Showing posts with label Portulaca Grandiflora. Show all posts
Showing posts with label Portulaca Grandiflora. Show all posts

Sunday, July 27, 2014

Comelnya Dia....Pink Yellow Stripe Japanese Rose

Assalamualaikum & Hai...hai....

Pengikut acik Reen perasan tak...lately ni acik Reen banyak update tentang ros jepun...

Hik...hiks...kegilaan apakah ni...memang terlampau dan melampau...
Pantang tengok...pantang jumpa...pantang terpandang....pasti ingin memilikinya...
Perghhhh...penangan ros jepun buat diri acik Reen x terkawal....gilo den dibueknya....

Tengok ni....ari ni acik Reen nak kongsikan si comel ni....

Lawa tak ??? Pink Yellow Stripe aka Celoreng Pink Kuning....
Dalam sepokok ada berbagai corak....sangat cantik....teruja diriku sebentar...

Ye la....dolu-dolu kala cuma satu warna je...tapi sekarang...berbagai warna dan corak...
Maunya...acik Reen tak keruan...

Walau apa pun...mari kita tengok setiap kuntuman kelopak cantik ros jepun ini....










Friday, July 25, 2014

Si "Candy Stripe" Dah Menguntum



Selamat bersua kembali.

Hari ini nak share lagi satu koleksi pokok ros jepun rare milik acik Reen. "Candy Stripe" nama diberi...
Seindah namanya...berwarna putih bersih dan kelopaknya dicalit dengan warna merah bergaris-garis...
Cantik sekali....

Induknya acik Reen beli kat nursery...sekarang ni kira sesi menyemai dan membesarkan diri...acik Reen tengah biakkan banyak-banyak...

Ari tu pun masa post foto kat FB banyak juga yang berkenan....ada juga yang dan booking...
Oleh kerana pokoknya tengah dibiakkan...acik Reen tak berani berjanji... Insyaallah dah banyak bolehlah dikongsikan...







Thursday, July 24, 2014

Rose Jepun Jambul (Part 1)


Ini adalah antara koleksi Ros Jepun Jambul milik acik Reen.
Kalau nak diikutkan ada lagi beberapa jenis jambul...itu acik Reen akan cari kemudian...

Yang kat atas tu...Ros Jepun Kuning Jambul Oren, Ros Jepun Kuning Jambul Pink, Ros Jepun Jambul Putih dan Ros Jepun Jambul Kuning. Jenis jambul kembangnya hingga malam...tu yang seronok...

Sekarang ni acik Reen dah dapat lagi 2 jenis iaitu Ros Jepun Jambul Pink dan Ros Jepun Jambul Merah Oren.
Dah berbunga nanti acik Reen tunjukkan ye...


Tuesday, July 22, 2014

Rose Jepun Berbagai Rupa dan Warna

Hai....Hai......kita bersua lagi ya...  

Kalau diimbas zaman kanak-kanak dulu…bunga rose jepun akan bunga kembang pukul 10, moss rose, portulaca grandiflora cuma ada jenis yang berlapis aje..

Memang banyak ditanam di kampung2…kebanyakan yang banyak ialah warna pink gelap/maroon….

Tapi tak sangka…kini banyak pula variety yang muncul. Dari yang berlapis biasa kini dah ada pelbagai warna dan corak.

Yang jenis selapis pun macam tu juga…teruja diriku melihat corak dan warna yang begitu cantik. Bila dah join Group Peminat Ros Jepun/Kembang Pukul 10/Portulaca Grandiflora kat FB yang dikendalikan oleh kak NorAinon Othman, Kak Yong Mizah dan kak Siti Sarah Ishak …lagilah keterujaan memuncak…

Mereka bertiga…..tu kira sifu la dalam Group Peminat Rose Jepun…banyak ilmu yang dipelajari semenjak join group ni. Ilmu tentang menanam dan menjaga rose jepun.

