Tuesday, January 26, 2010

Buku Anyaman Bakul Kertas










Banyak yang bertanya saya tentang teknik pembuatan bakul anyaman dari surat khabar. Saya nie tidaklah pandai sangat cuma belajar dari pemerhatian sahaja.Tiada pendidikan formal tentang anyaman ini. Ada beberapa pengunjung blog selalu bertanya bagaimanakah membuat anyaman ini, cara dan teknik.

Oleh kerana itu... saya telah terjumpa sebuah buku istimewa yang memaparkan semua teknik anyaman berasaskan kertas. Ia mudah dan senang dipelajari. dari yang zeroooo........ boleh jadi heeroooo. Tapi kena rajin ler. Dah lihatlah beberapa foto yang saya ambil dari Buku Panduan Hanazcraft. Dan lihatlah foto-foto hasil anyaman dari Hanazcraft.

Anda mungkin boleh memulakan bisnes dengan hobi dan kreativiti anda sendiri.

Untuk maklumat lanjut sila klik link berikut :

Thursday, January 21, 2010

Ros.. Ros... Ros







Bunga memang sinonim dengan wanita. Tak kira le apa bunga hatta bunga tahi ayam pun cantik untuk hiasan. Aktiviti tanam pokok2 bukan perkara baru bagiku. Namun dek kesibukan...banyak bungaku yang dah mati sebab tak terjaga..

Dengan azam dah pindah ke rumah baru... aku mulakan aktiviti ini kembali. Pasu2 dan pokok-pokok bunga lama dari rumah dulu aku rawat kembali... mmg betul. Pokok juga macam manusia. kalau rajin membelai, bercakap dan merawat pasti akan subur kembali.Nah akhirnya... pokok bunga kertas dan pokok bungan ros aku berbunga kembali...

Ini adalah koleksi terbaru pokok bunga ros yang aku beli di nursery.. satu warna merah oren & satu lagi warna kuning...

Masa ni belum pindah masuk pasu baru lagi. Petangnya aku tukar masuk ke pasu lain. Hopefully akan terus hidup ler kamu pokok bungaku.




Tuesday, January 19, 2010

Aku Dan Kucing







Aku dan kucing..

Mungkin ada chemistry antara aku dan kucing... bukan aku nak kata aku nie species dari kucing. Tapi kucing memang haiwan kesayangan aku sejak dulu. Seingat aku... kucing pertama yang aku bela masa umur aku 3 tahun... warna oren. Tapi dah tak ingat macam mana kucing tu mati.

Lepas tu... aku masih bela kucing coz semua family aku suka kucing. Ayah aku lagi ler... semua binatang dia suka bela. Termasuklah kambing, burung merpati, arnab, ayam belanda, burung puyuh, dan yang terbaru... itik angsa.
Berbalik kepada kisah aku dan kucing... cik abang aku pun suka kucing... kira ok ler.. lepas kawin baru kawin aku tau dia mmg suka kucing. Yang aku tahu... Nabi Muhammad s.a.w pun sukakan kucing dan kucing memang haiwan kesayangan baginda.
Tapi kebanyakan kucing yang aku bela mmg ada history yang tersendiri... ada yg suka bercakap, makan durian, suka tidor ngan orang, suka naik kereta dan pandai kejutkan kita bangun tido. Mak aku pernah kata kucing yang pandai @ cerdik mesti tak akan hidup lama. Tapi memang betul... kebanyakan kucing macam tu tak akan hidup lama. Dan ini memang true story... ada kucing aku kena langgar, orang curi...dan mati kerana sakit.

Dan akhirnya hanya inilah saja 2 ekor kucing yang masih ada dengan aku sekarang... Namanya Lion dan Kanggaro (krn masa kecil mcm kanggaro, bila besar baru nampak jadi macam kucing)

Dua-dua ekor nie... dah dilatih ke toilet sendiri... x menyusah... but so sweets about this two cats... seekor boleh cakap dan sekor lagi diam membisu... lapar @ tidak tunggu yg byk cakap mintak jer. Dan lihat ler aksi2 mereka selepas penat main kat taman aku.. tergolek dan terlentang tido... siap meleleh ayer lior....




ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...