Saturday, May 12, 2012

Tips Tanam Ros



Salam semua,

Sekadar berkongsi cerita tentang bunga ros. Semenjak aku mula kembali berkebun dan menghijaukan taman sekangkang kera di tepi rumah. Banyak benda yang aku pelajari tentang bunga-bunga & tanaman lain.

Dari nama bunga-bunga baru sehinggalah bunga yang memang dah lama kita kenal dan tahu. Jadi hobby sekarang adalah menggogle mencari maklumat baru tentang tanaman termasuk penjagaannya.

Bagiku bunga ros agak susah juga dibela jika tidak kena caranya. Jadi di sini aku ingin kongsikan tips dan beberapa cara menjaga dan membelai bunga istimewa ini berdasarkan info-info yang ditemui.Selain baja, air & tanah, ia juga perlu dibelai dengan penuh kasih sayang.



Antara tips-tips bertanam ros :

1) Seperti tanaman lain apa yang diperlukan oleh pokok ros adalah tanah (campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar.) , air, matahari & sumber nutrien baja.

2) Pokok ros perlu disiram dua kali sehari dan sebaik-baiknya pagi dan petang. Semasa menyiram jangan siram terlalu banyak air pada daun dan batang kerana pokok yang terlalu lembab boleh mengundang pelbagai penyakit.Hanya siram sekadar membasahkan tanah.

3) Berikan baja pokok dan bunga untuk menambahkan nutrien pokok. Saya mengamalkan air basuhan beras & ikan sesekali letakkan kulit pisang pada pangkal pokok ros kerana 
pisang yang mengandungi potassium boleh membantu pokok bunga. Kulit pisang dipotong kecil-kecil boleh diletakkan di dalam pasu atau ditanam didalam pasu pokok ros. 

4) Selain itu, kulit udang, ketam juga boleh digunakan sebagai penambah makro & mikro nutrien yang tinggi untuk pokok bunga ros. 

5) Pokok  bunga ros yang dibeli dari tanah tinggi tidak boleh terus diletakkan di bawah sinar matahari tetapi pendedahan secara bergradual sehingga pokok boleh sesuaikan diri dengan iklim barunya.

6) Paling penting, pokok ros yang telah habis berbunga perlu dicantas untuk menggalakkan pengeluaran bunga. Cubitan pada tangkai ros baru adalah salah satu kaedah yang boelh meningkatkan pengeluaran bunga yang banyak.

7) Pernahkan pokok ros anda tetiba daunnya menjadi kuning dan akhirnya gugur. Air yang kurang membuatkan pokok ini menjadi begitu. Jadi penyiraman yang betul boleh mengelakkan keadaan ini.


8) Pokok ros juga senang diserang black spot, powdery mildew dan rust. Sekiranya pokok anda terkena black spot, buang daun-daun yang terkena penyakit. Untuk mengawal anda boleh gunakan formula organik campuran cili padi, minyak masak, bawang putih, cecair cuci pinggan dan kunyit. Formula ini saya perolehi dari internet juga. Saya pernah mencuba dan hasilnya alhamdulillah pokok saya dapat diselamatkan.


Jadi selamat menanam bunga ros ya...

Epal Hijau. Apa Khasiatnya

Salam,


Sebut tentang epal.. kita mula berfikir, berjenis-jenis epal yang ada. Dari hijau, merah menyala dan pink. Semuanya menjadi buah favourite rakyat Malaysia.Epal adalah buah-buahan yang berkhasiat tinggi.


Sesetengah orang hanya makan sahaja tanpa mengambil tahu apakah khasiat dan zat sebenar yang terkandung dalam sebiji epal.


Hari ini saya akan berkongsikan khasiat yang terkandung dalam sebiji epal.


1) Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid,  betakarotena dan fitokimia.


2) Selain itu, ia  juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.


3) Ia juga mempunyai kandungan agen antioksida yang boleh menetang radikal bebas serta dapat melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yg kering.


4) Kandungan fitokimia dalam epal juga dapat menghalang salur darah  drpd tersumbat(penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu. 


5) Epal juga mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Serat yang terdapat di dalam epal dapat melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat 
memberikan kita tenaga.

6) Bagi sesiapa yang tengah berdiet, epal sesuai menjadi snek terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan kerana kolestrol serta lemak tidak terdapat dalam epal.







Fakta & Khasiat Epal Hijau :

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:

* Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung.
* Membantu kesihatan membran paru-paru.
* Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
* Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
* Membantu mengekalkan berat badan.
* Mengurangkan tekanan penyakit asma.
* Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.


So... kalau gi shopping ker .. gi pasar malam ker... pandang-pandang la buah epal yang berkhasiat ini.


Tuesday, May 08, 2012

Yesterday-Today-Tomorrow Flower aka Waikiki Flower


Nama: Yesterday, Today, Tomorrow 


Nama Saintifik: Brunfelsia pauciflora 


Nama Lain: Brunfelsia biru, Morning-Noon-and-Night, Brunfelsia Floribunda 


Spesies famili: Solanaceae 


Asal: Brazil dan Afrika Selatan 


Salam,

Selepas meng-goggle mencari apakah nama sebenarnya pokok yang dinamakan bunga Waikiki oleh penjual pokok yang aku beli hari itu, akhirnya aku dapat juga nama sebenarnya. Yesterday-Today-Tomorrow atan nama sainitifiknya Brunfelsia pauciflora @ Brunfelsia magnifica. Ia juga dikenali sebagai Sunday Morning atau Morning Noon Night.


