Saturday, February 25, 2012

My Sunflower Blooming
















Selepas entri sedih....kucing hilang. Ini entri lain pulak. Nak buat macam mana coz dah hilang. Life must go on. So teruskan ajela...

Entri ini tentang bunga matahari @ sunflower pulak. Benihnya diberi oleh kawan blogger En. Iskandar Abdul Rashid dari tanamsendiri@blogspot.com. Memang dah lama aku mengidam nak tanam sunflower but benih yang dibeli di supermarket selalu tak menjadi. Kadang2 tak hidup pun.


Anda tengok bunganya... besarkan ? Ini pokok yang ditanam di atas tanah kat garden sebelah rumah aku. Masa mula-mula semai ingatkan tak hidup coz tak berapa besar. Tapi selepas di transfer di atas tanah... mak oiiii... cepatnya membesar.


Hati rasa puas tengok bunga-bunga berkembang. Seindah & seceria matahari. Warna kuningnya begitu memukau. Gembira sangat... coz satu impian nak tanam sunflower dah tercapai tahun ini.

Sekarang ni pun... beberapa cabang baru tumbuh disisi dahan.. beberapa bunga mula mengeluarkan putik... beberapa hari lagi berkembang la tu...

Penuh taman dengan sunflower nanti.



Dak Ciam & Bubu (Hilang @ Dicuri Orang?)





Hari ini entri sedih....


Maklumlah...sad story... 2 ekor kucing yang dibela sejak setahun lalu tetiba hilang x balik umah... Dak Ciam seminggu yang lalu. Dan Bubu dua hari lepas. Tak tahu la hilang atau dicuri orang coz mereka memang cute & manja. pikir punya pikir memang sedih coz aku yang jaga since dia orang born sampai dah umur setahun. Kalau dihitung bulan ini memang genap umur dia orang setahun...

Masa hilang hari tu aku ada cari kat kawasan rumah tapi tak nampak. Kalau mereka keluar selalunya akan balik. Ini memang sah dah hilang. Rasa nak nangis pun ada tapi aku pasrah & redha. Ada pertemuan ada perpisahan. Mungkin ada hikmah apa yang berlaku. But for my beloved Dak Ciam & Bubu... mama love u all so much. Pandai-pandai la jaga diri sendiri.

Still missed gelagat & keletah mereka yang manja. Uhuuk... uhuk...

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...