Showing posts with label Roses. Show all posts
Showing posts with label Roses. Show all posts

Saturday, March 21, 2020

Ros Pinky Mon Coeur

Favourite rose Kak Reen di garden.
Anak jepun #MonCoeur namanya

Sepanjang jaga dialah paling rajin bunga.
Setiap masa jer ada bunganya tak putus-putus.
Tak banyak songeh bela dia.
Cukup makan minum eloklah.
Selalu keluar 4 atau 5 kuntum setangkai.

Soft petal with sweet pinky color.
Ada bau tapi tak kuat.

Yang belum kenal, ini sedikit sejarah si Pinky cantik nie.

Mon Coeur ROSE
==============

Bred by Takunori Kimura (Japan, before 2012).
Introduced in Japan by Keihan Hirakata Nursery in 2012 as 'Mon Coeur'.

Shrub.

Rose-pink, lighter edges.  Moderate, damask, musk fragrance.  Average diameter 4".
Medium, very full (41+ petals), cupped bloom form.  Blooms in flushes throughout the season.

Height of 5' to 6' (150 to 185 cm).

#KakReenSuweet
#KakReenGarden
#KakakSiPenjualBunga
#WeekendGardener







Wednesday, August 14, 2019

6 Tips Mudah Hasilkan Bunga Ros Lebat


Assalamualaikum,
Bersua kembali di alam maya hari ini.

Minat makin gebuzz gebuzz pasal rose.
Rajin pulak Kak Reen google segala ilmu.
So, Kak Reen kongsikanlah dengan pembaca pulakkan. Ilmu wajib dikongsi baru bermanfaat.




Setiap kali ke nurseri, mesti ramai yang geram tengok pokok ros yang berbunga lebat. Nak tak nak, tersangkut lah sepasu. Tapi, habis segala kudup bunga ros menjadi mekar, pokok sudah tidak mengeluarkan bunga lagi. Jika ada pun tak semeriah ketika dibawa pulang dari nurseri.

Ada orang kata tak bagi baja. Tapi, macam-macam baja dah di beri. Apa lagi yang perlu dilakukan. Hakikatnya, ros atau mawar memang tanaman yang mudah untuk di tanaman namun cerewet dan mudah mendapat ancaman penyakit. Azni A. R Azizan berkongsi cara untuk menghasilkan bunga ros yang meriumbun dengan mudah.

Artikel berkaitan:
7 Fakta Penting Peminat Tanaman Ros WAJIB Tahu
Ini Cara Pengurus Taman di Istana Buckingham Agar Mawar Sentiasa Sihat

Dulu kalau beli pokok bunga ros ni memang masa beli tu sahaja dapat tengok bunganya. Jangan kata nak tengok bunga, pokok dapat hidup pun dah cukup bertuah. Tapi lepas dapat petua dari cikgu sekolah dan saya cuba praktikkan memang menjadi-jadi pokok ros saya ni. Non stop blooming siap dapat buat anak pokok lagi

1. Buang daun-daun yang telah rosak dan mula kuning.
2. Bagi yang bunga dah berkembang mekar dan mula nak layu, ia perlu dicantas dan tanam pada tanah untuk hasilkan anak baru. Namun untuk hasilkan anak pokok, potonggan perlu disertakan dengan 3-5 helai daun dari bahgain bawah bunga
3. Gunakan baja dari kulit telur. Hancurkan kulit telur yang telah dibersihkan dan tabur pada pangkal pokok. Ia akan membekalkan kalsium dan menghasilkan daun yang bersaiz lebar

4. Sebaiknya, lakukan penamanan semula atau repotting dengan saiz pasu yang lebih besar untuk memberi keselesaan kepada akar pokok bergerak bebas. Kalau rajin, boleh pecah-pecahkan rumpun ros yang dibeli ini kerana kebiasaanya satu pasu yang dibeli dari nurseri mengandungi 3-4 pokok
5. Pastikan ros menerima pengamatan cahaya secara telus terutamanya di waktu pagi sekurang-kurangnya 6 jam sehari
6. Siraman perlu di lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Namun ketika musim hujan, pastikan medium tanaman kering sepenuhnya sebelum lakukan siraman. Jika masih lembap, tak perlu disiram

Friday, August 09, 2019

Cintaku Pada Ros Menguntum Kembali

Selamat bersua kembali viewers.

