Monday, February 24, 2014

Doa Mengelak Sifat Pemalas

Assalamulaikum...

Mari kita amalkan...moga-moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang malas...



Tuesday, February 18, 2014

Grafted Pokok Ros

Assalamualaikum… salam sejahtera…

Semalam semasa berjalan-jalan di muka buku aka Facebook…Reen terjumpa sesuatu yang sangat bermanfaat. So Reen terfikir baik juga dikongsikan dengan semua readers semoga dapat dipraktikkan oleh kengkawan semua.

Seperti yang kita tahu, pokok bunga ros boleh dibiakkan melalui keratan batang, biji benih, kaedah grafting dan ada juga pokok ros yang dibiakkan dengan direndam di dalam air sehingga tumbuh akar.  Kemudian baru dipindahkan ke pasu...

Reen selalunya biakkan ros dengan keratan batang yang diletakkan penggalak akar dan dicucuk ke dalam tanam. Mungkin selepas ini boleh try pula kaedah grafting dan juga kaedah merendam di dalam air..

Berikut kaeadah grafting yang boleh kita praktikkan… mesti best coz dalam sepokok boleh dapat berbagai warna bunga ros…jom kita cuba.


                                                            (Foto Ehsan : Rakan FB )
      

Friday, February 14, 2014

 Misi Menanam Pokok Bunga Kembang Pukul 10 aka Japanese Rose/Moss Rose/Rose Jepun/Portulaca Grandiflora

 


                                               (Foto Ehsan Cik Google)

Pokok bunga kembang pukul 10 aka Japanese Rose/Moss Rose/Portulaca Grandiflora/Rose Jepun memang sudah lama menjadi kegilaan pencinta tanaman berbunga. Lagipun RJ mempunya bermacam warna dan berbunga sepanjang tahun. Dari yang berbunga selapis sehinggalah yang berlapis-lapis. Memang sangat cantik, comel dan awesome….walaupun bunganya comel tapi cantik jer…

Banyak penggemar tanaman bunga suka dengan pokok bunga RJ nie kerana pokoknya sentiasa berbunga. Cepat membesar, mudah membesar dan sangat sesuai dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap. Lagi pun penanaman dan penyelenggaraannya RJ sangat mudah dan tidak cerewet. RJ juga jenis yang tahan panas. Boleh ditanam dengan keratan batang dan juga biji benih. Namun menanam dengan membiak RJ dengan keratan batang lebih mudah dan lebih cepat.

RJ boleh ditanam didalam pasu, sebagai pokok gantungan ataupun ditanam terus di atas tanah. Banyak yang Reen tengok sekiranya RJ ditanam berkumpulan…sangat cantik sekali. Reen pun baru mula menanam kembali RJ nie, kiranya macam jatuh cinta lagi semenjak dua menjak pindah ke rumah baru. Memang dah berangan-angan nak up-grade taman comel Reen. Buat masa sekarang Reen tengah mengumpul kembali spesis2 RJ yang ada. Kekadang kalau ke nursery tertinjau-tinjau kot2 ada RJ yang baru.

Hari tu masa balik ke kampung Reen dapat beberapa jenis RJ antaranya warna merah pink, putih, oren, dan pink lembut. Semua RJ ini adalah dari jenis yang berlapis dan berdaun tirus tajam. Bukan jenis selapis yang berdaun jenis bulat.

Pokok RJ ni pun ambik dari umah mak Reen dan jiran sebelah umah mak. Mak kata ambil la balik semai banyak2 lepas tu bagi balik kat dia sedikit. Ye lah mak… mak punya pasal ok lah…maka misi membiakkan RJ bermula. Dari sepasu sekarang dah ada beberapa pasu.. Cuma tunggu untuk berbunga sahaja.  Kalau kluar bunga-bunga pun tak sempat nak snap coz dia kembang pukul 10 pagi, kita nie seawal 8.00 pagi dah kluar umah ke tempat kerja. Bila balik pulak dah malam…. Mana nak sempat tengok RJ berkembangan hu….hu…. Harap-harap hari cuti nanti dapatlah tengok RJ berkembang. Baru tahu RJ yang ada sekarang bunga dia kaler apa…


Thursday, February 13, 2014

Asystasia Gangetica / Chinese Violet / Creeping Foxglove / Rumput Israel





Cantik tak bunga di atas ? Bagi Reen bunganya memang cantik…walaupun nampak simple tapi memang nampak menarik jer. Sebenarnya pokok ni pun pemberian daripada seorang adik, yang Reen kenal dalam FB iaitu Mohd Raimi dari Sabah.

