Wednesday, December 26, 2012

Berkat Sayang dan muliakan kucing



Berkat Sayang dan muliakan kucing
 
Kisah Dari Tanah Suci ini untuk iktibar bersama. Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu.

Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.
Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.
Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.
Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.
Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.
Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.
Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.
Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.
Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..
Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.
Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin. - lanh

Tanda² Sakit – Sekadar Perkongsian


Maklumat ini Reen terima dari seorang teman.Maklumat ini bagus untuk anda semua............
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain.

Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. Batuk
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat  besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan  tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian  lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan  dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING
a) KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR  Menunjukkan penyakit batu karang dalam   buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang  mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan  proses pembuangan  toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i)   Sistem jantung yang lemah.
ii)   Sistem saraf otak yang lemah.
iii)   Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.
 


Tuesday, December 25, 2012

Khasiat Taugeh Mampu Menyembuhkan Pelbagai Jenis Penyakit


by HPA Online Network




Tapi tahukah anda, taugeh yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur, sebenarnya mempunyai banyak khasiat. taugeh dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat taugeh tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan taugeh sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil taugeh dalam menu harian mereka. Saponi dalam taugeh, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, taugeh padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan taugeh merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda. Satu lagi khasiat taugeh yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama taugeh dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur taugeh janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya. Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan taugeh hari-hari.

Friday, December 07, 2012


Bagaimana menjadikan rumahtangga bahagia selamanya. Ketahui 7 kunci penting buat suami isteri.



Komunikasi
Merupakan langkah yang paling penting dalam perkahwinan. Anda dan pasangan perlu bertenang dan berbicara dalam menangani masalah. Memendam perasaan dan menyimpan rahsia  hanya  akan memburukkan lagi masalah rumah tangga anda.


Apa yang anda perlu lakukan adalah luangkan masa untuk duduk bersama dan luahkan perasaan.

Gunakan peluang ini untuk berbincang mengenai hal rumah tangga dan perancangan anda, apa yang anda berdua inginkan dimasa hadapan.


Gunakan nada yang sesuai dan tenang semasa berbincang mengenai masalah rumahtangga. Elak menggunakan nada tinggi terhadap pasangan kerana dikhuatiri akan menyebabkan pergaduhan bertambah teruk.


Kejujuran

Sentiasa bersikap terbuka dan jujur terhadap diri sendiri dan pasangan,elak menyimpan sebarang rahsia. berbincang dan luahkan pada pasangan anda. Kebenaran sememangnya menyakitkan , tetapi lebih baik dari sembunyikan. Ianya akan lebih menyakitkan jika kebenaran diketahui di kemudian hari.


Memahami

Ini merupakan perkara yang  agak sukar. Memahami pasangan akan lebih mudah jika anda berdua mempunyai  komunikasi yang baik dalam rumahtangga.


Pergaduhan adakalanya disebabkan anda tak memahami pasangan . Anda merasakan dirinya dan anda tak sehaluan.


Disuatu ketika anda mungkin akan merasakan sangat berbeza dengan pasangan dan sukar untuk hidup bersama dengannya.


Komunikasi memainkan peranan penting untuk memahami pasangan. Kenali pasangan anda dengan sentiasa mendengar pendapat dan pandangannya. Untuk memahaminya lebih baik, perhatikan dan ambil berat setiap benda kesukaannya dan aktiviti paling disukainya.

Luangkan masa untuk bersama-sama melakukan sebarang aktiviti kesukaannya ataupun ajak pasangan anda melakukan aktiviti lain yang anda gemari.

Anda akan merasa lebih mudah untuk melalui hidup bersama dan lebih bahagia.


Ego

Setiap orang mempunyai  sikap ego mereka sendiri. Sikap ini juga tak lari dari pasangan suami isteri. Masing-masing enggan mengalah kerana merasakan dirinya betul. Tetapi untuk mecapai perkahwinan yang bahagia dan kekal, sikap ini haruslah dibuang jauh-jauh.  Kedua-dua pihak haruslah sama-sama mengalah dalam suatu pergaduhan ataupun masalah.