Suatu ketika dahulu cintaku tertumpah pada alam flora.
Pokok-pokok dan bunga-bunga.
Suka berkebun, bercucuk tanam.
Sampai terjun ke dunia bisnes online berjualan bunga ros jepun dulu.

Tetapi, cinta itu kemudian lenyap.
Padam, hilang.
Mood hilang entah ke mana.

Mungkin semasa kesibukan menguruskan arwah ibu mertua, pokok-pokok bunga banyak terbiar.
Tak sempat bersiram dan jaga dengan sempurna.
Akhirnya semua mati.

Tak kisahlah semua tu asalkan ibu mertua sihat kembali.
Namun takdir Allah, ibu mertua dijemput ilahi tanggal 5hb November 2014.
Syukurlah selama dia sakit Kak Reen, Hubby dan adik ipar menjaga segala keperluannya.

Selepas arwah pergi, mood masih down.
Tak rasa semangat pun nak berkebun.
Tak ada hati pun nak tengok pokok.

Tapi itulahhhh,
Rumah yang sebelumnya banyak pokok dan dipenuhi bunga berkembangan tetiba rasa tak ceria.

Tetiba dapat semangat baru.
Pelan-pelan ambik mood berkebun kembali.
Cari benih-benih pokok semula termasuk sayuran.

Syukur Alhamdulillah.
Hubby macam memahami sangat bila hadiah birthday pun dia hadiahkan pokok ros.

Bahagia sangat rasanya.
Tenkiuu sayang. 

Ini Ros Merah "Red Chillie" namanya sempena birthday tahun lepas.
Ros merah warna favourite Kak Reen.

Dek kerana itu, Kak Reen mula mengumpul kembali roses dan makin penuh sudah laman comelku.













Monday, May 27, 2019

Sour Emmanuel Rose & Morning Wish

Apa yang berlaku pada waktu pagi boleh efek emosi kita sepanjang hari.

Jadi, make sure mulakan hari kita dengan positif.

Dah senyum ke tu??
Senyum tu awet muda tau.

Assalamualaikum
Gemokning ❤️❤️❤️

Salam sekuntum #SourEmmanuel Rose pagi ini dari #KakReenGarden.

Wangi tau Sour Emmanuel Rose nie.
Bau sedappp aje.

#KakReenSuweet
Roses Lover Ever

Sunday, March 16, 2014

Enchanted/Scented Evening Rose Dan Social Climber Rose “Mac spice”

 
Enchanted/Scented Evening Rose yang berkembang dilamanku...


Enchanted/Scented Evening Rose (Foto Cik Google)



Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Selamat bersua kembali…

Sejujurnya…ini adalah kali pertama acik Reen beli pokok bunga secara online. Biji benih dan tuber memang dah kerap, tapi pokok bunga memang 1st time. Kali ni siap beli pokok ros lagi…

Pokok ros ni acik Reen beli dengan akak Rohani Bee dari Group FB Ros Rosa Rose Mawar with HoneyBee. Dalam group tu memang bercerita tentang ros ajer. Kak Rohani Bee ni memang pakar dalam pokok bunga ros. Dari penjagaan, baja dan semuanya yang berkaitan dengan ros.

Buat permulaan Reen beli Enchanted/Scented Evening Rose dan Social Climber Mac Spice Rose. Okeyla..pokok-pokok dia pun tak mahal. Yang acik Reen beli pun Cuma sepokok 35 ringgit dan 40 ringgit ajer. Kalau jenis & spesis yang cantik-cantik dan ada karekter yang tertentu, harganya mungkin lebih mahal kot.  Itu acik Reen tak tanyalah pulak. Tapi kalau mengikut list kak Rohani semua pokok ros yang dia jual dalam lingkungan 35 hingga 40 ringgit sahaja. Kira harga mampu milik la tu…

Masa dapat ari tu hanya Enchanted/Scented Evening saja yang berbunga. Ada segugus bunga yang masih lagi kudup dan sekuntum bunga telah kembang. Masa tanam sempatla acik Reen cium…wangi juga ye bunga nie.

