Showing posts with label Tips Kebun. Show all posts
Showing posts with label Tips Kebun. Show all posts

Saturday, March 21, 2020

Cara Tanam Keledek Guna Ubi

Assalamualaikum.

Tadi Kak Reen jenjalan di Facebook.
Jumpa perkongsian macam mana tanam keledek.

Yang di share tu cara tanam Keledek Ungu.

Jom kita try juga.
Boleh check details kat bawah ye.


               Pilih ubi keledek yang elok

             Ubi dipotong-potong dan
             Disusun dalam pasu berisi
             Tanah

              Timbus tanah ke atas
               Pada potongan keledek
               Tadi

            Siram air & biarkan hingga
            Keluar tunas baru

Tunas yang baru boleh di pindahkan
Ke dalam polibag/pasu atau pun batas

Tunas ubi yang sihat & sesuai untuk dipindahkan ke medium baru

Benih yang ditanam di dalam polibag

Jika ada tanah yang luas boleh tanam
Di batas 

Selamat mencuba 





Thursday, August 15, 2019

Cara Buat Racun Rumput Organik

Dah nak weekend kan ???
Mesti ramai yang cuti lepak-lepak sebelum gi jenjalan tu

Tertoleh lah tengok garden seciput dah mula tumbuh rumput lalang semula walau hari tu dah panggil orang mesinkan. Sekejap jer dah panjang.

Baru teringat hari tu ade simpan info buat Racun DIY. Boleh racun & matikan rumput dan lalang. Jom cikedout resepinya. Yang penting organic uuolsss

CARA BUAT RACUN RUMPUT SENDIRI DIRUMAH
================================

Usah gelabah, kalau tak suka guna racun herbisid macam paraquat, boleh buat herbisid organik sendiri dengan menggunakan bahan asas yang ada kat rumah.

Kau hanya perlukan cuka masakan dan sabun pencuci pinggan. Juga alat penyembur supaya senang kerja kau.

Tuang cuka masakan tu dalam alat penyembur, dan titiskan 3 atau 4 sudu besar sabun pencuci pinggan. Kemudian kau sembur sepuas hati.

Cuka masakan mengandungi asid asetik dan asid asetik ini sangatlah tidak ngam kepada kebanyakan jenis tumbuhan. Sabun pencuci pinggan tadi pula bertindak sebagai ejen pelekit yang memastikan cuka kau sembur tadi melekit elok pada tumbuhan tersebut.

Aku sembur sekali sahaja dan seminggu kemudian bila aku datang kembali, rumput liar yang hijau tadi dah jadi coklat (mati). Kerja kau seterusnya adalah bawa keluar cangkul dan kerjakan semua rumput tu. Tak susah mana pun sebab selepas seminggu akar rumput pun dah kering dan mudah dicabut.

Tak payah panggil Bangla datang meracun dan cabut rumput.

Lebihan cuka kau boleh guna untuk buat ikan masak cuka dan lebihan sabun pencuci kau guna untuk cuci pinggan (jangan kau belasah campur dalam ikan masak cuka tu pulak).

Kredit : LanskapMaximus


Wednesday, August 14, 2019

6 Tips Mudah Hasilkan Bunga Ros Lebat


Assalamualaikum,
Bersua kembali di alam maya hari ini.

Minat makin gebuzz gebuzz pasal rose.
Rajin pulak Kak Reen google segala ilmu.
So, Kak Reen kongsikanlah dengan pembaca pulakkan. Ilmu wajib dikongsi baru bermanfaat.




Setiap kali ke nurseri, mesti ramai yang geram tengok pokok ros yang berbunga lebat. Nak tak nak, tersangkut lah sepasu. Tapi, habis segala kudup bunga ros menjadi mekar, pokok sudah tidak mengeluarkan bunga lagi. Jika ada pun tak semeriah ketika dibawa pulang dari nurseri.

Ada orang kata tak bagi baja. Tapi, macam-macam baja dah di beri. Apa lagi yang perlu dilakukan. Hakikatnya, ros atau mawar memang tanaman yang mudah untuk di tanaman namun cerewet dan mudah mendapat ancaman penyakit. Azni A. R Azizan berkongsi cara untuk menghasilkan bunga ros yang meriumbun dengan mudah.

