Angan2 nak buat satu set but only one yang jadi. Menggunakan teknik web rose warna pink. Finishingnya... tambah le sikit jahitan bunga warna biru tu... lupa le nama jahitannya apa.


ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...