Assalamualaikum & Hai...hai....
Pengikut acik Reen perasan tak...lately ni acik Reen banyak update tentang ros jepun...
Hik...hiks...kegilaan apakah ni...memang terlampau dan melampau...
Pantang tengok...pantang jumpa...pantang terpandang....pasti ingin memilikinya...
Perghhhh...penangan ros jepun buat diri acik Reen x terkawal....gilo den dibueknya....
Tengok ni....ari ni acik Reen nak kongsikan si comel ni....
Lawa tak ??? Pink Yellow Stripe aka Celoreng Pink Kuning....
Dalam sepokok ada berbagai corak....sangat cantik....teruja diriku sebentar...
Ye la....dolu-dolu kala cuma satu warna je...tapi sekarang...berbagai warna dan corak...
Maunya...acik Reen tak keruan...
Walau apa pun...mari kita tengok setiap kuntuman kelopak cantik ros jepun ini....
Bermulanya di sini... inspirasiku... Bercerita tentang kehidupan, family, alam flora & fauna.
Sunday, July 27, 2014
Saturday, July 26, 2014
Leopard Lily Oren
Entri ni kira entri tertunggak ye....
Sebenarnya pada satu ari tu.... acik Reen tak terlintas pun nak pegi beli pokok...
Hajat hatiku cuma nak pergi nursery untuk beli tanah dengan pasu aje...untuk pokok ros jepun yang baru sampai....
Hi...hi... tapi bila masuk nurseri ari tu...my beloved hubby mengekor nak turun juga...
So ...memang akan jadi panjang le masanya....coz dia turun...mesti la nak jalan-jalan belek2 pokok...
Bagai rezeki...alhamdulillah...dapat le meronda lama sikit...thank you my hubby
Selalunya acik Reen just beli apa yang nak dan terus balik...tak leh lama-lama kot rambang mata ni...
Ronda-ronda...akhirnya acik Reen jumpa bunga cantik ni....ingatkan iris rupanya namanya Leopard Lily...
Memang cantik dan lawa....terpesona dan terpikat ....diriku dah terbeli dirimu....
Bunganya seakan iris dan juga orkid...
Acik Reen pilih yang besar dan ada beberapa anak sulur...harap-harap dapat cepat membiak....
Sebenarnya pada satu ari tu.... acik Reen tak terlintas pun nak pegi beli pokok...
Hajat hatiku cuma nak pergi nursery untuk beli tanah dengan pasu aje...untuk pokok ros jepun yang baru sampai....
Hi...hi... tapi bila masuk nurseri ari tu...my beloved hubby mengekor nak turun juga...
So ...memang akan jadi panjang le masanya....coz dia turun...mesti la nak jalan-jalan belek2 pokok...
Bagai rezeki...alhamdulillah...dapat le meronda lama sikit...thank you my hubby
Selalunya acik Reen just beli apa yang nak dan terus balik...tak leh lama-lama kot rambang mata ni...
Ronda-ronda...akhirnya acik Reen jumpa bunga cantik ni....ingatkan iris rupanya namanya Leopard Lily...
Memang cantik dan lawa....terpesona dan terpikat ....diriku dah terbeli dirimu....
Bunganya seakan iris dan juga orkid...
Acik Reen pilih yang besar dan ada beberapa anak sulur...harap-harap dapat cepat membiak....
Kuntuman Leopard Lily (Macam Iris & Orkid)
Pokok Leopard Lily
Anak Sulur Leopard Lily
Kudup Leopard Lily
Friday, July 25, 2014
Si "Candy Stripe" Dah Menguntum
Selamat bersua kembali.
Hari ini nak share lagi satu koleksi pokok ros jepun rare milik acik Reen. "Candy Stripe" nama diberi...
Seindah namanya...berwarna putih bersih dan kelopaknya dicalit dengan warna merah bergaris-garis...
Cantik sekali....
Induknya acik Reen beli kat nursery...sekarang ni kira sesi menyemai dan membesarkan diri...acik Reen tengah biakkan banyak-banyak...
Ari tu pun masa post foto kat FB banyak juga yang berkenan....ada juga yang dan booking...
Oleh kerana pokoknya tengah dibiakkan...acik Reen tak berani berjanji... Insyaallah dah banyak bolehlah dikongsikan...
Thursday, July 24, 2014
Rose Jepun Jambul (Part 1)
Ini adalah antara koleksi Ros Jepun Jambul milik acik Reen.
Kalau nak diikutkan ada lagi beberapa jenis jambul...itu acik Reen akan cari kemudian...
Yang kat atas tu...Ros Jepun Kuning Jambul Oren, Ros Jepun Kuning Jambul Pink, Ros Jepun Jambul Putih dan Ros Jepun Jambul Kuning. Jenis jambul kembangnya hingga malam...tu yang seronok...