Percaya

Merupakan asas bagi sebuah hubungan yang kukuh. Anda haruslah mempercayai pasangan anda. Terutamanya bagi suami isteri yang tinggal berjauhan contohnya kerana urusan pekerjaan. Curiga dan hilang kepercayaan akan menimbulkan pergaduhan diantara suami isteri. 

Ini akan menyukarkan lagi terutamanya pasangan yang tinggal berjauhan. Kerap bertelefon dan bertanyakan khabar pada pasangan untuk menunjukkan anda mengambil berat tentang dirinya.


Ingat tarikh penting

Ingati hari-hari bahagia bersama pasangan seperti tarikh pertunangan dan perkahwinan untuk mengimbau kembali detik-detik permulaan hidup bersama. 

Tidak salah jika anda membelikannya hadiah atau menyediakan makan malam yang romantik untuknya. Anda akan merasakan kebahagiaan dalam perkahwinan bersama pasangan.


Komitmen

Perkahwinan merupakan komitmen ataupun ikatan di antara dua pasangan. Maka tak wujud lagi perkataan sendiri, saya ataupun dia diantara suami isteri.


Anda berdua perlu bekerjasama menentang segala cabaran hidup. Perkahwinan yang bahagia dan kekal adalah hasil dari kerjasama yang kukuh antara dua pihak.


Wednesday, December 05, 2012


Bila Comot aka Emot Lawan Tokey ( Emot Vs Lion)


Ini cerita Emot. Dia ni lahir 3 beradik dengan Bubu dan Dak Ciam.Anak kepada Bella yang anggun tu. Tapi Bubu dan dak Ciam dah hilang. Jadi tinggal la si Emot ni sesorang. Tapi yang nak jadi cerita masa dia kecik dekat Lion tu la dia menempek. Siap peluk-peluk dalam ketiak Lion. Alih-alih dah besar nak lawan tokey. Mana Baba Lion tak naik hantu. Bila jumpa jer asyik nak seringai kat Lion. Satu hari Baba Lion dah tak boleh tahan…. Lawan tokey nampak. Aku sekeh kang baru ngko tahu.



VS




Aku pun kekadang tak tahan dua-dua ekor ni.Last-Last kena bedal ngan hanger. Nasibla.. dah larang tak dengar cakap. Tapi aku tahu… mereka faham. 

Tuesday, December 04, 2012


Pokok Anggur


Pokok anggur adalah salah satu wish list untuk direalisasikan olehku. Entahlah.. bila melihat pokok anggur…yang bergayut tu.. termimpi.. maybe syokkan kalau dapat tanam dan petik anggur sendiri.

Bermula dengan sepokok anggur yang dibeli di Carrefour kini aku dah punya 3 batang anggur. Ketiga-tiganya di beli di tempat yang sama. Hopefully dapat hidup dan membesar sampai berbuah. Insyaallah.

Bermula la operasi mengubah ke dalam pasu yang lebih besar. Ini first time tanam anggur. Banyak yang nak kena belajar…


Monday, December 03, 2012


Penangan  Cili Habanero



Ini adalah kisah tentang tentang Cili Habanero. Semasa shopping kat Carrefour Seberang Jaya tetiba mata terpandang cili ni yang comel sangat sederet dengan salad dan sayur-sayuran lain. Panggil my hubby… cakap kat dia, boleh tak nak beli cili yang cute ni. Memang first time tengok cili secomel ni dan tak tahu pun pedas ker tidak.

So dah balik kat umah try le masak telur dadar & mix sebiji Cili Habanero ni. Bijinya saya buang coz dari awal memang nak semai biji benihnya. So saya pun pegang & belah cili tu macam cili-cili yang lain. Siap guna tangan lagi korek biji cili tu. Ok dah siap asingkan biji benih dan kulit cili.

Dah nak buat telur dadar, macam biasa la potong bawang, masuk cili… telur dan garam. Pukul-pukul… dan masuk kuali. Dah siap masak… so dinner time. Dah cakap dengan my hubby… telur dadar ni campur ngan cili yang beli tadi tu. So dia kata ok.

