Sunday, April 27, 2014

Si Cantik Manis Pink Dan Oren

Assalamualaikum........

Semenjak acik Reen jatuh cinta dengan ros jepun...dan macam angau dah...
Siang malam asyik ros jepun... walapun cuma dapat melihat ros jepun kembang hanya pada hujung minggu namun puas...

Sangat puas hati melihat kuntuman-kuntuman indahnya menghiasi laman.. Ari ni acik Reen nak share ros jepun acik Reen si cantik pink dan oren..memang cantik dan cukup sempurna...







Saturday, April 26, 2014

Bedding Ros Jepun

Salam kengkawan...

Kita bertemu kembali... ari ni tak nak tulis banyak-banyak...
Jom hayati dan nikmati bedding ros jepun acik Reen ni....dibelai-belai akhirnya dah gebus begini...
Acik Reen manyak heeeeppppiiiiii woooo....setelah hampir sebulan lebih inilah hasilnya....






Friday, April 25, 2014

Petunia - Sedikit Sejarah dan Penjagaan


                                                             (Gambar : Cik Google)

Petunia…oh…petunia…kamu ada di mana-mana…menghiasi setiap laman dan sudut taman…ooo…petunia yang menawan hati….

Kalau ke mana-mana nursery kat Malaysia ni, pasti anda semua akan nampak pokok bunga yang berbunga cantik nie…Ada bermacam-macam warna…Selalunya pokok-pokok petunia ditanam di dalam pasu gantung di kebanyakan nurseri. Petunia sebenarnya dalah salah satu tanaman gantung yang paling popular dan banyak diminati oleh pencinta bunga-bungaan…Namun ada jug apetunia yang ditanam sebagai window box planter.

Perkataan petunia berasal dari bahasa Perancis iaitu Petun iaitu tembakau kerana mempunyai cirri-ciri yang hampir serupa dengan tembakau. Petunia banyak ditanam di Malaysia dalam berbagai variasi warna.

Sungguhpun begitu, banyak yang salah anggap dengan penanaman dan penjagaan petunia di Malaysia. Walaupun petunia tergolong dalam bunga semusim, namun sekiranya dijaga dengan betul dan rapi, petunia mampu bertahan sehingga setahun lamanya.

Berikut adalah beberapa tips utama dalam penjagaan petunia untuk dikongsi :

a)     Cahaya – Ini merupakan salah satu anggapan yang salah bagi sesetengah orang kerana beranggapan bahawa pokok petunia perlu diletakkan di tempat redup dan langsung tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari. Sebenarnya petunia adalah pokok yang memerlukan cahaya matahari sebanyak 80% ~ 100%. Jadi pokok petunia hendaklah digantung di kawasan yang menghadap cahaya.
b)     Siraman – Pokok petunia hendaklah disiram secara konsisten. Petunia seeloknya hendaklah disiram pada waktu pagi pada pangkal pokok dan bukannya pada keseluruhan pokok. Cuba elakkan mennyiram petunia pada sebelah petang atau malam kerana ia boleh mendedahkan pokok kepada jangkitan kulat dan merosakkan akar. Perlu diingatkan bahawa pokok petunia tidak sukakan air yang berlebihan kerana ia boleh menyebabkan akarnya masam dan membusuk. Ada juga petunia yang ditanam menggunakan pasu bunga jenis ‘self watering’ yang ada dijual di nursery.
c)      Pembajaan – Petunia yang masih berbunga boleh diberikan baja NPK 12-12-12 yang telah dicairkan atau menggunakan baja bunga siraman yang ada di pasaran. Untuk petunia yang ingin dialih pasu, tanah baru hendaklah dicampurkan dengan baja organik yang tinggi agar pokok tersebut boleh berbunga secara serentak.
d)     Pemangkasan – Untuk  menghasilkan pokok petunia yang berjurai-jurai, pokok petunia perlulah dipangkas bahagian pucuknya bagi setiap 10 cm kebawah bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk baru yang berjurai kebawah.
e)  Tips penjagaan harian – Bunga petunia yang layu hendaklah dibuang bagi mengelakkan pokok menghasilkan biji benih. Petunia yang layu jika tidak dibuang akan menyebabkan pokok kurang berbunga kerana ia akan menutup permukaan daun dan boleh menyebabkan daun rosak dan menyebabkan semua daun mati.
f)       Hujan – Pokok petunia tidak sukakan air hujan yang berlebihan, bunga yang terkena air hujan akan rosak dan juga melepuhkan keseluruhan daun.

