Showing posts with label Muslimah Solehah. Show all posts
Showing posts with label Muslimah Solehah. Show all posts

Sunday, April 20, 2014

15 Tips Murah Rezeki

Assalamualaikum....

Ari ni acik Reen nak kongsikan ilmu yang sangat bermanfaat petikan dari ceramah ustazah tersohor.
Dato' Ustazah Siti Norbahiyah Mahmud...ustazah favourite acik Reen ni...
Harap-harap kita semua dapat praktikkan ye...moga-moga makin murah rezeki kita semua...

Friday, April 18, 2014

Ganjaran Buat Seorang Isteri

Assalamualaikum,

Selamat bersua kembali...
Peringatan untuk diri sendiri dan semua para isteri solehah diluar sana.
Sekadar perkongsian untuk dimanfaatkan....


Monday, February 24, 2014

Doa Mengelak Sifat Pemalas

Assalamulaikum...

Mari kita amalkan...moga-moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang malas...



Saturday, November 09, 2013

Persoalan Mandi Hadas Menggunakan Shower.

 

Persoalan mandi hadas dan jawapannya. Moga mendapat manfaat untuk semua.
Soalan ini ditanyakan oleh seseorang kepada seorang ustaz.

Soalan : Assalamualaikum Ustaz, adakah sah mandi hadas dengan menggunakan shower atau air pancuran ? Dengan meratakan air ke seluruhan badan sahaja tetapi tidak ada bilangan jirusan. Jika tidak sah, apa yang sepatutnya dibuat. Terima kasih.

Dari : Hamba Allah yang keliru

Jawapan : Para Ulamak telah membahagikan perbuatan-perbuatan yang perlu dilakukan di dalam ibadah (solat, puasa, haji, mandi hadas dsbnya) kepada 2 kategori :

  1. Perbuatan-perbuatan rukun
  2. Perbuatan-perbuatan sunat

Perbuatan-perbuatan rukun jika ditinggalkan akan menyebabkan ibadah menjadi rosak dan terbatal. Adapun perbuatan-perbuatan sunat jika ditinggalkan tidaklah menyebabkan rosak ibadat ataupun terbatal tetapi ia akan mengurangkan pahala ibadah.

Bagi mandi hadas/mandi wajib, perbuatan rukun adalah :
  1. Berniat mandi hadas
  2. Meratakan air ke seluruh badan

Jika seseorang mandi dengan menyempurnakan 2 perkara di atas, maka sahlah mandi hadasnya.

Pertama, ia berniat di dalam hati ketika mandi itu bahawa mandi yang dilakukannya itu adalah bertujuan untuk menghilangkan hadas (bukan mandi biasa).

Kedua, meratakan air ke seluruh badannya termasuk celah-celah rambut dan kawasan-kawasan yang berlipat di badan. Cara bagaimana mandi  (sama ada dengan menyelam, menjirus air atau berdiri di bawah shower atau air terjun) tidaklah menjadi syarat asalkan air merata ke seluruh tubuh badan ( yakni dari hujung rambut hingga ke hujung kaki). Begitu juga tidak disyaratkan bilangan jirusan tertentu. Jika dengan sekali jirusan sudah dapat meratakan air ke seluruh badan memadailah dengan satu jirusan. Jika tidak perlulah diulangi hingga diyakini bahawa air telah rata ke seluruh tubuh. Namun makruh jika kita mandi dengan berlebihan atau gunakan banyak air hingga menimbulkan Israf (pembaziran).

Di dalam hadis diceritakan bahawa : “Nabi Muhammad SAW mandi dengan segantang air sahaja” (Hadis Riwayat : Imam Al-Bukhari dan Muslim dari Anas. Lihat hadis ini dalam Bulughul-maram, bab Al-Wudhu’)
Itu adalah had wajib yang mesti dilakukan ketika mandi hadas. Adapun jika ingin mendapat pahala yang sempurna, hendaklah melakukan juga perbuatan-perbuatan yang disunatkan semasa mandi.

Menurut Mazhab Syafiee, di antara perbuatan-perbuatan yang disunatkan ketika mandi hadas adalah :
  1. Membaca Bismillah
  2. Dimulai dengan membasuh kedua-dua tangan
  3. Menggunakan tangan kiri ketika membasuh kemaluan dan ketika menghilangkan najis  di badan jika ada
  4. mengambil wuduk sebelum memulakan mandi
  5. Mandi dari atas ke bawah, iaitu dari kepala turun ke kaki
  6. Menggosok celah-celah rambut dengan air kemudian jirus air ke kepala dengan 3 kali cebokan air.
  7. Mandi dari sebelah kanan, kemudian baru ke sebelah kiri iaitu menjirus air ke sebelah kanan kemudian di sebelah kiri.
  8. Mengulangi mandi sebanyak 3 kali bagi setiap anggota.
  9. Mengosok-gosok badan dengan tangan ketika mandi.
  10. Menyelati celah-celah jari tangan dan kaki ( jika dikhuatiri air tidak sampai tanpa diselati, wajiblah melakukannya)
  11. membaca doa apabila selesai mandi sebagaimana doa selepas wuduk.