So… kita pun makan dinner. Saya yang dulu ambil telur dadar tu.. dan makan. So hubby tanya camna.. ok ker? Saya pun kata… ok la.. tapi pedas juga. So makan lagi.. auwwww… akhirnya makcik surrender… dah tak boleh pergi dah. Bukan pedas sket… ayo—ayo… pedas gila tu, terdiam tak boleh bercakap. My hubby tanya kenapa stop… saya cakap try la.. telur dadar tu. Sedap sangat.

My hubby pun ambil la sepotong, nyum…nyum…. Akhirnya dia pun buat muka… mak ooiiii.. pedasnya. Kalau kata cili padi pedas… ini memang lagi pedas. Akhirnya telur dadar tu kita berdua tengok jer la.. Nak makan tak terdaya nak lawan kepedasannya. Besoknya telur tu terpaksa masuk tong sampah coz dah tak terhabis nak makan.

Malam tu… tangan saya pijar sepanjang malam. Nak buat macam mana... bak kata Sudin dalam Cerita Bujang Lapok.. Dah nasib badan........



Ini adalah fakta tentang cili Habanero ini.

Cili Habanero, antara cili terpedas didunia. Jika dibandingkan dengan cili terpedas didunia iaitu cili Bhut Jolokia ( dengan nilai kepedasan 1,001,034 unit Scoville), cili Habanero hanya mempunyai kadar kepedasan sekitar 580,000 unit Scoville. Bagi sesiapa yang kurang pasti bagaimana kepedasan mengikut unit Scoville, cili padi yang kita buat sambal belacan tu mempunyai kadar kepedasan sekitar 100,000 unit Scoville.

Patutla... makcik terasa pedas sampai tak tercerita.


Sunday, December 02, 2012

Menambah Ilmu Ber Blog

Salam Semua,

Sebenarnya aku ini bukanlah expert sangat tentang IT nie. Tetapi aku ni jenis try and error. Ilham berblog pun muncul setelah aku berjinak dengan dunia sulaman RE. Memang berkobar-kobar betul ketika itu untuk ada blog sendiri dan paparkan hasil jahitanku. Tapi itu dulu. Sekarang dah lama tak menjahit. Busy sangat. 

Melayan anak-anak yang berbulu nie. Makin penat pulak.Semua dah bertambah makin membesar,  banyak kerenahnya. Banyak benda yang nak disettlekan setiap hari sampai terkejar kekadang. Kerja-kerja di opis juga bertambah. Kadang-kadang betul-betul penat dan sampai blog pun dah lama x update.

Thanks for komen-komen kengkawan yang sudi singgah blog ni. Ini blog biasa-biasa saja. Tapi memang aku suka mencuba. Nak buat blog yang camni pun aku merayau kat blog orang camna nak buat blog bagi cantik.

Disini aku kongsikan beberapa blog yang boleh dijadikan panduan untuk membina blog.







Sebenarnya banyak lagi blog-blog yang boleh ajar korang semua buat blog tapi kena cari la..

Saturday, December 01, 2012

Morning Glory @ Bunga Seri Pagi

Salam dan bertemu kembali.

Morning Glory @ bunga Seri Pagi velvet blue.. memukau sekali. Bunga ini diambil dari ofisku. Itupun minta gardener, Monir tolong ambilkan sulur pokoknya. Balik terus aku semai di dalam pasu. Kini lihatlah keindahan dan hasilnya. 

Bangun pagi nampak bunga-bunga berkembangan... damai dan tenang rasa hati. Ditambah kicauan burung yang hinggap di depan pokok ceri rumahku.... indahnya ciptaan Allah.



Mengikut apa yang dibaca di dalam blog dan majalah, bunga seri pai ada pelbagai warna bukan setakat warna ungu sahaja. Setelah bergoggle ini ada beberapa spesis warna lain bunga seri pagi.








Kiwi Zespri….

Buah kiwi.. ini adalah salah satu buah favourite my hubby & me. Kalau pegi shopping buah ini memang tak boleh lepas untuk dibeli.Selalunya jenama Zespri la yang paling banyak kat shopping complex. So.. asyik dok makan jer buah kiwi, saya ingin kongsikan khasiat dan fakta tentang buah kiwi ZESPRI ni.

