Saturday, January 28, 2012

Bella & New Babies



Entri ini kira-kira entri yang yang dah terlewat.Sebenarnya Bella dan deliver 3rd generation babies pada 11/12/2011 yang lalu. Anak Bella dalam kelahiran ini 4 ekor, 1 jantan dan 3 ekor betina. actually Bella dan pernah lahirkan baby pertengahan tahun lalu tapi semua anaknya tak umur panjang. Mati selepas sebulan dilahirkan. Aku pun tak tahu mengapa.. elok-elok aja asalnya tapi mati lepas tu.

Dan kelahiran kali ini ada 4 ekor, satu hitam, 2 ekor tompok kelabu dan hitam dan seekor berbelang kelabu. Belum sempat diberi nama lagi.Tengah memikir nama apa pulak nak dibagi.



Orkid Merpati





Gila orkid sudah menjadi-jadi. Dari yang kena beli dan yang jumpa kat dahan aku pantang tengok. Kalau yang dijual kalau tak beli pun cuci mata pun jadilah. Yang penting puas hati. Balik kampung hari tu aku jumpa pokok Orkid Merpati @ Pisang Musang (nama ni ayah aku yang cakap).

Pokok orkid tu dah hidup lama atas pokok asam gelugor. Oleh kerana kawasan rumah lama keluarga aku dah nak diratakan untuk projek tebatan banjir, jadi pokok tu mungkin akan kena tolak dengan jentolak. So, minta beloved hubby ambilkan pokok Orkid Merpati tu untuk dibawa balik ke rumah.Balik ke rumah aku buatkan rumah baru dia. Bahan-bahannya- sekeping kayu lama, sedikit sabut,tali dan sedikit usaha.

Pokok orkid tu aku ikatkan bersama sabut dikayu lama. Aku ikat baik2 supaya tak jatuh dan stabil. Harap-harap akar dia dapat mencengkam tempat baru tu dan terus hidup di seperti habitat asalnya. Kayu tu aku gantung dekat dahan pokok ceri depan rumah tepi pintu pagar masuk. Tak panas sangat coz dibawah teduhan pokok ceri.

Sebahagian dari ranting-ranting orkid merpati yang panjang aku telah potong sikit dan lekat pada ranting pokok ceri yang aku potong dan letak di dalam pasu. So.... ala-ala pokok tumpang la. Kat batang pokok ceri tu aku juga letakkan pokok orkid butterfly, oncidium dan pokok orkid merpati. Jadi ini kira eksperimen la. My hubby mula-mula gelak-gelak.. tapi terpaksa la terima. Ini la aku kata idea kreatif...

Orkid "Spider" Dah Berbunga

"Spider" orkid semasa baru keluar kudup bunga



Orkid "Spider"sedang berkembang mekar


Cerita aku tentang orkid memang sudah lama tapi belum memulakan koleksi besar-besaran. Namun semenjak orkid "Spider" yang ditanam hampir setahun yang lalu berbunga, hati terus membuak-buak nak meneruskan koleksi orkid. Rasanya berbaloi melihat orkid spider berbunga hampir 2 minggu. Walaupun rasa lama betul menunggu orkid ni bebrbunga... namun rasa puas. Walaupun terpaksa menunggu lama tapi berkat kesabaran akhirnya dia berbunga juga.

Kira-kira ada 10 bunga orkid dalam setangkai. Eeeeiiii.......sukanya.


Sekarang aku memulakan orkid yang paling mudah & tahan lasak... orkid mokara. Ada 3 jenis yang aku beli semasa Ekspo Majlis Perbandaran Kulim hujung tahun lalu. Cuttingnya harga RM 6.00, dibeli dari Nurseri orkid dari Sungai Tengas, Kulim. Warna Red, Yellow & Purple.

Hopefully hidup la.

Sunday, January 08, 2012

Kejutan Tahun Baru 2012




Salam....


Fobia... memang betul2 fobia. Sejak aku memelihara kucing ini, fobia kucing hilang dan mati memang perkara yang tak mahu aku masukkan dalam diari kehidupan. Tapi... adatlah hidup-mati, sihat-sakit,jumpa-hilang, etc...
Tahun baru tanggal 6hb Januari 2012 aku dikejutkan dengan cerita my "Lion" keluar umah tak balik2. Memang dia kucing kesayangan aku dan hubby coz dia pandai, cerdik dan boleh diharapkan even al-ala pon-pon.. sikit. dia bapa penyayang.
Dari kecik sampai besar.. dia cuma akan makan kat pinggan dia saja, x pernah kacau makanan orang. Memang betul-betul terlatih..Aku jadi haru biru juga ingatkan dia sampai tak boleh nak makan & tido.. cik abang cakap maybe dia gi jalan-jalan cari awek.. malam tu akau tunggu juga kot2 dia balik tapi tak juga.Macam2 aku fikirkan... mungkin orang buang ke? kena langgar etc.. apa yang dia makan agaknya. Kalau dengan aku makan on time.
Namun pagi tadi dalam pukul 6.15 pagi, aku buka sliding door... ahak.s... dia dah tunggu kat depan pintu... alhamdulillah... mengiau dia... nak marah pun memang ada. Tapi bial tengok muka dia yang cute tu... tak jadi pulak nak marah.


Yang penting dia dah balik... syukurlah...

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...