Sekarang ni acik Reen dah dapat lagi 2 jenis iaitu Ros Jepun Jambul Pink dan Ros Jepun Jambul Merah Oren.
Dah berbunga nanti acik Reen tunjukkan ye...
Tuesday, July 22, 2014
Rose Jepun Berbagai Rupa dan Warna
Hai....Hai......kita bersua lagi ya...
Kalau
diimbas zaman kanak-kanak dulu…bunga rose jepun akan bunga kembang pukul 10,
moss rose, portulaca grandiflora cuma ada jenis yang berlapis aje..
Memang
banyak ditanam di kampung2…kebanyakan yang banyak ialah warna pink
gelap/maroon….
Tapi tak
sangka…kini banyak pula variety yang muncul. Dari yang berlapis biasa kini dah
ada pelbagai warna dan corak.
Yang
jenis selapis pun macam tu juga…teruja diriku melihat corak dan warna yang
begitu cantik. Bila dah join Group Peminat Ros Jepun/Kembang Pukul 10/Portulaca
Grandiflora kat FB yang dikendalikan oleh kak NorAinon Othman, Kak Yong Mizah
dan kak Siti Sarah Ishak …lagilah keterujaan memuncak…
Mereka
bertiga…..tu kira sifu la dalam Group Peminat Rose Jepun…banyak ilmu yang
dipelajari semenjak join group ni. Ilmu tentang menanam dan menjaga rose jepun.
Setiap
hari semua ahli group akan share pelbagai jenis bunga ros jepun milik mereka
yang pastinya memang cantik-cantik belaka…..
Bila
tengok bunga ros jepun orang lagilah teruja diriku ini untuk menambah
koleksi…dari yang jenis biasa-biasa acik Reen dah mula kumpul rose jepun jenis
rare pulak…
Jom
nikmati keindahan bebunga comel ni….
Cream Calit Purple
Kuning Renda Purple
Aurora
Royal Crown
Merah Oren
Celoreng Pink
Thursday, July 17, 2014
KUIH TAKO aka TEPUNG PELITA
Assalamualaikum….
Jom ari ni kita
beresepi pulak…kita main masak-masak ye….
Untuk pengetahuan
semua, kuih tako ni adalah kuih favourite achik Reen……setiap kali bulan puasa
memang kuih ini yang achik Reen cari kat bazaar ramadhan..…
Memang sangat
sedap dan lembut…
Resepi ni yang
achik Reen jumpa dalam FB…..dikongsi dalam sebuah group masak-masak. Dah tak
ingat group apa…
Untuk tidak lupa,
jadi achik Reen kongsikan di sini…so kita boleh cuba sama-sama ye…
KUIH TAKO/TEPUNG PELITA
Lapisan bawah
1 cawan tepung jagung
1cawan gula
5 cawan air
sedikit pewarna hijau
2 daun pandan disimpul
4 sengkuang cina [dikupas kulit dan cuci bersih dan potong dadu kecil kecil]
Lapisan atas
4 1/2 cawan santan pekat
3/4 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh garam
Cara cara
Lapisan bawah
- satukan semua bahan bahan masak hingga pekat [ lebih kurang 15 minit],
sentiasa
dikacau dan last masukan sengkuang cina kacau sekejap matikan api.
masukan
dlm kelongsong pandan atau mangkuk plastik yg kecil kecil.biarkan sejuk.
Lapisan atas -satukan bahan bahan masak hingga pekat [ lebih kurang 15 minit] hendaklah
Lapisan atas -satukan bahan bahan masak hingga pekat [ lebih kurang 15 minit] hendaklah
sentiasa
dikacau. tuang kedalam kelongsong tadi , siap dan sejukan
Kalau
x der kelongsong, dalam bekas plastic comel-comel tu pun boleh….
Cara Lipat Daun Pandan untuk kelongsong (Foto : Cik Google)
Wednesday, July 16, 2014
Bintang-bintang Bertaburan….
Dah lama
tidak berkongsi dalam dunia kraf….
Ari ni
achik Reen nak kongsikan seni origami yang sangat popular masa sekolah dulu..
Ini macam
throwback le…mengimbas kenangan….
Buat
bintang berwarna-warni…simpan kemas2 dalam botol yang dihias cantik…boleh
dibuat sebahagi cenderahati lagi….
Sebenarnya
achik Reen pun dah tak berapa ingat macam mana nak lipat bintang-bintang ni...Hi…hi…
maklumlah otak lama… ada sikit yang dah karat….
Tuesday, July 15, 2014
Tilladansiaku Dah Berbunga
Hi...hi.....
