Showing posts with label My Story. Show all posts
Showing posts with label My Story. Show all posts

Thursday, April 04, 2019

Jebat Dalam Kenangan

Sebulan bersama,
3/3/2019 ~ 4/4/2019.

Banyak kenangan tercipta.
#Jebat dalam kenangan 😭😭😭

Ari nie Jebat tinggalkan mama & Abah juga.
Tenanglah sayang mama.
Jebat dah tak sakit lagi.

Tunggu mama & Abah di sana ye sayang.
Mama bersyukur dapat jaga Jebat walaupun cuma seketika.

Anak manis
Anak manja
Anak baik abah cakap

Masa nie mama baru jumpa
Jebat dalam longkang besar 
depan rumah

Baru lepas mandi.
Letihnyaa, sampai tertido

Tido nyenyak 

Ngantukkk

Thursday, June 04, 2015

Ku Berblog Kembali.....

Assalamulaikum.....
Selamat petang.....

Wah....wah....kita bersua kembali.

Bersawang-sawang blog acik...
Lamanya tak update disini....
Sebabnya......dah tak guna PC...hu...hu..

Baru ini ni install dari Play Store - Blogger ke tab acik...
So...blh le berblog balik....

Rindu la.....
Nanti kita story mory lagi ye....

Friday, June 27, 2014

Stoberi Penuh Kasih Sayang Dari Suami Tercinta

Assalamualaikum....

Entri ni entri tertunda....hi...hi... acik Reen telebih bizi...

Pernah ingat lagi tentang cerita pokok stoberi yang acik Reen beli ngan En. Joe Jalil. Dah dikatakan tiada rezeki…pokok stoberi yang segar bugar masa acik Reen terima tetiba arwah selepas transfer ke pasu…hi…hi…sedih memang sangat sedih coz itu percubaan pertama nak berstoberi…nak berkarennzzz dah gagal....

Bukan salah En. Joe Jalil ya...…pokok tu tak hidup tapi mungkin disebabkan cuaca panas yang tak menentu atau teknik tak betul…frust memang frust tapi acik Reen tak mengalah. Aku tak akan berserah...misi perlu diteruskan...

Kebetulan plan nak ke Cameron Highland hujung bulan March 2014 jadi target utama ialah memburu pokok stoberi. Misi mencari anak karenzz stroberi diteruskan...

Mangsanya ialah hubby acik Reen... semua ladang stoberi kita masuk... masuk jer jengah2 tanya... anak stoberi jual tak ? Banyak yang tak jual coz semuanya untuk kebun sendiri sahaja. Kita pun tak sempat nak singgah dekat perkampungan melayu di Cameron Highlands dan Taman Al Mashoor...kat situ memang ada jual.


Musim cuti sekolah... Cameron Highlands memang sesak..


Namun akhirnya... acik Reen jumpa stoberi ini... alahai anak-anak comelku...di Big Red Strawberry Farm. Tawar punya tawar akhirnya acik Reen dapat juga stoberi...


Thanks to you my lovely hubby... akhirnya impian isterimu ini tertunai....

Akhirnya strawberry dah berada di lamanku....









Wednesday, April 23, 2014

Cerita 2 Hari 1 Malam Di Cameron Highlands (Part 2)




Bertemu kembali…

Ini kisah seterusnya…sambungan dari Part 1

Misi meronda diteruskan…kita ke ladang strawberry pulak, kami semua ke Big Red Strawberry Farm, nasib baik kali nie ada parking. Jadi kita masuk sini ajelah..Entrance free ye…tak kena bayaran……ronda-ronda apa yang patut…tarikan utama kat sini mestilah strawberry kan?? Dari yang ftesh hinggalah yang dah siap dikeringkan…pokok-pokok strawberry hidup subur sekali…seronoknya di sini..kalau la umah acik Reen macam nie…tentu best nie…

Ada jual pokok bunga,benih pokok juga dan macam-macam lagi…..kaktus pun ada. Yang dah siap susun elok-elok dalam deko box..cantik…sangat….Tapi acik Reen kurang minat sikit dengan kaktus..mungkin selepas ini ada minat…siapa yang tahukan??
Pokok bunga ros pun banyak…macam-macam kaler..tapi kali ni entahlah tak berapa nak attract dengan pokok ros..Pokok bunga yang acik Reen tak kenal pun banyak…

Misi mencari pokok strawberry masih diteruskan…hubby acik Reen tanya kot-kot ada jual pokok strawberry disini…at last pekerja Bangladesh kat situ bagi tau..memang ada jual..harga pokok berbeza ikut saiz dan kuantiti pokok. Jadi apa lagi…acik Reen teruslah ke lot yang ditempatkan strawberry yang ditanam secara fertigasi..Boleh pilih sendiri yang mana suka…ha…ha…sukernya acik ….