Sekarang nie tak sabar nak menunggu bunga yang sepokok lagi tu..my Social Climber Mac Spice… kalau ikutkan bunganya memang jenis yang banyak dalam bentuk gugusan. Dan ada sedikit bau yang agak wangi seperti bau rempah. Ingat selepas nie kena minta en. Hubby buatkan rangka dawai untuk ros nie menjalar…

Misi seterusnya…adalah memburu pokok ros di Cameron Highlands
Cameron Highlands…mu tunggu aku datang weiiii…


Sampai jumpa lagi di siaran seterusnya….Wassalam.

Pokok Ros Mac Spice yang baru ditanam

                                                  Rose Mac Spice (cik google)

Tuesday, February 18, 2014

Grafted Pokok Ros

Assalamualaikum… salam sejahtera…

Semalam semasa berjalan-jalan di muka buku aka Facebook…Reen terjumpa sesuatu yang sangat bermanfaat. So Reen terfikir baik juga dikongsikan dengan semua readers semoga dapat dipraktikkan oleh kengkawan semua.

Seperti yang kita tahu, pokok bunga ros boleh dibiakkan melalui keratan batang, biji benih, kaedah grafting dan ada juga pokok ros yang dibiakkan dengan direndam di dalam air sehingga tumbuh akar.  Kemudian baru dipindahkan ke pasu...

Reen selalunya biakkan ros dengan keratan batang yang diletakkan penggalak akar dan dicucuk ke dalam tanam. Mungkin selepas ini boleh try pula kaedah grafting dan juga kaedah merendam di dalam air..

Berikut kaeadah grafting yang boleh kita praktikkan… mesti best coz dalam sepokok boleh dapat berbagai warna bunga ros…jom kita cuba.


                                                            (Foto Ehsan : Rakan FB )
      

Tuesday, February 04, 2014

Bunga-bunga Ros Di Tahun Baru


Sungguh happy... kenapa pulak ye... mana tak nya.. on the way balik dari pekan Ahad Padang Serai...lalu kat Nurseri bunga dekat jalan utama Permatang Durian.. amboi byknya pokok-pokok bunga baru... apa lagi.. minta hubby stop la.

Banyak pokok-pokok baru sampai.. lawa-lawa bunganya..Macam nak beli semua. Ada orkid, petunia, vinca, keladi, bunga kertas, ros dan mcm2 lagi. Oleh kerana harganya berpatutan Reen beli 3 pokok bunga ros nie... cantik tak ???

Ketiga-tiga pokok nie dah selamat Reen pindahkan ke pasu yang lebih besar.. wahai bungaku, moga-moga membesar dengan sihat...

Ros Merah

Ros Pink

Ros Merah



Sunday, July 21, 2013

Wild Fairy Pink Roses



Ini adalah Wild Pink Fairy Roses. Warnanya pink dan jenis yang tidak banyak lapis. Kalau berbunga pun kembangnya tidak lama, Cuma bertahan sehari sahaja. Kalau diikutkan sejarah pokok bunga Wild Fairy Pink Rose ini dah jauh sebenarnya ia berjalan. Mula-mula pokoknya Reen tanam dirumah emak Reen di kampung, lepas tu Reen tanam pulak di rumah mertua, lepas Reen berpindah ke rumah sendiri, Reen pun bawa la sepokok. Reen tanam kat atas tanah di tepi taman. Tak tahulah pulak ia cepat membiak dan membesar. Mungkin tanahnya sangat sesuai… maka meriahlah ia tumbuh merimbun.

Sangat senang sekali untuk menanam Wild Pink Fairy Roses ini kerana boleh ditanam dengan batang sahaja. Kalau ia berbunga sangat banyak dan begitu meriah sekali…Kerana pokoknya ditanam di atas tanah, jadi ia sangat subur dan sangat cepat membesar. Pertumbuhannya juga macam dah tak terkawal oleh kerana Reen tak sempat juga nak pruning pokoknya. Akhirnya minta hubby pruning secara besar-besaran gunakan gunting pokok besar. Habis kontot jadinya pokok Ros Wild Fairy Pink ini. Macam kesian la pulak lihat hanya ranting yang berceracak selepas dipruning.