Sudah puas menunggu...akhirnya pokok air plant achik Reen si Tilladansia berbunga...
Cantik bunganya weh... teruja tengok...
Dari sepokok kecil yang sangat comel sekarang mula melahirkan baby-baby comel...
Cantik sangat....ini adalah kali pertama achik Reen tengok bunga Tilladansia secara life tau...
Seronok tak terhingga bila dah berbunga...rasa berbaloi-baloi..
Saturday, July 12, 2014
Ros Jepun Hibrid Kelopak Besar
Mari-mari…..tengoklah sini…
pandanglah saya…saya cantik tak…???
Ini koleksi ros jepun jenis hibrid
bersaiz besar yang ada di laman achik Reen. Buat masa ni achik Reen cuma ada 4
jenis ni sahaja…Pink Gelap, Putih, Pink/Putih dan Pink…
Jika diperhatikan, ia memang
bersaiz agak besar jika dibandingkan dengan ros jepun yang biasa. Bunganya pun
kembang lebih lama sampai petang…
Yang achik Reen ada sekarang,
kebanyakannya achik Reen dapat dari nursery…Cuma yang kelopak warna pink/putih
tu achik Reen beli dengan sifu ros jepun achik Reen akak Rohani Kamis…
Sekarang achik Reen tengah
biakkan…insyaallah…dah banyak boleh open for sale pulak…
Jom layan bunga-bunga comel
ini….memang serius sangat cantik dan lawa….teruja melihat ros jepun ini
berkembangan….
Thursday, July 10, 2014
Rezeki Dengan Ros Jepun
Assalamualaikum dan salam
sejahtera…
Siapa sangka dengan mula
berdikit-dikit menanam Ros Jepun sebagai hobi akhirnya aku terjebak pula dalam
bisnes online bunga….
Ha….ha…..macam tak percaya pulak…
tapi itulah….. tahun ini ada rezeki buat bisnes online jual bunga. Tapi ros
jepun sahaja tau…bunga-bunga lain belum lagi… tapi ada juga yang bertanya
adakah acik ni menjual pokok-pokok lain juga…
Tapi mungkin pada masa akan
datang… mana tau rezeki kan …achik Reen jual pokok-pokok lain pulak kan...
Dengan ros jepun dan pokok
bunga-bunga juga acik Reen dapat ramai kawan-kawan yang sealiran yang amat suka
dengan pokok-pokok bunga. Makin meriahnya hidup….bila dapat jumpa dengan kawan-kawan
yang mempunyai minat yang sama malah dari seluruh Malaysia …
Alhamdulillah….banyak
kawan luas pandangan dan berkongsi bermacam-macam maklumat berkaitan penanaman dan penjagaan pokok bunga. Rasa bahagia dan
gembira sangat biarpun hanya berkomunikasi di alam maya.
Bermulalah episod baru dalam hidup
acik Reen. Acik Reen mula dengan menjual keratan ros jepun berlapis… ada 8
jenis ros jepun berlapis (double layered) iaitu pink, putih, pink/putih,
kuning, peach, merah, oren dan pink gelap (maroon). Achik Reen jual murah-murah
aje… ikut apa yang ditetapkan dalam group…harga standard RM 1 untuk 7 keratan.
Tapi selalunya achik Reen bagi lebih…kekadang ada FOC lagi…
Bila dah ada koleksi ros jepun selapis achik Reen dah mula mendapat ramai pelanggan.Suka suki kat Group Peminat Rose
Jepun memulakan segalanya. Bermula dengan beberapa orang pelanggan kini achik
Reen tak menang tangan. Macam-macam kerenah…pelanggan...sabar ajelah...Asam garam berniaga...
Bermain panas menanam ros jepun, kerja-kerja
membaja, menyiram, memetik dan mempacking…semuanya rupanya bukan mudah. Setiap
keratan ros jepun yang acik Reen petik perlu dipacking dan dilabel berasingan
mengikut jenis untuk memudah pelanggan menanam nanti. Dah siap semua perlu
tulis nota penghantaran Poslaju…lepas tu pergi ke Poslaju pulak…banyak kerja
juga rupanya…memang remeh…
Namun ini semua adalah satu
pengalaman yang cukup seronok dan menggembirakan. Gembira kerana dapat
berkongsi minat dengan teman-teman sealiran…gembira kerana dapat melihat bunga
comel ini menguntum hidup subur di laman orang…sungguh bahagia rasanya…
Bunga-bunga achik Reen dan mula
bertebaran dari utara hingga ke selatan. Mula menguntum di laman orang… waduh…
puitis banget ni… ada yang teruja bila dah dapat parcel dari achik Reen… achik
Reen tumpang bahagia kawan-kawanku…setiap hari ada pelanggan yang update
tentang perkembangan ros jepun mereka…gembira bukan kepalang bila mereka
bercerita yang ros jepun mula subur di laman mereka…
Untuk pelanggan yang achik Reen
kasihi…terima kasih kerana sudi berurusan….
