Showing posts with label Anyaman Surat Khabar. Show all posts
Showing posts with label Anyaman Surat Khabar. Show all posts

Friday, March 07, 2014

Anyaman Surat Khabar (Sumber Cik Google, Cik Yahoo)

Assalamualaikum...

Ingat tak dulu acik Reen pernah share pasal anyaman dari surat khabar...
acik Reen pun dah lama tak menganyam...menjahit ...menyulam riben..mengait...aduh...semua dah lama tak sentuh..

Semua dek kerana sibuk dengan urusan seharian termasuk kerja, gila bercucuk tanam....dan lain-lain urusan...hu...hu...

Tapi tak per la...untuk mengubat kerinduan untuk yang berminat dengan anyaman surat khabar ni...
acik Reen kongsikan beberapa DIY anyaman yang acik Reen simpan..so boleh le try sendiri ye..
acik Reen tak sempat nak buat foto sendiri...semua ni acik Reen jumpa dalam internet..so semoga semua dapat manfaatnya...Thank you cik Google..Cik Yahoo...dan seangkatan dengannya...


  



Friday, July 29, 2011

Kraf Anyaman Surat Khabar

Salam,

Ada beberapa pengunjung telah e-mail saya tentang anyaman kraf surat khabar ini. Tapi saya pun belajar dari internet dan sumber-sumber lain. Try & error. Akhirnya jadi la...

Tapi itulah tak sempat nak membuat tutorial untuk yang bertanya. So... kepada sesiapa yang nak belajar basic anyaman surat khabar ini saya sertakan blog yang boleh anda kunjungi.... http://jom-buat-kraf.blogspot.com/ dan http://umiecraft.blogspot.com/ dan http://nurmuharram.blogspot.com ... cuba belajar dari sana ok.

Selamat menganyam...dan mulakan usaha anda.

Tuesday, January 26, 2010

Buku Anyaman Bakul Kertas










Banyak yang bertanya saya tentang teknik pembuatan bakul anyaman dari surat khabar. Saya nie tidaklah pandai sangat cuma belajar dari pemerhatian sahaja.Tiada pendidikan formal tentang anyaman ini. Ada beberapa pengunjung blog selalu bertanya bagaimanakah membuat anyaman ini, cara dan teknik.

Oleh kerana itu... saya telah terjumpa sebuah buku istimewa yang memaparkan semua teknik anyaman berasaskan kertas. Ia mudah dan senang dipelajari. dari yang zeroooo........ boleh jadi heeroooo. Tapi kena rajin ler. Dah lihatlah beberapa foto yang saya ambil dari Buku Panduan Hanazcraft. Dan lihatlah foto-foto hasil anyaman dari Hanazcraft.

Anda mungkin boleh memulakan bisnes dengan hobi dan kreativiti anda sendiri.

Untuk maklumat lanjut sila klik link berikut :

Monday, May 11, 2009

Bakul Anyaman Surat Khabar




Ini satu kraftangan yang baru dipelajari walaupun benda ni dah lama orang buat. Ini first try... memang cantik kalau pandai menganyam. Yang penting kena tahu juga basic menganyam. Bagi saya mmg x pernah buat langsung. Dulu-dulu masa kecil2 selalu tengok nenek menganyam bakul buat rotan tapi setakat nengok ajela..

Kini mertuaku pulak dah belajar buat bakul bunga telur menggunakan surat khabar. Katanya nak habiskan masa terluang masa kami keluar bekerja. Akhirnya aku nak try juga buat sbb tengok asyik sangat mak mertua aku membelek-belek bakul bunga telur yang dia buat.

Tapi aku tak buat bakul bunga telur sbb kecik. Aku modified jadikan bekas letak barang.Siap ada penutup lagi. Boleh letak brooch ke, duit syiling @ apa2 yang kita suka (brg2 kecik je la).Untuk cantikkan lagi kena le sapu syelek & kanji untuk tahan lama. Lepas tu korang boleh le hiaskan guna bunga ke @ apa2. Ikut kreativiti masing2. Ni produk yang belum sapu syelek. Warna asal surat khabar. Kiranya percubaan pertamaku berhasillah.

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...