Showing posts with label Green The World. Show all posts
Showing posts with label Green The World. Show all posts

Wednesday, January 01, 2020

Kisah Nenas Madu MD2

Assalamualaikum 
Selamat tahun baru 2020.

Azam tahun nie, nak rajin tulis blog yang bersawang nie.
Rajinnnn, rajinnnn.

Dah rajin, maka terhasillah karya ini pagi tadi.

Dua hari lepas otw balik opis, macam biasalah kami suami isteri  JJCM.

Tetiba teringin nak makan satay Semeling yang niaga lepas Pekan Lunas tu. Dah sampai situ, so turunlah kami berdua dari kereta.

Dah order sate 30 cucuk (15 cucuk ayam & 15 cucuk daging). Kat sini memang port fav jual makan-makan & selalu beli sate kat situ sebab sedap rempah ramuan secukup rasa satenya.

Eehhh ehhh tertoleh pulak sebelah niaga sate tu, ternampak nenas fresh macam baru petik.

So En. Hubby pun tanyalah nenas nie jenis apa & pilihkan sebijik yang elok & dah masak.

Kata penjual tu nie nenas MD2 (Nenas Madu). Mai dari Pendang atau Pokok Sena kata dia.

Masa dok sembang tu, rupanyaaa yang niaga tu sedara mara ade bau bau bacang juga ngan En. Hubby.
Maka makin rancaklah depa melawak & sembang lagi.

Orang niaga memang kena mulut manis, baru attract customer.
So yang niaga nie memang pandai layan customer.

Bagus PR yang menjual nenas tu, siap potong-potong bagi rasa.
Memang manisss ya nenas MD2 nie.

Sembang punya sembang, Kak Reen pun tanya ade tak bunjut nenas yang tak nak atau yang nak buang. Kak Reen bagitau nak 2 atau 3 jer sesaja nak balik tanam.

Dia cakap ade kak, banyakkk.
Jap ye katanya. Alih-alih terus dia angkat semua bagi akak πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.
Siap minta alih kereta buka bonet depan gerai dia. Maka kami pun masukkanlah bunjut nenas tu dalam bonet. Balik rumah pindah kejap dalam raga kain tu, kira punya kira ade dalam 20 lebih pucuk nenas.

Masyaallah baik betul peniaga tu.
Terkedu akuuuu, macam boleh buat ladang nenas sudah.
So bunjut tu dah pindah masuk guni dulu. Maybe weekend nie blh semaikan ke tanah.
Lagi setahun lebih ade rezeki mana tahu boleh merasa nenas kebun tepi rumah.

Wish me luck ya untuk eksperimen tanam nenas pulak 😜😜😜.

#KakReenSuweet
#StoryKakReenSuweet
#WeekendGardener
#NenasMD2
#NenasMadu


Thursday, August 15, 2019

Cara Buat Racun Rumput Organik

Dah nak weekend kan ???
Mesti ramai yang cuti lepak-lepak sebelum gi jenjalan tu

Tertoleh lah tengok garden seciput dah mula tumbuh rumput lalang semula walau hari tu dah panggil orang mesinkan. Sekejap jer dah panjang.

Baru teringat hari tu ade simpan info buat Racun DIY. Boleh racun & matikan rumput dan lalang. Jom cikedout resepinya. Yang penting organic uuolsss

CARA BUAT RACUN RUMPUT SENDIRI DIRUMAH
================================

Usah gelabah, kalau tak suka guna racun herbisid macam paraquat, boleh buat herbisid organik sendiri dengan menggunakan bahan asas yang ada kat rumah.

Kau hanya perlukan cuka masakan dan sabun pencuci pinggan. Juga alat penyembur supaya senang kerja kau.

Tuang cuka masakan tu dalam alat penyembur, dan titiskan 3 atau 4 sudu besar sabun pencuci pinggan. Kemudian kau sembur sepuas hati.

Cuka masakan mengandungi asid asetik dan asid asetik ini sangatlah tidak ngam kepada kebanyakan jenis tumbuhan. Sabun pencuci pinggan tadi pula bertindak sebagai ejen pelekit yang memastikan cuka kau sembur tadi melekit elok pada tumbuhan tersebut.

Aku sembur sekali sahaja dan seminggu kemudian bila aku datang kembali, rumput liar yang hijau tadi dah jadi coklat (mati). Kerja kau seterusnya adalah bawa keluar cangkul dan kerjakan semua rumput tu. Tak susah mana pun sebab selepas seminggu akar rumput pun dah kering dan mudah dicabut.

Tak payah panggil Bangla datang meracun dan cabut rumput.

Lebihan cuka kau boleh guna untuk buat ikan masak cuka dan lebihan sabun pencuci kau guna untuk cuci pinggan (jangan kau belasah campur dalam ikan masak cuka tu pulak).

Kredit : LanskapMaximus


Friday, August 09, 2019

Cintaku Pada Ros Menguntum Kembali

Selamat bersua kembali viewers.

Suatu ketika dahulu cintaku tertumpah pada alam flora.
Pokok-pokok dan bunga-bunga.
Suka berkebun, bercucuk tanam.
Sampai terjun ke dunia bisnes online berjualan bunga ros jepun dulu.

Tetapi, cinta itu kemudian lenyap.
Padam, hilang.
Mood hilang entah ke mana.

Mungkin semasa kesibukan menguruskan arwah ibu mertua, pokok-pokok bunga banyak terbiar.
Tak sempat bersiram dan jaga dengan sempurna.
Akhirnya semua mati.

Tak kisahlah semua tu asalkan ibu mertua sihat kembali.
Namun takdir Allah, ibu mertua dijemput ilahi tanggal 5hb November 2014.
Syukurlah selama dia sakit Kak Reen, Hubby dan adik ipar menjaga segala keperluannya.

Selepas arwah pergi, mood masih down.
Tak rasa semangat pun nak berkebun.
Tak ada hati pun nak tengok pokok.

Tapi itulahhhh,
Rumah yang sebelumnya banyak pokok dan dipenuhi bunga berkembangan tetiba rasa tak ceria.

Tetiba dapat semangat baru.
Pelan-pelan ambik mood berkebun kembali.
Cari benih-benih pokok semula termasuk sayuran.

Syukur Alhamdulillah.
Hubby macam memahami sangat bila hadiah birthday pun dia hadiahkan pokok ros.

Bahagia sangat rasanya.
Tenkiuu sayang. 

Ini Ros Merah "Red Chillie" namanya sempena birthday tahun lepas.
Ros merah warna favourite Kak Reen.

Dek kerana itu, Kak Reen mula mengumpul kembali roses dan makin penuh sudah laman comelku.













ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...