Artikel berkaitan:
7 Fakta Penting Peminat Tanaman Ros WAJIB Tahu
Ini Cara Pengurus Taman di Istana Buckingham Agar Mawar Sentiasa Sihat

Dulu kalau beli pokok bunga ros ni memang masa beli tu sahaja dapat tengok bunganya. Jangan kata nak tengok bunga, pokok dapat hidup pun dah cukup bertuah. Tapi lepas dapat petua dari cikgu sekolah dan saya cuba praktikkan memang menjadi-jadi pokok ros saya ni. Non stop blooming siap dapat buat anak pokok lagi

1. Buang daun-daun yang telah rosak dan mula kuning.
2. Bagi yang bunga dah berkembang mekar dan mula nak layu, ia perlu dicantas dan tanam pada tanah untuk hasilkan anak baru. Namun untuk hasilkan anak pokok, potonggan perlu disertakan dengan 3-5 helai daun dari bahgain bawah bunga
3. Gunakan baja dari kulit telur. Hancurkan kulit telur yang telah dibersihkan dan tabur pada pangkal pokok. Ia akan membekalkan kalsium dan menghasilkan daun yang bersaiz lebar

4. Sebaiknya, lakukan penamanan semula atau repotting dengan saiz pasu yang lebih besar untuk memberi keselesaan kepada akar pokok bergerak bebas. Kalau rajin, boleh pecah-pecahkan rumpun ros yang dibeli ini kerana kebiasaanya satu pasu yang dibeli dari nurseri mengandungi 3-4 pokok
5. Pastikan ros menerima pengamatan cahaya secara telus terutamanya di waktu pagi sekurang-kurangnya 6 jam sehari
6. Siraman perlu di lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Namun ketika musim hujan, pastikan medium tanaman kering sepenuhnya sebelum lakukan siraman. Jika masih lembap, tak perlu disiram

Saturday, May 12, 2012

Tips Tanam Ros



Salam semua,

Sekadar berkongsi cerita tentang bunga ros. Semenjak aku mula kembali berkebun dan menghijaukan taman sekangkang kera di tepi rumah. Banyak benda yang aku pelajari tentang bunga-bunga & tanaman lain.

Dari nama bunga-bunga baru sehinggalah bunga yang memang dah lama kita kenal dan tahu. Jadi hobby sekarang adalah menggogle mencari maklumat baru tentang tanaman termasuk penjagaannya.

Bagiku bunga ros agak susah juga dibela jika tidak kena caranya. Jadi di sini aku ingin kongsikan tips dan beberapa cara menjaga dan membelai bunga istimewa ini berdasarkan info-info yang ditemui.Selain baja, air & tanah, ia juga perlu dibelai dengan penuh kasih sayang.



Antara tips-tips bertanam ros :

1) Seperti tanaman lain apa yang diperlukan oleh pokok ros adalah tanah (campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar.) , air, matahari & sumber nutrien baja.

2) Pokok ros perlu disiram dua kali sehari dan sebaik-baiknya pagi dan petang. Semasa menyiram jangan siram terlalu banyak air pada daun dan batang kerana pokok yang terlalu lembab boleh mengundang pelbagai penyakit.Hanya siram sekadar membasahkan tanah.

3) Berikan baja pokok dan bunga untuk menambahkan nutrien pokok. Saya mengamalkan air basuhan beras & ikan sesekali letakkan kulit pisang pada pangkal pokok ros kerana 
pisang yang mengandungi potassium boleh membantu pokok bunga. Kulit pisang dipotong kecil-kecil boleh diletakkan di dalam pasu atau ditanam didalam pasu pokok ros. 

4) Selain itu, kulit udang, ketam juga boleh digunakan sebagai penambah makro & mikro nutrien yang tinggi untuk pokok bunga ros. 

5) Pokok  bunga ros yang dibeli dari tanah tinggi tidak boleh terus diletakkan di bawah sinar matahari tetapi pendedahan secara bergradual sehingga pokok boleh sesuaikan diri dengan iklim barunya.

6) Paling penting, pokok ros yang telah habis berbunga perlu dicantas untuk menggalakkan pengeluaran bunga. Cubitan pada tangkai ros baru adalah salah satu kaedah yang boelh meningkatkan pengeluaran bunga yang banyak.

7) Pernahkan pokok ros anda tetiba daunnya menjadi kuning dan akhirnya gugur. Air yang kurang membuatkan pokok ini menjadi begitu. Jadi penyiraman yang betul boleh mengelakkan keadaan ini.


8) Pokok ros juga senang diserang black spot, powdery mildew dan rust. Sekiranya pokok anda terkena black spot, buang daun-daun yang terkena penyakit. Untuk mengawal anda boleh gunakan formula organik campuran cili padi, minyak masak, bawang putih, cecair cuci pinggan dan kunyit. Formula ini saya perolehi dari internet juga. Saya pernah mencuba dan hasilnya alhamdulillah pokok saya dapat diselamatkan.


Jadi selamat menanam bunga ros ya...

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...