Apa maksud ZESPRI?

ZESPRI™ ialah satu jenama, seperti Sunkist dan Dole. Is mewakili tenaga dan vitaliti yang terdapat dalam buah Kiwi New Zealand. ZESPRI™ International dimiliki oleh lebih daripada 2, 500 penanam buah kiwi New Zealand, dan menjual 100 juta dulang buah Kiwi HIJAU dan EMAS setiap tahun. Buah Kiwi adalah penyumbang besar kepada ekonomi New Zealand dan para penanam ZESPRI beriltizam untuk menghantar hasil buah yang terbaik ke Asia.

Bagaimana pula HIJAU lawan EMAS? Apakah manfaat-manfaat kesihatan berbeza?

Kedua-duanya padat dengan khasiat nutrisi, dan hampir sama dari segi manfaatnya. Perbezaannya adalah dari segi "hebat" dan "sangat hebat". Contohnya, satu hidangan EMAS mempunyai lebih daripada 300% Vitamin C saranan RDA, tetapi HIJAU mempunyai lebih daripada 200%, Kedua-duanya adalah sumber yang baik untuk vitamin ini yang berperanan memastikan kesihatan anda dan memastikan anda penuh bertenaga.

Apakah khasiat-khasiat nutrisi buah kiwi?

Kajian di Universiti Rutgers menunjukkan buah Kiwi adalah buah yang paling padat kandungan nutrien daripada 27 buah-buahan kegemaran ramai. Ini bermakna, anda memperolehi kebih banyak nutrisi dengan buah kiwi berbanding dengan banyak buah-buahan lain. Satu hidangan 2 buah Kiwi mempunyai lebih banyak Vitamin C berbanding dengan 2 biji buah oren, lebih banyak potasium daripada sebiji pisang, dan lebih banyak serat makanan daripada semangkuk bijirin kepingan sekam. Buah Kiwi ZESPRI™ juga dinamakan SuperFood dalam buku laris karya Dr Steven Pratt terbitan NY Times, SuperFoods HealthStle.
Sebiji buah kiwi mengandungi zat kalium lebih daripada sebiji pisang manakala kandungan vitamin C pada kiwi pula umpama dua biji oren. Lebih menarik, sebiji kiwi juga mengandungi kandungan serat umpama kita menikmati semangkuk bijirin selain kaya dengan beta karotina, magnesium, zink, zat besi dan fosforus.

Menurut fakta jenama kiwi terkenal dari New Zealand, Zespri, ia dianggap antara buah yang dapat membantu melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit kerana kandungan vitamin C di dalamnya membantu meningkatkan sistem imunisasi badan terhadap patogen seperti bakteria. Selain itu, ia mengandungi vitamin E dan antioksidan penting untuk membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas.

Lebih istimewa, kandungan vitamin C dan karotenoid dalam kiwi juga membantu dalam penyerapan zat besi manakala satu enzim proteolisis aktif yang digelar actinidin dapat menolong meningkatkan penghadaman protein daging, susu, kekacang dan bijirn. Ramai yang mengalami masalah sembelit ketika di bulan puasa dan untuk mengatasi masalah berkenaan, pakar pemakanan menyarankan pengambilan sebiji kiwi dalam diet harian.


Bagi pesakit diabetes, kiwi mampu membekal sumber tenaga yang diperlukan kerana kajian menunjukkan ia mengandungi indeks glisemia 52, iaitu tahap sederhana ke rendah untuk hidangan sebiji kiwi saiz besar. Ini bermakna tahap glukosa darah pesakit diabetes juga tidak akan bertambah secara mendadak. Kajian juga mendapati jika kiwi dimakan sejam sebelum tidur, ia mampu membantu membaiki kualiti serta menstabil dan menenangkan angin seseorang. Bagaimanapun untuk warga emas yang mempunyai penghadaman yang lemah, disyorkan menikmati buah berkenaan sejam setengah  sebelum tidur.

Oleh itu, marilah kita mulakan makan buah kiwi untuk mendapatkan khasiatnya.

Lihatlah proses penanaman dan pengeluaran kiwi di  ladang.




ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...