Mula-mula sebelum membeli aku ingatkan ia bunga melur kerana berbau wangi. Bunga-bunganya memang berbau wangi semasa berkembang. Berdasarkan ciri-cirinya yang bertukar kepada 3 warna bunga ketika berkembang iaitu dari bunga yang pertama dalam ungu lembut (lilac) kemudian kepada warna lavender dan akhirnya pudar kepada warna putih. Oleh itu nama-nama semalam = mendalam lilac, hari ini = lavender dan esok = putih.

Pokok renek Yesterday-Today-Tomorrow (Semalam-Hari ini dan Esok) bersaiz kecil kecil tetapi boleh mencapai ketinggian kira-kira 4-6 kaki. Ia perlu dicantas semula sekali atau dua kali setahun untuk mendapatkan bentuk dan menambahkan bilangan bunganya. 

Aku ingatkan cuma terdapat di Malaysia rupa-rupanya pokok ini juga dapat hidup subur di South Florida Amerika Syarikat iaitu di kawasan beriklim tropika di Amerika Tengah dan Selatan. Ia dikatakan berasal dari Afrika Selatan tetpai ada yang mengatakan ia berasal dari Brazil.

Ia boleh dijadikan hiasan laman sebagai pokok pagaran dan pokok pasuan dan boleh membiak melalui keratan batang dan biji benih.Pokok ini dikatakan pokok yang ‘mesra’ iklim sederhana tetapi memerlukan air yang banyak serta cahaya matahari. Bagaimanapun, ketika musim panas ia lebih sesuai diletakkan di kawasan yang agak redup. 

Bagaimanapun, di sebalik kecantikan fizikal dan baunya yang wangi, bunga Yesterday, Today, Tomorrow ini juga adalah tumbuhan yang beracun. Jika termakan, ia boleh menyebabkan mangsa mengalami pengeluaran air liur yang berlebihan, sesak nafas, sawan, anak mata menjadi besar serta pucat. Oleh kerana ia berbau harum, bunganya banyak digunakan untuk rawatan aromaterapi tetapi tiada khasiat perubatan yang diperoleh untuk spesies ini. Ada laporan jurnal yang menasihatkan supaya bunga ini dijauhkan daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan kerana dikhuatiri akan dimakan dan boleh menyebabkan keracunan. 


Friday, May 04, 2012

Operasi Mengemas Dan Up-grade Taman

Salam,

Sempena cuti hari pekerja 1hb Mei, 2012 sempat la juga aku menjalankan operasi mengemas taman dan memangkas pokok-pokok bunga yang dah merimbun. Sedar tak sedar semenjak berpindah hampir 2 tahun banyak juga koleksi pokok bungaku yang bertambah.

Dari beberapa pokok bunga kertas yang dibawa dari rumah mertuaku kini dah berpasu-pasu ditambah dengan pokok-pokok lain.
Semua pokok-pokok tu ada yang dibeli, diberi jiran, sedara dan beli benih dari kedai. Alhamdulillah berkat berkebun hari-hari lamanku menghijau dengan pokok-pokok dan berwarna-warni dengan bunga-bunga yang berkembang mekar.

Misi menanam pokok orkid telah berjaya dan kini menunggu masa untuk berbunga.
Pokok orkid tu dah melekat kuat di batang pokok ceri yang jadi rumahnya sekarang. Dah gemuk dan subur pun pokoknya. Angan-anganku kini cuma ingin mempunyai sebuah rumah orkid dan menambah koleksi orkid. Eksperimen lagi la gamakya.

Kini benih-benih bunga matahari yang dituai sedang disemai semula. Tunas benih baru mula tumbuh dan menunggu masa untuk dipindah ke bekas yang lebih besar. Tak lama lagi rumahku akan penuh semula dengan sunflower. Oh... bahagianya.

Pokok buah naga, limau kasturi, amra, kelapa, pokok pandan,daun limau purut,pegaga, betik dan serai nampaknya dah membuahkan hasil. Tak lama lagi betik dah boleh makan. Buahnya banyak sekali.

Itulah nikmatnya berbudi dengan tanah.

Thursday, May 03, 2012

Pokok Bunga Mahkota Berduri

Salam... lama x meng-update blog. 

Apa yang disibukkan entahlah. Last week balik kampung sekejap sambil ziarah emak & ayah & sedara mara. Selepas dua minggu my hubby busy dengan jadual kerja yang padat.
Jalan-jalan ke rumah jiran emak dan sembang-sembang pasal pokok bunga. Same interest la.
Asyik bersembang pasal bunga akhirnya dia bagi aku pokok bunga mahkota berduri (memang banyak duri). Ada la dalam 5 jenis warna berbeza. Ikut akak tu pokok ni senang nak jaga. Tapi air tak boleh terlalu banyak sebab batangnya macam pokok jarum tujuh bilah yang penuh dengan duri.
Nama saintifiknya (Euphorbia elegans). Rupa pokoknya seperti di bawah.So bereksperimen la lagi aku tentang pokok bunga ini. Gambar ini ehsan dari blog bunga-oh-bunga. Tak sempat nak snap photo sendiri.




ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...