Tapi tak apalah… sekejap saja dah keluar banyak pucuk-pucuk baru… lepas tu… kudup-kudup bunga muncul dah bunga pun keluar la. Mesti akan meriah sangat taman kecil Reen selepas ini.



Saturday, July 20, 2013

Cecil Brunner Ros aka Ros Pengantin


Sejak 2 minggu lalu Reen & hubby sampai rumah agak lewat petang, sekejap dah masuk waktu maghrib, jadi tidak sempatlah menjenguk kebun dan pokok-pokok ros yang telah dipruning oleh hubby last 2 weeks.


Hujung minggu yang lalu itupun ketika hari dah beransur petang, Reen baru sempat menjengah ke taman sekangkang kera… oppsss alangkah rasa gembiranya… sejambak Cecil Brunner Ros warna soft pink sudah mula memutikkan kudup bunga. Adalah lebih kurang dalam 7 hingga 10 kudup bunga… bahagia sangat. Beberapa ranting lagi mula mengeluarkan pucuk baru, so Reen buatla pincing kat pucuk ros tu, hopefully akan lebih banyak kudup baru keluar. Sebelum ini Cecil Brunner Ros ini ada juga berbunga, namun tidak sampai 5 atau 6 kuntum bunga sahaja.

Bunga Cecil Brunner ini ditanam tahun lepas diambil dari rumah jiran emak dikampung. Nak tanam sangat mudah iaitu dari keratan batang.

Sepintas lalu tentang Cecil Brunner Ros.

Cecil Brunner Ros juga dikenali sebagai Sweetheart Rose. Ia tumbuh berkelompok dan boleh mencapai ketinggian sehingga 4 meter. Selalunya Cecil Brunner Ros ini dijadikan pokok pagaran dan juga ditanam di pergola, gerbang dan sebagainya kerana ia adalah jenis memanjat. Ia akan berbunga di dalam bentuk cluster atau berjambak. Selalunya lebih dari 3 kuntum bunga di dalam satu jambak dan berbau agak wangi. Pokok ini adalah jenis yang tahan panas dan tahan kepada semua musim.


Thursday, July 18, 2013

Pokok Ros… Hasil Cubit-cubitan Sayang



Salam semua….Selamat bertemu kembali.


Semenjak mula bertanam ros kembali, Reen sibuk mencari info-info baru tentang raja segala bunga ini. Sebelum ini ada juga bertanam ros, namun untuk mendapatkan pokok yang sihat, rajin berbunga dan subur.

Tahukah anda semua bahawa pokok ros yang mengeluarkan pucuk baru perlu dicubit-cubit dihujungnya sekiranya ingin mendapat kuntuman bunga yang lebih banyak.

Mula-mula macam pelik juga, tetapi Reen dah try…memang menjadi. Reen telah cuba pada pokok ros Magenta Kampung & cecul Brunner Ros Pink. Pastikan pucuk pokok ros tersebut mempunya 5 helai daun atau lebih jika anda ingin mencubitnya. Selepas beberapa hari, tunas-tunas baru akan muncul. Dari tunas-tunas itulah akan muncul kudup-kudup bunga.

Ok.. selamat mencuba.

Wednesday, July 17, 2013

Ros Lagi


Salam semua… hi uols….Selamat bertemu kembali.

Sebelum bertanam ros secara serius…. Reen sendiri tidak berapa tahu teknik penjagaan ros yang sebenar. Yang tahu hanya beli pokok ros atau ambil batang ros, potong, tanam, siram, letak baja… itu pun ikut suka je. Bunganya pun akhirnya keluar ikut suka jugalah.

Namun selepas mula berjinak-jinak kembali dengan aktiviti berkebun, itu pun selepas pindah ke rumah sendiri. Baru banyak benda tentang ros yang Reen telah pelajari.
Pokok ros sebenarnya adalah pokok bunga yang tak banyak kerenah sekiranya diberi perhatian dan penjagaan yang betul. Bunganya akan sentiasa berkembangan sekiranya dijaga dengan betul.

