Showing posts with label Weekend Gardener. Show all posts
Showing posts with label Weekend Gardener. Show all posts

Thursday, February 02, 2023

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen,

Lamanya menyepi dari blog nie.
Bersawang sudah, habuk sana sini.
Azam tahun baru, nak rajin-rajin menulis kembali.
Nak share ilmu-ilmu yang baik, ilmu-ilmu yang bermanfaat

So sempena tahun baru nie nak share projek baru ceriakan laman.
Syukur Alhamdulillah, En. Hubby dah sediakan plot baru untuk Puan Isteri dia berkebun selepas dia upgrade laman depan.
Jadi sebelah tepi pagar rumah, dia naikkan bata, masukkan tanah, bina pergola anggur, buat rak bunga baru. 

Hoyeahhhh, Puan Isteri boleh bergarden dengan riang gembira.
So sebagai projek awal tahun, kita order Ros Jepun Carnation dari Aisya Garden.
MIx pakej tak ada asing semua 20 ID.

Semoga kali nie meriah berbunga ye.
Aamin2 YRA.



                                       Nie sekotak 20 ID Carnation mix pakej 
                                       Kak Reen ada tambah few ID, yang tu caj harga lain ya.



                                            Foto dari kebun seller - Aisya Garden 



                                       Belanja lagi satu gambar, view arah lain pulak



Saturday, March 21, 2020

Ros Pinky Mon Coeur

Favourite rose Kak Reen di garden.
Anak jepun #MonCoeur namanya

Sepanjang jaga dialah paling rajin bunga.
Setiap masa jer ada bunganya tak putus-putus.
Tak banyak songeh bela dia.
Cukup makan minum eloklah.
Selalu keluar 4 atau 5 kuntum setangkai.

Soft petal with sweet pinky color.
Ada bau tapi tak kuat.

Yang belum kenal, ini sedikit sejarah si Pinky cantik nie.

Mon Coeur ROSE
==============

Bred by Takunori Kimura (Japan, before 2012).
Introduced in Japan by Keihan Hirakata Nursery in 2012 as 'Mon Coeur'.

Shrub.

Rose-pink, lighter edges.  Moderate, damask, musk fragrance.  Average diameter 4".
Medium, very full (41+ petals), cupped bloom form.  Blooms in flushes throughout the season.

Height of 5' to 6' (150 to 185 cm).

#KakReenSuweet
#KakReenGarden
#KakakSiPenjualBunga
#WeekendGardener







Saturday, May 11, 2019

Menanam Ati Ati Pulak

Aktiviti pagi tadi sebelum panas.
Repot pokok ros, pokok strawbery, susun balik pasu ati-ati, siram baja AB, semai seeds sunflower, morning glory, dahlia, keembung, marigold.

Dekat pukul 1.30 ptg baru masuk.
Yang penting keluar peluh juga hari ini.
Puasa pun sibuk gardening juga kan.

Ini ati-ati cutting ari tu.
Alhamdulillah, dah segar tumbuh elok.
Sorry ya, masa semai ari tu pasu abess, so berjemaahlah dalam 3 pasu.
Semua dah segar dah stabil, membesar dengan jayanya.

Lawaa tak????
Sekarang total dan 20 jenis ati-ati kat laman.
Cukuplahhh dulu, nanti collect warna lain pulak.

#KakReenSuweet #KakReenGarden #AtiAti #Coleus #PokokBerdaunCantik #ILoveGardening #WeekendGardener #GreenTheWorld #DaunPunCantik






ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...