Assalamualaikum...
Moga bermanfaat untuk semua....
Bermulanya di sini... inspirasiku... Bercerita tentang kehidupan, family, alam flora & fauna.
Showing posts with label Keluarga Bahagia. Show all posts
Showing posts with label Keluarga Bahagia. Show all posts
Thursday, February 20, 2014
Saturday, November 09, 2013
10 Tips Kemanisan Dalam Berumah Tangga
Salam……. Selamat bersua
kembali.
Adat berumah tangga. Adam
anis, pahit, kelat, payau dan sebagainya. Adakala sangat gembira, bahagia,
ceria, ada ketika bermasam muka, gundah gulana dan berduka.
Berikut ada 10 tips
kemanisan berumahtangga untuk dipraktikkan untuk semua pasangan yang dah
berkahwin dalam usaha mengeratkan lagi hubungan suami isteri moga menjadi
keluarga yang bahagia.
- Ciuman – Mulakan hari baru anda dengan
sebuah ciuman kepada pasangan anda. Ciuman merupakan hadiah yang paling
berharga untuk pasangan anda. Dengan ciuman anda akan dapat merasakan anda
dihargai oleh pasangan anda.
- Cincin Perkahwinan – Pakai cincin
perkahwinan anda setiap masa. Ini akan membuatkan anda sentiasa berasa
dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut.
- Makan Malam @ bercuti – Rancang makan malam
atau bercuti ke tempat menarik bersama pasangan anda sekurang-kurangnya
sebulan sekali. Kalau tak boleh sekali sekali untuk merapatkan hubungan
anda.
- Perubahan – Setiap pasangan yang mendirikan
rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini
kerana mereka akan terikat dengan ibubapa, isteri, anak-anak, masalah
kewangan, kerjaya dll. Oleh itu, perlu menerima perubahan tersebut dengan
cara positif.
- Adab – Dalam menjaga keharmonian
berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab
perlualah dijaga supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.
- Lemah-lembut dan berbudi bahasa – Bagi
isteri, anda perlu berlemah lembut dan berbudi bahasa dalam percakapan.
Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi.
- Hadiah – Berikan pasangan anda hadiah
sewaktu hari-hari penting dirinya seperti hari lahir, hari ulangtahun
perkhawinan dll. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna
pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari-hari
istimewa tersebut.
- Senyum – Kata orang senyum itu sedekah, jadi
tidak salah sekiranya anda senyum kepada pasangan anda setiap hari bagi
menyatakan kasih sayang anda kepadanya.
- Sentuhan – Sentuhan boleh menyatakan
perasaan anda kepada pasangan anda. Jika tidak dapat meluahkan perasaan
sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti pasangan anda
akan memahaminya.
- Impian – Setiap orang mempunyai impian
masing-masing. Begitu juga dengan orang yang berumahtangga, pasti ada
impian yang belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda
supaya dia dapat membantu anda mencapai impian anda yang belum tertunai.
Semoga tips-tips ini akan
dapat mengeratkan hubungan anda suami isteri dan menyemarakkan lagi kehidupan
anda dalam membina keluarga bahagia. Amin.
Dipetik dari tulisan : Ustaz Dr. Mohd
Izhar Ariff
Tuesday, November 05, 2013
PETUA MENCARI MENCARI LELAKI YANG BAIK
(foto : Kredit to Cik Google)
Salam…
Semua wanita inginkan
lelaki yang BAIK serta TERBAIK untuk dijadikan calon suami atau pasangan hidup.
Namun begitu tak semua orang tahu apakak petua-petua untuk mencari lelaki yang
BAIK ????
Lelaki yang BAIK perlulah
:
- Seorang yang berkemampuan
- Boleh dijadikan sebagai penganti ibu dan
bapa kita. Yakni… sanggup lindungi kita dari segala bahaya dan bencana
ataupun kecelakaan. Ini kerana apabila seseorang wanita bersetuju untuk
berkahwin, ini beerti dia telah
rela melepaskan dirinya dari jagaan ibu bapa dan berpindah tempat
bergantung hidup iaitu kepada pasangannya. Kini lelaki yang akan berkahwin
dengan dirinya perlu memikul tanggungjawab tersebut.
- Pandai menjaga darjat diri. Dimana setiap
kata akan dikotakan dan diamalkan. Selain itu, seorang suami yang BAIK
akan sentiasa membawa atau memandu isterinya ke arah kebaikan dan bukannya
keburukan. Suami dan isteri akan saling mengingati kerana kekadang sebagai
manusia adakalanya kita terlalai.
- Berkebolehan dalam menguruskan urusan
rumahtangga. Lelaki yang pandai memasak, membasuh, menjahit dan lakukan
urusan rumahtangga lain tidak akan membebankan isterinya membuat kerja
rumah sekiranya isterinya tidak berkemampuan.
- Memberi kepercayaan kepada wanita dan tidak
mudah bersangka buruk. Maksudnya suami yang keluar mencari nafkah akan
sentiasa meberi sepenuh kepercayaan kepada isteri dalam melakukan urusan
rumahtangga, mejaga harta bendanya, anak-anak dan tidak menaruh syak
wasangka yang buruk kepada isteri.