Actually…Mohd Raimi pernah post picture bunga nie dalam FB…Reen pun liked la picture tu dan cakap cantiknya bunga tu…dia pula tanya nak ker bunga nie. Reen kata bolehkah? Dia kata okey…kalau akak nak Raimi boleh poskan…so akak nie...cakap okeyla kalau camtu...

Tak berapa lama Reen terima parcel dari Mohd Raimi melalui Pos Laju. Nak bayar kos poslaju Raimi tak nak…thanks ya adik Mohd Raimi. Jauhnya…terbang pokok Asystasia Gangetica nie dari Sabah hingga ke Kedah. Masa tu nama pun tak tahu lagi…bunganya macam mana pun tak tahu. Memang surprise jer tanam pokok nie…tertunggu-tunggu macam mana la rupanya bunganya…

Selepas beberapa bulan ditanam akhirnya…kudup-kudup bunga dah kluar. Tertunggu-tunggu lagi…bila la nak berkembang. Bila post kat FB banyak pulak yang kata bunganya cantik…tapi nama tak tahu lagi. Bila Tanya Raimi balik…dia pun dah lupa namanya. Dah kembang semua…cantik aje warna pink.

Namanya still tak tahu sehinggalah blogger Cik Lynn Abdullah dari seedandotherforsale.blogspot.com dan blogger Cik Rose dari Semua Menjadi bagi komen yang pokok nie nama Asystasia Gangetica. Sejenis weed ataupun rumput liar…ha…rumput liar rupanya awak sipokok. Tapi yang ini jenis berwarna merah jambu. Jika yang liar, kebanyakannya berwarna putih dan sedikit warna ungu ditengah kelopak bunga. Ada juga yang memanggilnya rumput Israel kerana tumbuh liar menggila di dalam kebun-kebun tanaman.


Walau apa pun… acik Reen tetap suka…rumput rumpai pun cantik. Lepas nie selepas bunga semua kluar Reen akan semai banyak2. Coz dalam pokok nie kalau tanam secara kelompok.... Asystasia Gangetica/Chinese Violet nie memang nampak cantik dan menawan sekali…

Jom layan-layan foto kat bawah nie...



Ini juga antara spesis Asystasia...memang cantik bunganya. Semua foto from cik Google...tq ya...





Wednesday, February 12, 2014

Tips dan Petua Menanam Petunia 






Oooo…..aku dah tersampuk hantu petunia….bukan dari mana pun…semuanya dek kerana group dalam FB yang citer-citer pasal pokok-pokok dan tanam bunga…Kengkawan group tu.. berkobar-kobar dan hari-hari share gambar pokok munge-munge memasing. Dan yang paling x boleh tahan… pokok petunia la. Bunganya…masyallah… gebus sangat meleret-leret sampai ke lantai… terutamanya petunia-petunia Cik Puan Salina Abu, Cik Yaya Dila, Noy Green, Farah Shukri dan beberapa kengkawan yang lain. 

Pokok nie memang dah lama Reen nampak kat nursery tapi x berani nak beli coz takut x hidup lama. Almaklumlah x der pengalaman. So…bila ari-ari tengok pokok orang jer…meronta-ronta hatiku nak mencari petunia…

Maybe nak jadi rezeki… masa lalu kat depan Nurseri jalan utama nak ke Nagalilit kebetulan byk pokok baru sampai…berbagai warnanya…hu…hu… makcik tak dapat tahan lagi. Akhirnya makcik Reen nie terbeli la pokok petunia ni… Wooo….wooo heppy sekejap. Bukan sepasu tau… tapi 3 pasu chekkk oooiii.. Hubby pun tengok jer…tapi dia puji pokok bunga tu cantik..Satu putih bersih, satu ungu dan satu lagi putih berbelang ungu.. nama saintifiknya x sempat nak cari…

Selepas melalui pembacaan dan penelitian serta petua-petua yang dicedok melalui sifu-sifu petunia yang x lokek ilmu berkebun dalam FB…Reen kongsikan di sini petuanya..semoga dapat bermanfaat untuk semua….

Petua 1 (dari Cik Puan Salina Abu)

Pokok petunia yang baru dibeli perlu ditukar pasu yang lebih besar…so pokok tu  boleh membesar dengan sihat bagaikan juara. Keluarkan pokok petunia tu…ambil campuran tanah + baja tahi ayam + baja kimia untuk subur (warna hijau) + baja kimia untuk berbunga (warna pink)… gaul kesemuanya hingga sebati. Masukkan ke dalam pasu..kemudian tanam balik petunia tu… Siram macam biasa. Lepas tu pembajaan seminggu sekali guna baja tahi ayam ataupun lebih mudah, baja tahi ayam direndam kemudian disiram terus ke pokok petunia. Jangan lupa juga baja kimia untuk berbunga.