Wallahualam. Moga bermanfaat untuk semua.


10 Tips Kemanisan Dalam Berumah Tangga


Salam……. Selamat bersua kembali.

Adat berumah tangga. Adam anis, pahit, kelat, payau dan sebagainya. Adakala sangat gembira, bahagia, ceria, ada ketika bermasam muka, gundah gulana dan berduka.

Berikut ada 10 tips kemanisan berumahtangga untuk dipraktikkan untuk semua pasangan yang dah berkahwin dalam usaha mengeratkan lagi hubungan suami isteri moga menjadi keluarga yang bahagia.

  1. Ciuman – Mulakan hari baru anda dengan sebuah ciuman kepada pasangan anda. Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk pasangan anda. Dengan ciuman anda akan dapat merasakan anda dihargai oleh pasangan anda.
  2. Cincin Perkahwinan – Pakai cincin perkahwinan anda setiap masa. Ini akan membuatkan anda sentiasa berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut.
  3. Makan Malam @ bercuti – Rancang makan malam atau bercuti ke tempat menarik bersama pasangan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kalau tak boleh sekali sekali untuk merapatkan hubungan anda.
  4. Perubahan – Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan ibubapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerjaya dll. Oleh itu, perlu menerima perubahan tersebut dengan cara positif.
  5. Adab – Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab perlualah dijaga supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.
  6. Lemah-lembut dan berbudi bahasa – Bagi isteri, anda perlu berlemah lembut dan berbudi bahasa dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi.
  7. Hadiah – Berikan pasangan anda hadiah sewaktu hari-hari penting dirinya seperti hari lahir, hari ulangtahun perkhawinan dll. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari-hari istimewa tersebut.
  8. Senyum – Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak salah sekiranya anda senyum kepada pasangan anda setiap hari bagi menyatakan kasih sayang anda kepadanya.
  9. Sentuhan – Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.
  10. Impian – Setiap orang mempunyai impian masing-masing. Begitu juga dengan orang yang berumahtangga, pasti ada impian yang belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda supaya dia dapat membantu anda mencapai impian anda yang belum tertunai.

Semoga tips-tips ini akan dapat mengeratkan hubungan anda suami isteri dan menyemarakkan lagi kehidupan anda dalam membina keluarga bahagia. Amin.


Dipetik dari tulisan : Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff

Friday, November 08, 2013

Tips Isteri Solehah

                                                                        Foto : Cik Google


Sekadar peringatan untuk semua wanita yang bergelar isteri agar menjadi isteri solehah.

  1. Isteri yang baik akan menyambut kepulangan suaminya dengan senyuman yang menyejukkan hati.
  2. Jika suami sedang bermasalah, seorang isteri tidak akan melakukan sesuatu yang boleh membebankan suaminya dan menambahkan lagi masalah suami. Sebaliknya ia segera menyambut dan melayani segala keperluan suaminya.
  3. Sekiranya suami pulang dalam keadaan yang berlainan dari biasa, isteri jangan menyoal bertubi-tubi. Bersabar dan bertenang dahulu. Selepas suami melepaskan lelah dan kepenatan, baru anda bertanya apakah masalahnya.
  4. Sekiranya suami belum menjelaskan hal tersebut, isteri boleh menyoal suami dengan cara yang palinh menyenangkan dan bukannya dengan cara mendesak.
  5. Sekiranya isteri boleh membantu, segeralah membantu untuk mengurangkan masalah yang menyusahkan hati suami.
  6. Hal ini akan mengurankan beban suami dan ketika ini suami akan lebih menyedari bahawa di rumahnya terdapt permata yang sangat bernilai lebih tinggi nilainya dari mana-mana permata.

Sumber : Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni


Thursday, November 07, 2013

7 Tanda Orang Yang Sombong


                                                   (Foto : Cik Google punya)

Hari-hari kita berjumpa dengan pelbagai jenis orang. Bermacam ragam bukan. Orang sombong dan bongkak juga salah satu jenis orang yang mungkin kita akan jumpa. So….Macam mana nak kenal orang sombong dari segi sifatnya :

Tanda-tanda Orang Sombong :

  1. Cepat marah – sikit salah pun tak boleh, dia akan cepat naik darah
  2. Suka potong percakapan orang lain
  3. Suka bertegang leher dengan orang lain
  4. Rasa tidak senang hati jika ada orang yang lebih dari dirinya di dalam satu-satu majlis
  5. Suka tinggikan suara apabila bercakap
  6. Pantang ditegur
  7. Tidak rasa kesal di atas kesalahan yang dilakukan.