Rambang mata tengok pokok-pokok strawberry yang tengah membesar dan memang dah kluar buah…apa lagi…pilih-pilih…jangan x pilih…Akhirnya hubby acik Reen pilihkan 4 pasu pokok strawberry…pokok besar yang matang dengan bunga dan buah sekali. Dalam setiap pasu ada 5 hingga 6 pokok…Ya Allah…heppynya acik Reen masa tu…tenkiu hubby ku sayang…Akhirnya acik Reen dapat juga pokok strawberry walaupun kecewa pokok2 yang beli dengan Joe Jalil dah arwah dulu…luka terubat….kembali. Pokok yang acik Reen beli ngan Joe Jalil bukan salah Joe Jalil pun coz masa beli okey ajer……maybe cuaca yang panas ari tu buatkan dia tak dapat sesuaikan diri…Harap-harap pokok strawberry ni hidup dengan bahagianya di tanah rendah bersama acik Reen.

Kita terus ke pasar basah sebelum ke Lavender Garden. Di sini semua pengunjung boleh singgah beli sayur-sayuran dan buahan-buahan..semua deretan kedai menjual barangan yang hampir sama…ada sayuran, buah-buahan, bunga segar, pokok bunga, buah strawberry, pakaian, teh, dan macam-macam lagi…kat sini acik Reen dan adik borong sedikit sayur, buah strawberry …en. Hubby beli madu asli dari seorang penjual Orang Asli..madu tualang katanya..Dah siap semuanya memborong kita terus menuju ke Lavender Garden.

Ramai orang betul di Lavender Garden…maklumlah cuti sekolah dah bermula…mestila ramai orang…Bayaran masuk ke Lavender Garden RM 5 untuk Dewasa dan RM 3 untuk kanak2.. Dah siap bayar tiket…tunggu apa lagikan..terus masuk ke dalam menikmati keindahan bunga-bungaan di sini..
Sempat la juga acik Reen dan hubby berposing-posing dalam nie ditemani bunga-bunga…macam filem Hindustan la pulak…memang best dalam Lavender Garden nie keliling bunga-bunga…yang paling acik Reen geram adalah bunga petunianya…ditanam penuh di atas tanah pelbagai warna…berhamparan ajer…kalaulah umah acik Reen macam tu memang best giler….Mona Lavender dan pokok lavender pun ader… adoiii….macam tak mo balik la…nak tido kat sini…

Da siap posing bagai apa lagi…kami teruskan perjalanan nak balik ler… ala macam tak puas jer jalan Cameron kali nie…harap-harap akan berkunjung lagi ke sini…

Insyaallah….























Tuesday, April 22, 2014

Cerita 2 Hari 1 Malam Di Cameron Highlands (Part 1) - Entri Tertunda



Assalamualaikum…

Dua minggu lepas pada 22hb Mac 2014 dan 23hb Mac 2014 acik Reen, hubby, adik  lelaki dan isterinya  ambil peluang makan angin ke Cameron Highlands selama 2 hari 1 malam.

Memang dah lama acik Reen tak ke Cameron Highlands…rasanya dekat 15 tahun kot....ishh…ishh lamanya tu. Bukan tak nak pergi tapi tak der plan nak ke sini. Selalu pergi pun kita ke tempat lain…tak jadi nak ke sini…kerana jarak perjalanan yang jauh. Tapi bila dah ada jalan baru ikut Simpang Pulai acik Reen memang nak pergi sangat…

Last minit punya plan…jadilah pulak. So, kita semua ambik keputusan ke Cameron Highlands pada 22hb Mac 2014 lepas wife adik acik Reen balik kerja shif malam. Bertolak dari Kulim pun dah hampir pukul 12 tengahari…sampai ke Cameron Highlands pun dah petang hampir 4 petang. Kita ambil keputusan berehat di hotel di Brinchang dan keluar semula ke pasar malam selepas maghrib.

