Showing posts with label Moss Rose. Show all posts
Showing posts with label Moss Rose. Show all posts

Sunday, May 06, 2018

Rose Jepun "Banana"

Haiii
Haiiii...bersiaran lagi dari kebun seciput Kak Reen.

#CiterRoseJepunKakReen lagi

Jangan ade yang jemuu ehhh 😍😍
Ceritera weekend gardeners memang ginilah.
Seminggu 2 kali dapat tengok dia mekar berkembangan.

Just nak share yang Rose Jepun Carnation berlapis ade 34 jenis tau awak.

Kat laman Kak Reen tak sampai lagi 34 jenis.
Ade beberapa belas jer & insyaa Allah nak cari benih & tambah koleksi

Yang Kak Reen share nie namanya "Banana" Japanese Rose atau Ros Jepun Banana.

Daun runcing tajam
Kenapa nama Banana,
Kak Reen pun tak pasti tapi mungkinkah sebab warnanya kuning macam pisang.

Sweet sangat dia nie
Apapun aii happy, bebunga dah menguntum di laman.

Kredit : Foto 34 jenis Rose Jepun milik rakan FB Mazuri

#KakReenSuweet
Weekend Gardener

#KakReenSuweet #KakReenGarden #RoseJepun #JapaneseRose #ILoveGarderning #GreenFingers #WeekendTheraphy

Sunday, April 22, 2018

ROSE JEPUN DI HUJUNG MINGGU

Mulakan hari dengan senyuman.
Mulakan hari dengan rasa bahagia.
Ucapkan syukur masih dikelilingi orang tersayang.

Weekend, dapat skodeng bunga di laman. Rinduu seminggu tak tengok.
Pagi nie banyak kudup-kudup dan benih Rose Jepun baru mula menguntum indah.
Cantiikk sungguh

Weekend jer dapat belek-belek bunga yang berkembang. Benih yang disemai tumbuh ke tidakk.

Jomm layanzz

Korang pi mana weekend nie ???
Selamat berhujung minggu ya

#KakReenSuweet
Weekend Garderners

#KakReenGarden #RoseJepun #JapaneseRose #WeekendTherapy #GreenFingers #GreenTheWorld

Sunday, July 27, 2014

Comelnya Dia....Pink Yellow Stripe Japanese Rose

Assalamualaikum & Hai...hai....

Pengikut acik Reen perasan tak...lately ni acik Reen banyak update tentang ros jepun...

Hik...hiks...kegilaan apakah ni...memang terlampau dan melampau...
Pantang tengok...pantang jumpa...pantang terpandang....pasti ingin memilikinya...
Perghhhh...penangan ros jepun buat diri acik Reen x terkawal....gilo den dibueknya....

Tengok ni....ari ni acik Reen nak kongsikan si comel ni....

Lawa tak ??? Pink Yellow Stripe aka Celoreng Pink Kuning....
Dalam sepokok ada berbagai corak....sangat cantik....teruja diriku sebentar...

Ye la....dolu-dolu kala cuma satu warna je...tapi sekarang...berbagai warna dan corak...
Maunya...acik Reen tak keruan...

Walau apa pun...mari kita tengok setiap kuntuman kelopak cantik ros jepun ini....










Friday, July 25, 2014

Si "Candy Stripe" Dah Menguntum



Selamat bersua kembali.

Hari ini nak share lagi satu koleksi pokok ros jepun rare milik acik Reen. "Candy Stripe" nama diberi...
Seindah namanya...berwarna putih bersih dan kelopaknya dicalit dengan warna merah bergaris-garis...
Cantik sekali....

Induknya acik Reen beli kat nursery...sekarang ni kira sesi menyemai dan membesarkan diri...acik Reen tengah biakkan banyak-banyak...

Ari tu pun masa post foto kat FB banyak juga yang berkenan....ada juga yang dan booking...
Oleh kerana pokoknya tengah dibiakkan...acik Reen tak berani berjanji... Insyaallah dah banyak bolehlah dikongsikan...







Thursday, July 24, 2014

Rose Jepun Jambul (Part 1)


Ini adalah antara koleksi Ros Jepun Jambul milik acik Reen.
Kalau nak diikutkan ada lagi beberapa jenis jambul...itu acik Reen akan cari kemudian...

Yang kat atas tu...Ros Jepun Kuning Jambul Oren, Ros Jepun Kuning Jambul Pink, Ros Jepun Jambul Putih dan Ros Jepun Jambul Kuning. Jenis jambul kembangnya hingga malam...tu yang seronok...

Sekarang ni acik Reen dah dapat lagi 2 jenis iaitu Ros Jepun Jambul Pink dan Ros Jepun Jambul Merah Oren.
Dah berbunga nanti acik Reen tunjukkan ye...


Tuesday, July 22, 2014

Rose Jepun Berbagai Rupa dan Warna

Hai....Hai......kita bersua lagi ya...  

Kalau diimbas zaman kanak-kanak dulu…bunga rose jepun akan bunga kembang pukul 10, moss rose, portulaca grandiflora cuma ada jenis yang berlapis aje..

Memang banyak ditanam di kampung2…kebanyakan yang banyak ialah warna pink gelap/maroon….

Tapi tak sangka…kini banyak pula variety yang muncul. Dari yang berlapis biasa kini dah ada pelbagai warna dan corak.

Yang jenis selapis pun macam tu juga…teruja diriku melihat corak dan warna yang begitu cantik. Bila dah join Group Peminat Ros Jepun/Kembang Pukul 10/Portulaca Grandiflora kat FB yang dikendalikan oleh kak NorAinon Othman, Kak Yong Mizah dan kak Siti Sarah Ishak …lagilah keterujaan memuncak…

Mereka bertiga…..tu kira sifu la dalam Group Peminat Rose Jepun…banyak ilmu yang dipelajari semenjak join group ni. Ilmu tentang menanam dan menjaga rose jepun.

Setiap hari semua ahli group akan share pelbagai jenis bunga ros jepun milik mereka yang pastinya memang cantik-cantik belaka…..

Bila tengok bunga ros jepun orang lagilah teruja diriku ini untuk menambah koleksi…dari yang jenis biasa-biasa acik Reen dah mula kumpul rose jepun jenis rare pulak…


Jom nikmati keindahan bebunga comel ni….

Cream Calit Purple

Kuning Renda Purple

Aurora

Royal Crown

Merah Oren

Celoreng Pink


ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...