Wallahhualam.







Monday, October 14, 2013

Tips Hidup Bahagia – Dari Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah


Salam semua.

Berkongsi tips dari pakar motivasi terkenal di Malaysia untuk panduan dan pedoman kita semua. Beberapa tips untuk HIDUP BAHAGIA :

  1. Rapat hubungan dengan Allah dan patuh dengan segala perintah Allah
  2. Doa & zikrullah untuk tenang & bahagia
  3. Cuci hati agar dapat menarik bahagia & perkara positif
  4. Elakkan dendam dengan memberi kemaafan setiap hari sebelum tidur
  5. Layan orang lain dengan sopan & kasih saying agar orang lain juga akan layan kita dengan baik
  6. Lihat setiap masalah sebagai cabaran, peluang dan didikan daripada Allah
  7. Redha dengan Qada’ dan Qadar Allah kerana apa yang yang Allah tentukan adalah yang terbaik untuk kita
  8. Bentuk impian yang hebat kerana orang yang ada harapan sentiasa memandang ke hadapan dengan positif
  9. remehkan yang remeh dan besarkan yang benar-benar penting sebab ramai orang stress kerana perkara yang remeh
  10. hebahkan kebaikan dan tutupkan kelemahan orang lain
  11. Orang yang berjaya tunjukkan hasil tetapi orang yang gagal memberi alas an. Elakkan memberi alasan
  12. Fokus kepada apa yang boleh dilakukan sekarang dan lupakan perkara yang berlalu.
  13. Elak membandingkan diri sendiri dengan orang lain kerana setiap orang ada kelebihan masing-masing
  14. Pilih kawan-kawan positif yang Allah suka
  15. Jangan risau tentang apa orang kata tetapi risau apa yang Allah kata
  16. Kurangkan cakap dan lebih mendengar
  17. Luaskan jaringan sahabat
  18. Menyendiri sekali sekala untuk rawat dan muhasabah diri sendiri
  19. jaga diet – makan yang halal, baik dan seimbang
  20. Exercise dengan istiqamah
  21. bentuk sifat Qanaah
  22. Sentiasa jujur – sesekali berbohong terpaksa berbohong untuk menutup pembohongan seterusnya
  23. Kawal diri dan elakkan orang lain yang mengawal kita
  24. Ubah apa yang termampu yang lain serahkan kepada Allah
  25. Hakis sifat takut dan risau serta yakin bahawa ketentuan Allah adalah yang terbaik
  26. Fokus pada 1 masalah pada 1 masa
  27. Elakkan bawa masalah ke tempat tidur
  28. Selalu bahagiakan orang lain untuk gamit bahagia
  29. Bentuk rutin harian yang positif dan mengikut syariat
  30. Programkan minda untuk bahagia
  31. Temui cinta sejati
  32. Hidupkan sunnah harian
  33. Seimbangkan hidup agar harmoni


Moga Allah akan merahmati kita semua. Amin.

Sunday, October 13, 2013

Rahsia Tidur Yang Diberkati Allah S.W.T dan Dilindungi Malaikat



Sekadar perkongsian untuk semua. Agar kita mendapat manfaat dan berkat.


  1. Berwuduk sebelum tidur
  2. Berdoa sebelum tidur
  3. Tidur tidak terlalu malam (awal malam)
  4. Memaafkan semua kesalahan orang yang pernah menyakiti kita
  5. Bersyukur atas apa yang Allah S.W.T berikan hari ini
  6. Bertaubat dari semua dosa dan kesalahan
  7. Berprasangka baik pada Allah S.W.T

Friday, October 11, 2013

Cara Berkasih Sayang Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

                                                             (Kredit to foto from Google)
                                                        

Antara cara berkasih sayang yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Jom kita amalkan bersama moga-moga mendapat keberkatan :

  1. Tidur satu selimut dengan isteri
  2. Memakai wangi-wangian
  3. Mandi bersama isteri
  4. Menyikat rambut suami
  5. Membantu isteri di dapur
  6. Minum bergantian pada tempat yang sama sama
  7. Membelai isteri
  8. Tidur dipangkuan isteri
  9. Memanggil dengan kata-kata mesra
  10. Berjalan berpegangan tangan




Wednesday, May 08, 2013

PETUA UNTUK SENTIASA DARA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra


PETUA UNTUK SENTIASA DARA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.


