Ini pokok bunga bakawali…bunga
yang sangat klasik…
Kalau ikut kata mak sedara acik
Reen bunganya kaler putih…sebab masa kat rumah lama dia dulu pokok nie dah
pernah berbunga. Benih bakawali ni pun arwah suaminya yang tanam. Bila dia
pindah rumah..mak sedar acik Reen pun bawa pokok tu sekali.
Masa acik Reen ke rumah mak sedara
baru-baru ni nampak pokok bakawali ni dah tumbuh banyak daun..Mintak dengan mak
sedara acik Reen, dia kata ambil la..
Acik Reen ambik 2 helai daun
bakawali tu untuk bawa balik untuk dibiakkan. Balik rumah potong-potong daunt u
dapat le 5 keping…ambik pasu..masuk tanah..cucuk ajer daun tu dalam pasu.
Dok belek-belek juga kot-kot dah
tumbuh…tapi lambat juga. Tak der pun tunas yang keluar. Tapi daunnya masih
hijau…jadi maksudnya daun ni masih hidup la…
At last beberapa hari yang lepas
macam ada pucuk yang mula kelihatan di hujung –hujung daun bakawali tu..…Wow…dia
dah bertunaslah…..kembang kuncup-kembang kuncup hidung acik Reen gembira…lihat
eksperimen berjaya lagi…
Oleh kerana ini adalah
pertama-tama kali tanam bakawali…jadi tak banyak info yang acik Reen tahu…so
kena google lah.. Yang tahu pun bunganya kembang tengah malam dan bungannya
wangi… itu ajer…
Nak tahu juga bagaimanakah proses
pertumbuhan pokok bakawali ini. Nanti kalau dah jumpa infonya acik Reen share
ye…
No comments:
Post a Comment