Wednesday, April 23, 2014

Cerita 2 Hari 1 Malam Di Cameron Highlands (Part 2)




Bertemu kembali…

Ini kisah seterusnya…sambungan dari Part 1

Misi meronda diteruskan…kita ke ladang strawberry pulak, kami semua ke Big Red Strawberry Farm, nasib baik kali nie ada parking. Jadi kita masuk sini ajelah..Entrance free ye…tak kena bayaran……ronda-ronda apa yang patut…tarikan utama kat sini mestilah strawberry kan?? Dari yang ftesh hinggalah yang dah siap dikeringkan…pokok-pokok strawberry hidup subur sekali…seronoknya di sini..kalau la umah acik Reen macam nie…tentu best nie…

Ada jual pokok bunga,benih pokok juga dan macam-macam lagi…..kaktus pun ada. Yang dah siap susun elok-elok dalam deko box..cantik…sangat….Tapi acik Reen kurang minat sikit dengan kaktus..mungkin selepas ini ada minat…siapa yang tahukan??
Pokok bunga ros pun banyak…macam-macam kaler..tapi kali ni entahlah tak berapa nak attract dengan pokok ros..Pokok bunga yang acik Reen tak kenal pun banyak…

Misi mencari pokok strawberry masih diteruskan…hubby acik Reen tanya kot-kot ada jual pokok strawberry disini…at last pekerja Bangladesh kat situ bagi tau..memang ada jual..harga pokok berbeza ikut saiz dan kuantiti pokok. Jadi apa lagi…acik Reen teruslah ke lot yang ditempatkan strawberry yang ditanam secara fertigasi..Boleh pilih sendiri yang mana suka…ha…ha…sukernya acik ….

Rambang mata tengok pokok-pokok strawberry yang tengah membesar dan memang dah kluar buah…apa lagi…pilih-pilih…jangan x pilih…Akhirnya hubby acik Reen pilihkan 4 pasu pokok strawberry…pokok besar yang matang dengan bunga dan buah sekali. Dalam setiap pasu ada 5 hingga 6 pokok…Ya Allah…heppynya acik Reen masa tu…tenkiu hubby ku sayang…Akhirnya acik Reen dapat juga pokok strawberry walaupun kecewa pokok2 yang beli dengan Joe Jalil dah arwah dulu…luka terubat….kembali. Pokok yang acik Reen beli ngan Joe Jalil bukan salah Joe Jalil pun coz masa beli okey ajer……maybe cuaca yang panas ari tu buatkan dia tak dapat sesuaikan diri…Harap-harap pokok strawberry ni hidup dengan bahagianya di tanah rendah bersama acik Reen.

Kita terus ke pasar basah sebelum ke Lavender Garden. Di sini semua pengunjung boleh singgah beli sayur-sayuran dan buahan-buahan..semua deretan kedai menjual barangan yang hampir sama…ada sayuran, buah-buahan, bunga segar, pokok bunga, buah strawberry, pakaian, teh, dan macam-macam lagi…kat sini acik Reen dan adik borong sedikit sayur, buah strawberry …en. Hubby beli madu asli dari seorang penjual Orang Asli..madu tualang katanya..Dah siap semuanya memborong kita terus menuju ke Lavender Garden.

Ramai orang betul di Lavender Garden…maklumlah cuti sekolah dah bermula…mestila ramai orang…Bayaran masuk ke Lavender Garden RM 5 untuk Dewasa dan RM 3 untuk kanak2.. Dah siap bayar tiket…tunggu apa lagikan..terus masuk ke dalam menikmati keindahan bunga-bungaan di sini..
Sempat la juga acik Reen dan hubby berposing-posing dalam nie ditemani bunga-bunga…macam filem Hindustan la pulak…memang best dalam Lavender Garden nie keliling bunga-bunga…yang paling acik Reen geram adalah bunga petunianya…ditanam penuh di atas tanah pelbagai warna…berhamparan ajer…kalaulah umah acik Reen macam tu memang best giler….Mona Lavender dan pokok lavender pun ader… adoiii….macam tak mo balik la…nak tido kat sini…

Da siap posing bagai apa lagi…kami teruskan perjalanan nak balik ler… ala macam tak puas jer jalan Cameron kali nie…harap-harap akan berkunjung lagi ke sini…

Insyaallah….























Tuesday, April 22, 2014

Cerita 2 Hari 1 Malam Di Cameron Highlands (Part 1) - Entri Tertunda



Assalamualaikum…

Dua minggu lepas pada 22hb Mac 2014 dan 23hb Mac 2014 acik Reen, hubby, adik  lelaki dan isterinya  ambil peluang makan angin ke Cameron Highlands selama 2 hari 1 malam.

Memang dah lama acik Reen tak ke Cameron Highlands…rasanya dekat 15 tahun kot....ishh…ishh lamanya tu. Bukan tak nak pergi tapi tak der plan nak ke sini. Selalu pergi pun kita ke tempat lain…tak jadi nak ke sini…kerana jarak perjalanan yang jauh. Tapi bila dah ada jalan baru ikut Simpang Pulai acik Reen memang nak pergi sangat…

Last minit punya plan…jadilah pulak. So, kita semua ambik keputusan ke Cameron Highlands pada 22hb Mac 2014 lepas wife adik acik Reen balik kerja shif malam. Bertolak dari Kulim pun dah hampir pukul 12 tengahari…sampai ke Cameron Highlands pun dah petang hampir 4 petang. Kita ambil keputusan berehat di hotel di Brinchang dan keluar semula ke pasar malam selepas maghrib.