Petunia perlu disiram pada waktu pagi. Perlukan banyak cahaya tapi tidak boleh terdedah kepada air yang berlebihan kerana boleh merosakkan pokok & akarnya. Dinasihatkan diletakkan dibawah teduhan atau sedikit berbumbung bagi petunia baru. Pokok petunia perlukan cahaya yang banyak untuk mengeluarkan bunga dan pertumbuhan. Tetapi ada juga yang Reen nampak pokok petunia diletakkan terus ke cahaya matahari…anda berani..cubalah.. mungkin boleh jadi coz ada yang Reen nampak digantung di tengah-tengah bandar …tengah panas lagi..ok ajer..Ada berani…boleh try.

Untuk mendapatkan ranting dan pengeluaran bunga yang banyak…daun-daun dan bunga-bunga yang kering perlulah dibuang. Dengan memotong ranting-ranting pokok yang sudah tua, ia akan merangsang pengeluaran ranting baru dan bunga-bunga baru akan keluar nanti.

Ada juga petua meletakkan ketulan ais batu di dalam pasu untuk membuatkan petunia lebih segar dan banyak bunga. Boleh try juga teknik nie…

Lupa pulak… pokok petunia nie kekadang boleh kena serangan bena putih atau white flies..atau kuyau.. So.. ikut petua cuma semburkan Fumakilla H2O aje…coz dia ni water based (berasaskan air).. pokok pun selamat…x rosak.


Petua 2 (dari Cik Puan Farah Shukri & Norzalina Mohd Noor)

Selain itu, kita juga boleh ikut petua ini…ini dari Cik Puan Farah Shukri dan Cik Norzalina Mohd Noor. Mengikut mereka, pokok petunia yang baru dibeli hendaklah direndam semalaman dengan baja tahi ayam yang dicampurkan dengan air.

Caranya begini, ambil baja tahi ayam kemudian masukkan air di dalam bekas yang besar sedikit dari pasu. Kuantiti agak-agak la..coz tahi ayam ni panas. Sebatikan campuran kedua-duanya. Kemudian ambil pasu petunia yang dibeli dan masukkan kedalam sebatian tadi. Rendam semalaman. Akar petunia akan menyerap sebatian ini semasa proses rendaman tersebut. Keesokan harinya siram pokok petunia dengan air yang banyak coz tahi ayam baunya agak kuat. Untuk kurangkan bau, cik kak- cik kak siramlah dengar air dulu ye.. Lepas tu bolehlah membaja seperti biasa selepas 2 minggu dengan baja subur & baja bunga.

Seperti biasa jugala.. untuk menggalakkan pertumbuhan pucuk-pucuk dan bunga yang lebih banyak.. bunga layu & ranting yang dah kurang elok perlulah dipotong. 

Ranting-ranting yang dipotong janganlah dibuang.. kerana boleh ditanam semula. Ranting yang dipotong diletakkan rooting agent dan boleh semai semula.Jadi anda semua boleh dapat pokok petunia yang baru…save budgetkan??? 

Sunday, February 09, 2014

Bagaimana Menyemai Pokok Hydragea 

Pokok hydragea atau pokok bunga tiga bulan/bunga Siti Zubaidah adalah salah satu pokok bunga yang menjadi kegilaan para pencinta bunga. Warna bunganya yang cantik membuatkan ramai penggemar bunga menanam pokok ini sebagai pokok bunga hiasan. Hydragea ada berbagai warna termasuklah putih,pink,purple,velvet, blue … Reen pun ingat nak beli jugak pokok nie lepas nie. Nak buat koleksi hydrangea la pulak.

Warna bunga hydragea akan berubah mengikut keasidan tanahnya. Kalau nak bunga biru… pH tanah kena berasid. Kalau nak bunga warna purple pH tanah kenalah tanah beralkali. Yang nie belum khatam lagi… kena belajar macam mana nak buat tanah jadi berasid atau beralkali… So.. Reen pun mengoggle untuk cari info lanjut pokok bunga ini.. Jadi dapatlah info termasuk bagaimana hendak menyemai pokok hydrangea..

Rupa-rupanya pokok ini boleh disemai dengan merendam di dalam air dan juga menggunakan medium tanah. Ranting yang matang hendaklah diletakkan penggalak akar dan ditanam di dalam tanah. Ok... selamat menghijaukan bumi...

Ini pun salah satu Cik Reen punya wishlist pokok bunga.


Thank you too Cik Google dan penyumbang foto ini.. harap bermanfaat untuk semua. 