Lepas manghrib kita ke pasar malam berdekatan hotel..Macam-macam yang dijual dari sayur-sayuran, makanan, pokok, pakaian, fridge magnet, key-chains, dan yang paling banyak mestilah buah strawberry…dan macam-macam lagi…Acik Reen beli jagung baker manis…memang sedap dan manis sangat…

Malam di Brinchang, Cameron Highlands sejuk sangat…masa dinner pun terasa angin sejuknya menggigit tulang, acik Reen tengok handphone dan suhu pada waktu tu  17°C…auuuwwww…sejuknya. Tapi hubby acik Reen relaks ajer..tak pakai sweater pun…tahan dan tebal betul lemak dia…ha…ha… kutuk hubby sendiri la pulak..
Hubby acik Reen ketawakan kami semua kerana tak tahan sejuk…dia cakap dia dulu duduk kat London lama…so tak kisahlah sejuk-sejuk macam nie…biasa saja bagi dia..(dalam hati acik Reen kata…London la sangatkan ….jejak pun x pernah). Acik Reen, Sister in Law siap berjaket lagi…memang sejuk…Acik Reen siap berstokin lagi… memang tak tahan kesejukannya…

Esoknya kita ke Cameron Bharat Tea Plantation, MARDI, Tanah Rata, Brinchang, Tringkap etc….memang full dari pagi sampai ke petang. Lepas breakfast kita ke Cameron Bharat Tea Plantation di Tanah Rata…ramai betul orang walaupun cuti sekolah baru bermula. Kita orang siap posing-posing dalam kebun teh. Dapatlah menikmati angin pagi yang sangat segar dari ladang teh ni. Dah puas jalan-jalan dan posing dalam kebun teh, kami semua naik ke cafe pekena teh tarik untuk 6 gelas berharga RM 22.00. Siap makan dengan donut dan sandwich…lagi. Sangat santai dan best sekali dalam cuaca yang agak dingin.

Kami sempat masuk dalam kedai kat situ, borong apa yang patut…yang semesti kena beli ialah Teh Boh Bharat Valley le..hubby beli mug Bharat Valley..acik Reen beli baja teh kompos…(baru dok cari info macam mana nak guna baja tu)…hi…hi…

Habis di Cameron Bharat kami bergerak ke MARDI..sempat tinjau-tinjau ladang strawberry  contoh kat situ..pelbagai pokok herba, bunga-bunga dan tumbuhan di tanam kat situ…teruja sangat tengok bunga-bunganya. Sana bunga sini bunga….acik Reen macam mabuk bunga. Kita orang sempat borong beberapa pokok kat sana..hubby belikan pokok raspberry, mona lavender dan lavender untuk acik Reen. Cari pokok strawberry…hi…hi…x der jual. Kita pun nak cari pokok epal tapi tak der stok masa tu…mungkin next trip kena cari juga…kalau dah tak dak cara..kena seedling sendiri la pokok epal…hi..hi…berangan betoi…boleh idup tak agaknya yer???

Perjalanan diteruskan ke Ros Valley, Cactus Valley dab Big Red Strawberry Farm…tapi sayang..x der parking masa nak masuk ke Rose Valley dan Cactus Farm.. hampanya…hubby kata nak buat camna…Cameron Highlands time cuti sekolah memang pack…Tak boleh la acik Reen nak bergambar dengan bunga-bunga ros yang besar-besar…keciannya…kena tunggu next trip le gamaknya…

Bersambung ……part 2 ye…

















Sunday, March 09, 2014

Kebun Ayahku Di Kampung

Kolam Itik Dan Kolam Ikan Keli

Pisang Nangka yang Sedang Membesar


                                                          Pokok Selom Yang Subur Menghijau

Pokok Kesum 

Pokok Pandan Yang Gemuk-gemuk Dan Lebar-lebar Daunnya

Assalamualaikum….selamat bersua…

Dua minggu yang lepas masa acik Reen dan Hubby balik kampung, sempat la kami melawat kebun-kebun ayah kat tepi rumah…sempat la menghirup udara segar kat tepi batas ban sungai…meronda-ronda kebun dan tanaman ayah yang sedang diusahakan. Macam-macam ada…dari pokok

Seperti yang sedia maklum…ayah acik Reen sekarang dah pencen dari kerja so sepenuh masa dia boleh berkebun. Buat apa yang dia suka…

Memang dari dulu ayah tak boleh duduk diam atau Orang Kedah kata tak boleh dok saja. Waima ari cuti pun ayah ada kerja ynag nak dibuat… teringat masa acik Reen kecik2 dulu ayah ada bela lembu dan kambing, arnab, ayam selasih, ayam gajah, burung merpati, itik angsa, ayam kampung, ayam katik, burung puyuh dan macam-macam lagi…Tangan ayah memang menjadi…bela lah apa pun pasti membiak.

