RJ Bicolor Putih dan Pink
Hi… hi…acik Reen bersiaran lagi…
Memang cheewii…bak kata orang
Kedah..Yelah…asyik-asyik dengan Rose Jepun ajer sekarang nie…Ros Jepun..Ros
Jepun..Nak tambah koleksi Ros Jepun…ha…ha…
Sebenarnya bukan cheewii..tapi
happy bila tengok Ros Jepun yang acik Reen tanam dah start berbunga. Ros Jepun
yang beli ngan Kak Rohani Kamis pun dah mula menguntum walaupun tak
banyak…Iyalah..namapun baru tanam, akan ambik masa sikit untuk membesar dan
berbunga. Kalau dah besar…penuhla bedding RJ tu nanti…tak sabar rasanya menuggu
saat tu…
Ahad lepas…acik Reen terbeli lagi 3
pasu Ros Jepun selapis pulak kat Lee Nursery sebelah Mengkuang Damn masa gi
makan bihun sup kat tepi nursery tu……dapat rembat RJ warna Pink, Oren dan RJ
Bicolor campuran Pink dan Putih…Hubby pun dah tak boleh cakap apa..layan ajerla
isterinya nie…
Dalam misi mencari RJ ni…en. Hubby
pun dah terheret sekali…pantang nampak nursery…pasti acik Reen minta suruh
singgah…nak skodeng Ros Jepun..nak tengok2 kot2 ada stok ros jepun yang acik
Reen tak ader…
Pokok Ros Jepun yang Acik Reen
beli ari tu dalam proses nak letak baja…lepas ni mestilah lagi
bloom..bloom..meriah RJ ditepi laman.
Semasa tanam RJ ari tu pun acik Reen dah campurkan baja organik ‘tayam’
(taik ayam) so…daun RJ yang kluar pun memang menghijau…
Apapun..acik Reen sangat happy
dengan bebunga RJ ari ni yang menguntum nie walaupun acik Reen cuma dapat
nikmati keindahannya 2 hari jer dalam seminggu…hu..hu..
Yelah…masa kita kluar gi kerja dia
tak kembang lagi…bila dah balik dia dah tutup…ha..ha…x per la…seminggu 2 hari
pun dah berbaloi-baloi…nak buat camno kan ….
Sekarang ni misi diteruskan dengan
memburu Ros Jepun Jambul dan Ros Jepun Hibrid pulak…
RJ Berlapis Putih dan RJ Berlapis Merah Terang
RJ Bicolor Pink dan Pink
RJ Selapis Oren dan RJ Pink
Raj Bicolor Pink dan Putih
RJ Berlapis Pink Terang
RJ Selapis Oren