Dulu Reen tidak tahu bahawa bunga ros yang dibeli yang berasal dari tanah tinggi tidak boleh diletakkan terus dibawah terik matahari. Patutlah pokok ros yang Reen beli dulu… alahai semua dah arwah akibat silap teknik. Namun ada yang mengatakan ada juga pokok ros tanah tinggi yang terus boleh didehakan kepada cahaya matahari. Ini Reen belum try lagi.

Bermula dari kita membeli ros sehingga minggu keempat, ros hendaklah secara bergradual didedahkan kepada cahaya matahari. Proses ini dinamakan ‘harderning process’.

Pada minggu pertama dan kedua, ros boleh diletakkan dibawah bumbung seperti porch, tepi balkoni, beranda ataupun di tepi tingkap. Anda boleh dedahkan pokok ros anda pada mentari pagi dari pukul 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Jangan biarkan sampai tengahari panas terik…... kalau mati tangggung sendiri ya…

Selepas dibeli Reen selalunya akan menukar terus pasu asal yang dibeli kepada pasu yang lebih besar. Dengan cara ini pokok ros anda akan dapat membesar dengan lebih baik. Akarnya akan dapat berkembang dan pokok sudah pasti mempunyai ruang yang lebih besar untuk membesar di laman anda.

Anda boleh siram pokok ros anda pada waktu pagi dan petang. Air hendaklah disiram pada pangkal pokok dan jangan siram air berlebihan air kerana pokok ros anda tidak terdedah sepenuhnya dikhuatiri tanah yang lembap boleh mengundang pelbagai penyakit kepada pokok ros anda terutamanya black spot atau akarnya membusuk. Pokok ros hendaklah disiram sehingga 4 pukul petang saja. Jika disiram pada waktu malam atau petang, dikhuatiri tanam didalam pasu tidak dapat tersejat airnya.

Semasa kita membeli ros kebanyakan pokoknya akan penuh dengan kuntuman bunga, sekiranya ada bunga-bunga yang dah berkembang dan layu. Anda boleh memangkas ranting-rantingnya. Ini akan memberi peluang kepada ros anda mengeluarkan pucuk baru.

Apabila masuk minggu ke-2, anda boleh meletakkan ros anda kepada pancaran cahaya matahari sehingga pukul 1.00 petang. Bila masuk minggu ke-3 dan ke-4 ros anda sepenuhnya boleh diletakkan terus dibawah cahaya matahari. Kerja penyiraman hendaklah dilakukan dengan konsisten. Pastikan pokok ros anda mendapat air, baja & cahaya yang secukupnya. Ranting-ranting yang telah mengeluarkan bunga hendaklah dipotong untuk menggalakkan pengeluaran pucuk & tunas baru.

Ok..sampai disini saja. Kita bertemu lagi di lain siaran.

Saturday, March 23, 2013

Teknik tanam pokok bunga ros.

Kredit to FB Jom Tanam Sendiri. 

Di sini Reen kongsikan teknik yang boleh kita try sma-sama for roses lovers.

1. Potong 20-23 cm panjang beberapa batang pokok bunga ros. Buang semua daunnya.

2. (Pilihan) Terdapat tips daripada penggemar tanam sendiri untuk mencucuk keratan batang dengan ubi kentang. Katanya untuk mengekalkan kelembapan pada batang pokok dan memberi galakan untuk batang tumbuh akar.

3. Tanam pada lubang batas yang disediakan (14-16 cm dalam). Jika guna pasu, bolehlah pada dalam pasu.

4. Kambus dan padatkan sedikit tanah sekitar keratan batang. Jika pada pasu, guna tangan (bukan kaki!).

Jangan lupa siram setiap hari. Dalam masa 1-2 minggu insya-Allah akan ada tumbuh pucuk di celah-celah ruas keratan batang.