- Rajin, berfikiran luas serta terbuka ataupun
memakan harta perempuan. Ciri-cir lelaki yang sebegini selalunya tidak
pemalas, inginkan kemajuan dalam hidup serta tidak mengharapkan titik
peluh isteri.
- Mudah memaafkan.
- Datang dari keturunan yang baik-baik.
Seelok-eloknya mempunyai akhlak dan berbudi bahasa mulia.
Semoga petua-petua ini
akan dapat dijadikan panduan dalam mencari pasangan hidup.
Tuesday, January 15, 2013
APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian
Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..
Terima kasih ayah dan ibu yang
tercinta kerana membesarkan anakmu ini dengan penuh kasih dan sayang.
Friday, December 07, 2012
Bagaimana menjadikan rumahtangga bahagia selamanya. Ketahui 7
kunci penting buat suami isteri.
Komunikasi
Apa yang anda perlu lakukan adalah
luangkan masa untuk duduk bersama dan luahkan perasaan.
Gunakan peluang ini untuk berbincang
mengenai hal rumah tangga dan perancangan anda, apa yang anda berdua inginkan
dimasa hadapan.
Gunakan nada yang sesuai dan tenang
semasa berbincang mengenai masalah rumahtangga. Elak menggunakan nada tinggi
terhadap pasangan kerana dikhuatiri akan menyebabkan pergaduhan bertambah teruk.
Kejujuran
Sentiasa bersikap terbuka dan jujur
terhadap diri sendiri dan pasangan,elak menyimpan sebarang rahsia. berbincang
dan luahkan pada pasangan anda. Kebenaran sememangnya menyakitkan , tetapi
lebih baik dari sembunyikan. Ianya akan lebih menyakitkan jika kebenaran
diketahui di kemudian hari.
Memahami
Ini merupakan perkara yang agak
sukar. Memahami pasangan akan lebih mudah jika anda berdua mempunyai
komunikasi yang baik dalam rumahtangga.
Pergaduhan adakalanya disebabkan anda
tak memahami pasangan . Anda merasakan dirinya dan anda tak sehaluan.
Disuatu ketika anda mungkin akan
merasakan sangat berbeza dengan pasangan dan sukar untuk hidup bersama
dengannya.
Komunikasi memainkan peranan penting
untuk memahami pasangan. Kenali pasangan anda dengan sentiasa mendengar
pendapat dan pandangannya. Untuk memahaminya lebih baik, perhatikan dan ambil
berat setiap benda kesukaannya dan aktiviti paling disukainya.
Luangkan masa untuk bersama-sama
melakukan sebarang aktiviti kesukaannya ataupun ajak pasangan anda melakukan
aktiviti lain yang anda gemari.
Anda akan merasa lebih mudah untuk
melalui hidup bersama dan lebih bahagia.
Ego
Setiap orang mempunyai sikap
ego mereka sendiri. Sikap ini juga tak lari dari pasangan suami isteri.
Masing-masing enggan mengalah kerana merasakan dirinya betul. Tetapi untuk
mecapai perkahwinan yang bahagia dan kekal, sikap ini haruslah dibuang
jauh-jauh. Kedua-dua pihak haruslah sama-sama mengalah dalam suatu pergaduhan
ataupun masalah.
Percaya
Merupakan asas bagi sebuah hubungan
yang kukuh. Anda haruslah mempercayai pasangan anda. Terutamanya bagi suami
isteri yang tinggal berjauhan contohnya kerana urusan pekerjaan. Curiga dan
hilang kepercayaan akan menimbulkan pergaduhan diantara suami isteri.
Ini akan menyukarkan lagi terutamanya
pasangan yang tinggal berjauhan. Kerap bertelefon dan bertanyakan khabar pada
pasangan untuk menunjukkan anda mengambil berat tentang dirinya.
Ingat tarikh penting
Ingati hari-hari bahagia bersama
pasangan seperti tarikh pertunangan dan perkahwinan untuk mengimbau kembali
detik-detik permulaan hidup bersama.
Tidak salah jika anda membelikannya
hadiah atau menyediakan makan malam yang romantik untuknya. Anda akan merasakan
kebahagiaan dalam perkahwinan bersama pasangan.
Komitmen
Perkahwinan merupakan komitmen
ataupun ikatan di antara dua pasangan. Maka tak wujud lagi perkataan sendiri,
saya ataupun dia diantara suami isteri.
Anda berdua perlu bekerjasama
menentang segala cabaran hidup. Perkahwinan yang bahagia dan kekal adalah hasil
dari kerjasama yang kukuh antara dua pihak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
ROS JEPUN CARNATION
Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...
-
Salam semua, Sekadar berkongsi cerita tentang bunga ros. Semenjak aku mula kembali berkebun dan menghijaukan taman sekangkang kera ...
-
Assalamualaikum Selamat tahun baru 2020. Azam tahun nie, nak rajin tulis blog yang bersawang nie. Rajinnnn, rajinnnn. Dah rajin, maka...
-
Ini satu kraftangan yang baru dipelajari walaupun benda ni dah lama orang buat. Ini first try... memang cantik kalau pandai menganyam. Yang...

.jpg)