Saturday, May 04, 2013

Adab Memasak - Zikir Dan Doa

Salam uols... buat apa pepagi ni...

Maybe banyak yang tengah dalam perjalanan pulang ke kampung untuk mengundi. Berhati-hati di jalan raya. Jangan cilok ok... ikut arahan lalulintas untuk keselamatan bersama...

Apalah Cik Puan Reen membebel la pulak. oooo.. nanti tengahari semua ibu-ibu nak memasak. Semasa Cik Puan Reen berjalan-jalan di muka buku tadi, Cik Puan Reen terjumpa beberapa doa yang sangat bagus untuk kita amalkan bersama.

Sebenarnya.. rasanya banyak yang tahu tentang doa-doa ini, namun kekadang sebagai insan yang sangat kerdil, kita juga lupa & alpa. Jadi tidak salah kita saling mngingati. Moga mendapat keberkatannya. Amin...


9 Waktu Mustajab Untuk Nasihatkan Anak




Salam semua... anak adalah anugerah. Anugerah yang sangat bernilai untuk ibu & bapa. 
Anugerah yang tidak boleh kita persia-siakan.Bagaimana sahsiah & akhlak seorang anak itu sebenarnya mengikut bagaimana dia telah dibesarkan. Silap didikan.. habislah terutama di dunia kita yang penuh dengan cabaran.

Seperti yang kita tahu, anak-anak juga bermacam ragamnya, kita sebagai ibu bapa perlulah pandai menangani situasi ini dalam memberi tunjuk ajar dan juga menasihati.

Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun hanya untuk seminit :

1-Sebelum anak tidur.
2-Ketika anak sedang tidur (bisikkan di telinga).
3-Selepas anak bangun tidur.
4-Selepas anak mandi.
5-Selepas anak solat.
6-Selepas anak membaca al-Quran.
7-Selepas anak berdoa.
8-Selepas anak beriadah.
9-Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak).

Ayat al-Quran yang digalakkan untuk diamalkan :

Surah al-Baqarah (apabila dibaca pada satu malam, selama tiga malam syaitan tidak masuk ke dalam rumah).

Diet Rasulullah S.A.W.

Salam uols... selamat pagi....

Rasanya banyak teman-teman yg dalam perjalanan pulang ke kampung untuk mengundi besok. Undi.. jgn x undi. Jalankan tanggungjawab dan amanah kita. Kita penentu masa depan negara.

Cik Puan Reen akan mengundi juga tapi selepas En. Hubby mengundi di kampungnya. Selepas tu baru kita balik ke kampung Reen. Nasib baik dekat jer.. kalau tak balik sendiri la.

Dalam kesibukan orang balik mengundi, Cik Puan Reen nak kongsikan info diet pemakanan rasul junjungan kita yang bagus untuk kita ketahui dan amalkan.





Thursday, May 02, 2013

NASI PUN BERZIKIR...

JENIS MAKANAN
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit.

Diet Rasullulah SAW menyebabkan beliau Rasullulah SAW tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

* Jangan makan SUSU bersama DAGING
* Jangan makan DAGING bersama IKAN
* Jangan makan IKAN bersama SUSU
* Jangan makan AYAM bersama SUSU
* Jangan makan IKAN bersama TELUR
* Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
* Jangan makan SUSU bersama CUKA
* Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

CARA MAKAN

* MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI
* TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
* JANGAN SESEKALI TINGGAL UNTUK MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL UNTUK MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA. (maksudnya, jangan makan malam)

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion ( + ) sedangkan dalam ikan mengandung ion ( – ), jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat amalan antara lain:

* Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

* Rasulullah saw mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

* Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud) sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Tafakur sesaat seperti 70 tahun ibadah nilainya.

* Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

* Nabi saw juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

SUNAH CARA MAKAN MENURUT NABI SAW :

1. Makan garam secubit sebelum makan untuk menolak 70 jenis penyakit, dan ambil lagi secubit dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa sudu. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu.
2. Berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan. Dan minum dengan memegang gelas dengan tangan kanan, meskipun tangan tersebut bekas kuah.
3. Duduk di bawah, bukan di bangku dan dimulai dari pinggir dan terakhir ketengah. Baik sekali makan bersama keluarga atau kawan.
4. Jangan bazirkan walaupun sebutir nasi, kerana nasi ini berzikir.

REPAIR BODY SENDIRI









Sambil rehat2 atau bersantai2... kita boleh la cuba2 repair body kita sendiri. 

Rujuk grafik. 

Picit dan gosoklah bahagian2 berkenaan di tapak tangan kita.

InsyaAllah bermanfaat untuk kesihatan.

Lagi baik kalau sedang memicit2 atau menggosok2 tu kita baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Surah Qul...

Tuesday, April 30, 2013

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...