Dulu masa acik Reen belajar kat Universiti Malaya…kalau balik ajer kampung pasti kengkawan rumah sewa dapat makan burung puyuh dan burung merpati yang ayah bela. Ayah akan sembelih dan siang dan bersihkan elok-elok lepas tu bawa balik KL untuk dimasak… memang time tu puas betul makan burung puyuh dan burung merpati. Sempatlah kami merasa puyuh dan merpati masak kicap, goreng kunyit dan macam-macam masakan lagi.

Sekarang ni ayah dah bela itik dan ayam kampung pulak..dari beberapa ekor itik ajer dah membiak jadi banyak. Itik tu pun bertelur tak berhenti…ayah dan mak pun dah tak lalu nak makan terlur itik. Finally ayah buat telur masin…saper jer anak-anak yang balik mesti ayah bagi bawa balik telur masin sebagai buah tangan.

Baru-baru ni pun masa acik Reen dan Hubby balik ada seekor ibu itik tengah mengeram 24 biji telur…cuba bayangkan…kalau semua menetas… meriah lagi lah anak-anak itik ayah dan penuhlah reban ayah. Mesti best tengok anak-anak itik berenang dalam kolam yang ayah buat kat tepi reban itik tu…

Sebelah kolam itik ayah juga bela ikan keli…pun kerana suka-suka…ayah tak makan pun ikan keli tapi dek kerana anak menantu dan cucu-cunya suka makan ikan keli…so ayah pun start la membela ikan keli…itu pun sekadar suka-suka. Masa kenduri kahwin adik acik Reen bulan Disember 2013 ari tu pun masa kenduri tahlil waktu malam kita masak ikan keli sambal pedas. Bila dipotong-potong ikan keli tu dapat sampai 130 ketul.. Ikan keli yang ayah bela memang besar…Malam tu menunya gulai pisan, ikan keli sambal pedas, kacang goring hati dan pedal, sambal belacan dan ulaman..
Semua yang datang untuk kenduri tahlil malam tu cakap memang sedap….lauk pun habis malam tu..mungkin sedap sangat penangan lauk kampung…

Jom tengok apa yang ayah tanam…ini baru sebahagian…ada pisang, pokok kelapa, pokok limau kasturi, pokok serai, lengkuas, pandan, daun selom, daun kesom, kangkung dan macam-macam lagi…


Nanti kalau sempat acik Reen snap foto lain ye… kita masuk part 2 ok…

Tuesday, February 04, 2014

Suka-Suka - Tahun 2012 & 2013

Jom Layan foto-foto untuk suka-suka tahun 2012 & 2013...

 D' King - Mee Udang Banjir


Ronda-ronda Penang


 Ladang Anggur Tasik Beris 

Majlis Walimatulurus Pak Cik Yen & Mak Cik Sue.....


My Anak-Anak Bulus....
   Boboy

Mak Aji

  Lion, Robert & Tuah 

Orkid-orkid 

Princess



Sophie


Adik

Tuah, Panther & Smokey


Simba

Ahmad Albab


My Bunga-bunga
Orkid-orkid...

Bunga-bunga Orkidku

Australian Mango

Kelapa Magat

Limau Kasturi

Spider Orkid

Orkid Buluh

Pigeon Orkid



Wednesday, January 15, 2014

Suka Duka Sepanjang 2013 (Part 1)


Salam kengkawan,

Tahun 2014 dah 14 hari berlalu….Hari ini Reen nak kongsikan sepanjang jalan kenangan dalam tahun 2013. Macam dalam entri Reen sebelum nie yang Reen nak kongsikan suka dan duka tahun 2013. Pahit, manis, masam, kelat… semua pun ada.

Okey… kita mula dengan yang happy2 dulu ok.