Saturday, May 12, 2012

Tips Tanam Ros



Salam semua,

Sekadar berkongsi cerita tentang bunga ros. Semenjak aku mula kembali berkebun dan menghijaukan taman sekangkang kera di tepi rumah. Banyak benda yang aku pelajari tentang bunga-bunga & tanaman lain.

Dari nama bunga-bunga baru sehinggalah bunga yang memang dah lama kita kenal dan tahu. Jadi hobby sekarang adalah menggogle mencari maklumat baru tentang tanaman termasuk penjagaannya.

Bagiku bunga ros agak susah juga dibela jika tidak kena caranya. Jadi di sini aku ingin kongsikan tips dan beberapa cara menjaga dan membelai bunga istimewa ini berdasarkan info-info yang ditemui.Selain baja, air & tanah, ia juga perlu dibelai dengan penuh kasih sayang.



Antara tips-tips bertanam ros :

1) Seperti tanaman lain apa yang diperlukan oleh pokok ros adalah tanah (campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar.) , air, matahari & sumber nutrien baja.

2) Pokok ros perlu disiram dua kali sehari dan sebaik-baiknya pagi dan petang. Semasa menyiram jangan siram terlalu banyak air pada daun dan batang kerana pokok yang terlalu lembab boleh mengundang pelbagai penyakit.Hanya siram sekadar membasahkan tanah.

3) Berikan baja pokok dan bunga untuk menambahkan nutrien pokok. Saya mengamalkan air basuhan beras & ikan sesekali letakkan kulit pisang pada pangkal pokok ros kerana 
pisang yang mengandungi potassium boleh membantu pokok bunga. Kulit pisang dipotong kecil-kecil boleh diletakkan di dalam pasu atau ditanam didalam pasu pokok ros. 

4) Selain itu, kulit udang, ketam juga boleh digunakan sebagai penambah makro & mikro nutrien yang tinggi untuk pokok bunga ros. 

5) Pokok  bunga ros yang dibeli dari tanah tinggi tidak boleh terus diletakkan di bawah sinar matahari tetapi pendedahan secara bergradual sehingga pokok boleh sesuaikan diri dengan iklim barunya.

6) Paling penting, pokok ros yang telah habis berbunga perlu dicantas untuk menggalakkan pengeluaran bunga. Cubitan pada tangkai ros baru adalah salah satu kaedah yang boelh meningkatkan pengeluaran bunga yang banyak.

7) Pernahkan pokok ros anda tetiba daunnya menjadi kuning dan akhirnya gugur. Air yang kurang membuatkan pokok ini menjadi begitu. Jadi penyiraman yang betul boleh mengelakkan keadaan ini.


8) Pokok ros juga senang diserang black spot, powdery mildew dan rust. Sekiranya pokok anda terkena black spot, buang daun-daun yang terkena penyakit. Untuk mengawal anda boleh gunakan formula organik campuran cili padi, minyak masak, bawang putih, cecair cuci pinggan dan kunyit. Formula ini saya perolehi dari internet juga. Saya pernah mencuba dan hasilnya alhamdulillah pokok saya dapat diselamatkan.


Jadi selamat menanam bunga ros ya...

Thursday, January 21, 2010

Ros.. Ros... Ros







Bunga memang sinonim dengan wanita. Tak kira le apa bunga hatta bunga tahi ayam pun cantik untuk hiasan. Aktiviti tanam pokok2 bukan perkara baru bagiku. Namun dek kesibukan...banyak bungaku yang dah mati sebab tak terjaga..

Dengan azam dah pindah ke rumah baru... aku mulakan aktiviti ini kembali. Pasu2 dan pokok-pokok bunga lama dari rumah dulu aku rawat kembali... mmg betul. Pokok juga macam manusia. kalau rajin membelai, bercakap dan merawat pasti akan subur kembali.Nah akhirnya... pokok bunga kertas dan pokok bungan ros aku berbunga kembali...

Ini adalah koleksi terbaru pokok bunga ros yang aku beli di nursery.. satu warna merah oren & satu lagi warna kuning...

Masa ni belum pindah masuk pasu baru lagi. Petangnya aku tukar masuk ke pasu lain. Hopefully akan terus hidup ler kamu pokok bungaku.




ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...