Lepas manghrib kita ke pasar malam berdekatan hotel..Macam-macam yang dijual dari sayur-sayuran, makanan, pokok, pakaian, fridge magnet, key-chains, dan yang paling banyak mestilah buah strawberry…dan macam-macam lagi…Acik Reen beli jagung baker manis…memang sedap dan manis sangat…

Malam di Brinchang, Cameron Highlands sejuk sangat…masa dinner pun terasa angin sejuknya menggigit tulang, acik Reen tengok handphone dan suhu pada waktu tu  17°C…auuuwwww…sejuknya. Tapi hubby acik Reen relaks ajer..tak pakai sweater pun…tahan dan tebal betul lemak dia…ha…ha… kutuk hubby sendiri la pulak..
Hubby acik Reen ketawakan kami semua kerana tak tahan sejuk…dia cakap dia dulu duduk kat London lama…so tak kisahlah sejuk-sejuk macam nie…biasa saja bagi dia..(dalam hati acik Reen kata…London la sangatkan ….jejak pun x pernah). Acik Reen, Sister in Law siap berjaket lagi…memang sejuk…Acik Reen siap berstokin lagi… memang tak tahan kesejukannya…

Esoknya kita ke Cameron Bharat Tea Plantation, MARDI, Tanah Rata, Brinchang, Tringkap etc….memang full dari pagi sampai ke petang. Lepas breakfast kita ke Cameron Bharat Tea Plantation di Tanah Rata…ramai betul orang walaupun cuti sekolah baru bermula. Kita orang siap posing-posing dalam kebun teh. Dapatlah menikmati angin pagi yang sangat segar dari ladang teh ni. Dah puas jalan-jalan dan posing dalam kebun teh, kami semua naik ke cafe pekena teh tarik untuk 6 gelas berharga RM 22.00. Siap makan dengan donut dan sandwich…lagi. Sangat santai dan best sekali dalam cuaca yang agak dingin.

Kami sempat masuk dalam kedai kat situ, borong apa yang patut…yang semesti kena beli ialah Teh Boh Bharat Valley le..hubby beli mug Bharat Valley..acik Reen beli baja teh kompos…(baru dok cari info macam mana nak guna baja tu)…hi…hi…

Habis di Cameron Bharat kami bergerak ke MARDI..sempat tinjau-tinjau ladang strawberry  contoh kat situ..pelbagai pokok herba, bunga-bunga dan tumbuhan di tanam kat situ…teruja sangat tengok bunga-bunganya. Sana bunga sini bunga….acik Reen macam mabuk bunga. Kita orang sempat borong beberapa pokok kat sana..hubby belikan pokok raspberry, mona lavender dan lavender untuk acik Reen. Cari pokok strawberry…hi…hi…x der jual. Kita pun nak cari pokok epal tapi tak der stok masa tu…mungkin next trip kena cari juga…kalau dah tak dak cara..kena seedling sendiri la pokok epal…hi..hi…berangan betoi…boleh idup tak agaknya yer???

Perjalanan diteruskan ke Ros Valley, Cactus Valley dab Big Red Strawberry Farm…tapi sayang..x der parking masa nak masuk ke Rose Valley dan Cactus Farm.. hampanya…hubby kata nak buat camna…Cameron Highlands time cuti sekolah memang pack…Tak boleh la acik Reen nak bergambar dengan bunga-bunga ros yang besar-besar…keciannya…kena tunggu next trip le gamaknya…

Bersambung ……part 2 ye…

















Monday, April 21, 2014

Bantal Burung Hantu

Salam bersua kembali...

Jom try buat bantal burung hantu aka Owl yang comel ni...
Sangat comel...boleh buat untuk anak-anak kita...

Sunday, April 20, 2014

15 Tips Murah Rezeki

Assalamualaikum....

Ari ni acik Reen nak kongsikan ilmu yang sangat bermanfaat petikan dari ceramah ustazah tersohor.
Dato' Ustazah Siti Norbahiyah Mahmud...ustazah favourite acik Reen ni...
Harap-harap kita semua dapat praktikkan ye...moga-moga makin murah rezeki kita semua...

Saturday, April 19, 2014

Bunga Dari Karton Telur

Assalamualaikum...dan salam sejahtera...

Bersua kembali dalam segmen DIY..
Ari ni acik Reen nak share DIY dari karton telur.. selalunya kita buang ajekan...
Tengok hasil DIY ini...terhasil bunga yang sangat cantik...comelkan...
Jom buat kengkawan... sangat kreatif...(Foto : Cik Google)


Friday, April 18, 2014

Ganjaran Buat Seorang Isteri

Assalamualaikum,

Selamat bersua kembali...
Peringatan untuk diri sendiri dan semua para isteri solehah diluar sana.
Sekadar perkongsian untuk dimanfaatkan....


ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...