Saturday, February 08, 2014

Cerita Si Morning Glory...

Ini pokok Morning Glory aka Seri Pagi yang sempat diselamatkan dari diracun...dulu pokok nie menjalar dipagar depan umah Reen tapi baru-baru nie minta kawan hubby racun rumput tapi terkena pokok morning glory nie..mati semua dan hanya ini yang tinggal.. Pokok asalnya dah mati kena racun. 

Pokok ni pun Reen tak pasti kat mana induknya coz yang naik kat grill depan pintu nie pun menjalar jer..so Reen bela ajer la pokok nie.. nak buat benih balik.



Morning Glory yang memanjat dan melata di grill pintu

Friday, February 07, 2014

Petunia Tower/Flower Tower

Petunia Tower... cantikkan.. sangat cantik...






Idea nie tercetus ketika melihat pokok2 bunga petunia dalam google. So dapat idea untuk buat petunia tower dengan pokok petunia yang Reen beli.. so apa lagi bertukanglah makcik pepagi Jumaat yang lalu.. dah terhasillah petunia tower yang tak seberapa.. Barang2 mudah jer...jaring dawai, pasu, plastik hitam (Reen guna plastik sampah - tebal sikit punya) dan tanah. 

Ini DIY step by step yg Reen jumpa dlm Google...boleh ikut ye..bukan bunga petunia saja boleh buat macam nie.. bunga yang menjalar mcm morning glory, bunga kembang pukul 10 pagi dan pokok2 yang seangkatan dengannya.



Step By Step DIY Petunia Tower


My Petunia Tower

My Petunia Tower




Thursday, February 06, 2014

Petunia In The House....

Ku tertarik... terpikat..terjatuh hati...alahai petunia....

Ini semua gara-gara group di FB la... Noy Green Garden Village, Suri Suka Tanam Pokok Bunga, Jom Tanam Bunga, Go Green , Kelab kebun Keliling Rumah (KKKR) dan macam2 group pasal pokok bunga. Hari-hari upload gambor pokok bunga... balik2 nampak petunia... petunia... petunia...

Akhirnya petunia nie jadi juga milikku...ini pun dapat di nurseri yang sama beli ros tu... sepasu RM 12.00.  Beli 3 pasu... so jadi RM 10.00. Sangat berbaloi.. Tak tahula kot2 ada yg dapat lagi murah... Sangat heppyyy... berganda-ganda.. 

Sekarang nie kena belajar pulak jaga petunia. Kerana ia bunga semusim.. kalau x pandai jaga hayatnya tak lama... kalau betul penjagaannya boleh tahun setahun ikut kata Puan Salina Abu, Yaya Dila. So Reen akan praktikkan petua-petua dari sifu-sifu yang dah lama menanam petunia nie.

Jom layan petunia baru Reen... cantik tak ???


Petunia Ungu Berbelang Putih

Bunga-bunga Petuniaku

Petunia Ungu

Petunia Putih




Tuesday, February 04, 2014

Bunga-bunga Ros Di Tahun Baru


Sungguh happy... kenapa pulak ye... mana tak nya.. on the way balik dari pekan Ahad Padang Serai...lalu kat Nurseri bunga dekat jalan utama Permatang Durian.. amboi byknya pokok-pokok bunga baru... apa lagi.. minta hubby stop la.

Banyak pokok-pokok baru sampai.. lawa-lawa bunganya..Macam nak beli semua. Ada orkid, petunia, vinca, keladi, bunga kertas, ros dan mcm2 lagi. Oleh kerana harganya berpatutan Reen beli 3 pokok bunga ros nie... cantik tak ???

Ketiga-tiga pokok nie dah selamat Reen pindahkan ke pasu yang lebih besar.. wahai bungaku, moga-moga membesar dengan sihat...

Ros Merah

Ros Pink

Ros Merah



Suka-Suka - Tahun 2012 & 2013

Jom Layan foto-foto untuk suka-suka tahun 2012 & 2013...

 D' King - Mee Udang Banjir


Ronda-ronda Penang


 Ladang Anggur Tasik Beris 

Majlis Walimatulurus Pak Cik Yen & Mak Cik Sue.....


My Anak-Anak Bulus....
   Boboy

Mak Aji

  Lion, Robert & Tuah 

Orkid-orkid 

Princess



Sophie


Adik

Tuah, Panther & Smokey


Simba

Ahmad Albab


My Bunga-bunga
Orkid-orkid...

Bunga-bunga Orkidku

Australian Mango

Kelapa Magat

Limau Kasturi

Spider Orkid

Orkid Buluh

Pigeon Orkid



ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...