Terima kasih daun keladi...kalau nak belilah lagi....
Wednesday, July 09, 2014
Torenia Pink & Purple
Assalamualaikum dan salam
sejahtera…bersua lagi kita ya….
Masih ingatkah kawan-kawan dengan
semaian torenia achik Reen hari tu….
Jeng…jeng…tengok-tengok…selepas
dijaga-jaga dan dibelai…akhirnya dia dah berbunga. Bila berkembangan menguntum banyak-banyak….memang
sangat lawa….Tapi kali achik Reen sangat gembira kerana……tetiba munculnya
torenia warna pink ini…dulu masa mula achik Reen tanam hanya ada warna purple.
Entah dari mana agaknya torenia pink ini….
Pokok torenia ni achik Reen tanam
dalam pasu saja…tapi ada yang menanam torenia di atas tanah sebagai tanaman
sempadan (border). Bagi achik Reen yang cuma ada laman seciput…jawabnya tanam
dalam pasu ajelah… nak buat border memang tak banyak ruang……tapi teringin
juga…insyaallah satu hari nanti achik Reen akan bina sebuah taman comel ditepi
rumah achik Reen…
Lihatlah keindahan kuntum-kuntum
comel cik Torenia Pink dan Purple ini !!!
Tuesday, July 08, 2014
Cara Menanam Ros Jepun - Ini caraku....
Assalamualaikum…dan salam
sejahtera…
Ari ni acik Reen just nak share
cara acik Reen tanam Ros Jepun. Lain orang mungkin lain caranya…Ini cara yang
acik Reen selalu guna jika hendak menyemai atau menanam keratan Ros Jepun.
- Masukkan tanah dalam pasu/pot/polibag. Jika guna
tanah yang 6 in 1 boleh guna terus tidak perlu campur apa-apa lagi. Jika
anda menggunakan tanah hitam perlu campurkan tanah merah, baja organik
untuk memjadikan tanah lebih subur. Selalunya acik Reen akan gaulkan seminggu
awal dengan baja organik biar mesra baru digunakan. Ros jepun perlukan
tanah yang bersaliran baik. Tidak mahu tanah yang bertakung air. Batang
rose jepun mudah lembik jika terlebih air.
- Siram tanah dengan air sehingga basah.
- Lepas tu bolehlah cucukkan ros jepun.
- Letak di tempat teduh yang ada juga sinaran matahari
semasa proses awal semaian.
- Siram bila perlu atau nampak tanah sudah kering.
- Jika pokok dah nampak subur bolehlah pindahkan ke
tempat yang panas (ada sinaran terus matahari)
- Lepas seminggu bolehlah pokok dibaja dengan baja
pertumbuhan (warna hijau), baja bunga (warna pink) dan baja kopi.
- Ros Jepun perlukan matahari, air dan baja yang
mencukupi untuk hidup dan tumbuh subur.
- Tunggu ajelah tak lama lagi keluarlah kudup-kudup
bunga nanti dan dengan meriahnya berbunga…
- PERINGATAN
PENTING : Ros
Jepun juga kadangkala mudah
diserang oleh haiwan/serangga perosak termasuk siput babi, bena putih,
ulat daun dan belalang. Jadi berjaga-jagalah sebab serangga semua ni kita
tak tahu bila akan menyerang. Untuk serangan siput babi, bolehlah gunakan
racun siput dan serangan bena putih pula boleh gunakan semburan aerosol
H2O ataupun campuran solution organic yang pernah diberikan sebelum ini. Untuk serangan bena ada yang menggunakan Malathion dan juga Furadan. Perlu diingatkan semasa menggunakan bahan kimia terbabit...sila pastikan langkah-langkah keselamatan di ambil.
Selamat mencuba dan selamat ber ros jepun...
Subscribe to:
Posts (Atom)
ROS JEPUN CARNATION
Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...
-
Salam semua, Sekadar berkongsi cerita tentang bunga ros. Semenjak aku mula kembali berkebun dan menghijaukan taman sekangkang kera ...
-
Menu Diet, Hilang 3-5kg Sebulan! Assalamualaikum, hai gaiss. Hari ni MamiScha nak share sedikit tips dan beberapa menu untuk loss weight. P...
-
Masjid merupakan tempat suci bagi umat Islam. Dalam tulisan kali ini, aku mahu menulis tentang 10 masjid yang tercantik yang telah dib...