  1. Hujung tahun 2012 dan awal tahun 2013 – Reen dapat anak-anak bulus baru….namanya Boboy, selain tu Reen dapat juga Dolly, Princess, Smokey, Tobby,Robert, Simba, Nemo, Adik, Kakak, Mak Aji, Panther, 2nd Tuah, Sinchan dan ada yang meninggal masa kecil. So semua tu tak sempat bernama lagi. Huiiii… banyak juga anak2 Reen nie.
  2. Hubby memenuhi permintaan Reen bawa pergi Orchid Fest kat Kulim ujung tahun 2012… dapat la rembat beberapa pokok bunga orkid dan anak orkid termasuk pokok Australian Mango dan Pelam Lemak Manis.
  3. Anak saudara Reen masuk Nasuha masuk Tahun Tiga, Afrina masuk Tahun Satu dan Qistina ke Tadika. Adik lelaki Reen yang last, Muhd Aliff Zulfaiz dah masuk Tingkatan Satu.
  4. Sebelum CNY… hubby bawa Reen ronda-ronda nursery sekali lagi… beli pokok2 bunga, pokok orkid lagi. Beli juga pokok anggur beberapa pokok.
  5. Reen bakal dapat adik ipar baru bila adik lelaki Reen bertunang pada 10/2/2013. Mereka berdua dijangka melangsungkan perkahwinan pada Disember nanti. Tarikhnya belum ditentukan.
  6. Bulan Mac 2013, Reen tukar job scope… dulu fully buat Pentadbiran  dan Sumber Manusia tapi tukar jadi ISO Document Control Officer pulak. Company Reen kerja dah certified ISO dan adik Diana dah resign dapat kerja dengan government. Jadi Reen kena ganti tempat dia la coz Boss nak Reen belajar benda baru. Bagi Reen tak jadi masalah kerana dapat ilmu baru. Tak rugi pun. Banyak belajar luas pengetahuan.
  7. Anak buah Reen…. Wan Nur Qasrina dah setahun…dah mula pandai berjalan dan pandai bercakap. Kelakar kengkadang tengok perangai dia. Even kecik… tapi mulutnya adoiii…berkicau jer macam burung.
  8. Anak buah Reen yang lain pun dah besar… Wan Nur Azmina Nasuha  (9 thn), Wan Nur Afrina Nazifa (7 thn), Wan Nur Qistina (5 thn), Wan Muhammad Asyraf (2 thn) dan Wan Nur Qasrina (1 thn).
  9. Dapat gi jenjalan ke Penang bulan Mei 2013 dengan emak, ayah, adik dan adik ipar serta anak saudara. Ronda-ronda kat Bukit Bendera, Kebun Bunga, Batu Feringgi dan makan2 kat Penang.
  10. Lepas ronda-ronda kita ke Sungai Petani, makan mee udang dekat D’ King Mee Udang Banjir. Meriah dapat makan ramai-ramai. Happening.
  11. Reen dapat anak bulus baru, namanya Ahmad Albab. Warna hitam pekat. Muncul pada waktu maghrib 21 Oktober 2013. Menangis sorang2 belakang rumah. Cari2 ibunya atau sedara yang lain, tapi cuma dia seorang…so, adopt aje la. So… Ahmad Albab aka Black dah jadi anak angkat mama. Nama Ahmad Albab hubby yang kasi coz masa jumpa dia suka nangis… 
  12.  30 November 2013, adik lelaki Reen dah bergelar seorang suami. Welcome to our family Makcik Sue.
  13.  7 Disember 2013 dan 8 Disember 2013 kenduri kahwin adik Reen dan isterinya. Thanks to all sedara mara, jiran tetangga, orang kampung dan kengkawan yang datang memeriahkan majlis kenduri ini. 

Tuesday, January 07, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum.. dan salam Sejahtera,

Hi... readers & bloggers..

Selamat bersua kembali...

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2014. Sedar tak sedar tahun 2013 dah 7 hari meninggalkan kita. Meninggalkan seribu macam cerita...suka dan duka.Pahit dan manis... Nanti bila ada kelapangan Reen storykan apa yang gembira dan apa yang sedih ditahun 2013....

Walau apa pun... hidup perlu diteruskan.   Apa-apa pun Reen doakan semuanya beroleh keberkatan Yang Maha Esa.Mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya. Moga semua kengkawan termakbul segala azam dan hajat ye...



ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...