Setiap hari semua ahli group akan share pelbagai jenis bunga ros jepun milik mereka yang pastinya memang cantik-cantik belaka…..

Bila tengok bunga ros jepun orang lagilah teruja diriku ini untuk menambah koleksi…dari yang jenis biasa-biasa acik Reen dah mula kumpul rose jepun jenis rare pulak…


Jom nikmati keindahan bebunga comel ni….

Cream Calit Purple

Kuning Renda Purple

Aurora

Royal Crown

Merah Oren

Celoreng Pink


Sunday, April 27, 2014

Si Cantik Manis Pink Dan Oren

Assalamualaikum........

Semenjak acik Reen jatuh cinta dengan ros jepun...dan macam angau dah...
Siang malam asyik ros jepun... walapun cuma dapat melihat ros jepun kembang hanya pada hujung minggu namun puas...

Sangat puas hati melihat kuntuman-kuntuman indahnya menghiasi laman.. Ari ni acik Reen nak share ros jepun acik Reen si cantik pink dan oren..memang cantik dan cukup sempurna...







Saturday, April 26, 2014

Bedding Ros Jepun

Salam kengkawan...

Kita bertemu kembali... ari ni tak nak tulis banyak-banyak...
Jom hayati dan nikmati bedding ros jepun acik Reen ni....dibelai-belai akhirnya dah gebus begini...
Acik Reen manyak heeeeppppiiiiii woooo....setelah hampir sebulan lebih inilah hasilnya....






Thursday, March 20, 2014

Ros Jepun Menguntum Lagi Di Tengah Rembang Panas Lit... Lit...

                                                           RJ Bicolor Putih dan Pink

Hi… hi…acik Reen bersiaran lagi…

Memang cheewii…bak kata orang Kedah..Yelah…asyik-asyik dengan Rose Jepun ajer sekarang nie…Ros Jepun..Ros Jepun..Nak tambah koleksi Ros Jepun…ha…ha…

Sebenarnya bukan cheewii..tapi happy bila tengok Ros Jepun yang acik Reen tanam dah start berbunga. Ros Jepun yang beli ngan Kak Rohani Kamis pun dah mula menguntum walaupun tak banyak…Iyalah..namapun baru tanam, akan ambik masa sikit untuk membesar dan berbunga. Kalau dah besar…penuhla bedding RJ tu nanti…tak sabar rasanya menuggu saat tu…

Ahad lepas…acik Reen terbeli lagi 3 pasu Ros Jepun selapis pulak kat Lee Nursery sebelah Mengkuang Damn masa gi makan bihun sup kat tepi nursery tu……dapat rembat RJ warna Pink, Oren dan RJ Bicolor campuran Pink dan Putih…Hubby pun dah tak boleh cakap apa..layan ajerla isterinya nie…

Dalam misi mencari RJ ni…en. Hubby pun dah terheret sekali…pantang nampak nursery…pasti acik Reen minta suruh singgah…nak skodeng Ros Jepun..nak tengok2 kot2 ada stok ros jepun yang acik Reen tak ader…

Pokok Ros Jepun yang Acik Reen beli ari tu dalam proses nak letak baja…lepas ni mestilah lagi bloom..bloom..meriah RJ ditepi laman.  Semasa tanam RJ ari tu pun acik Reen dah campurkan baja organik ‘tayam’ (taik ayam) so…daun RJ yang kluar pun memang menghijau…

Apapun..acik Reen sangat happy dengan bebunga RJ ari ni yang menguntum nie walaupun acik Reen cuma dapat nikmati keindahannya 2 hari jer dalam seminggu…hu..hu..

Yelah…masa kita kluar gi kerja dia tak kembang lagi…bila dah balik dia dah tutup…ha..ha…x per la…seminggu 2 hari pun dah berbaloi-baloi…nak buat camno kan….


Sekarang ni misi diteruskan dengan memburu Ros Jepun Jambul dan Ros Jepun Hibrid pulak…



RJ Berlapis Putih dan RJ Berlapis Merah Terang

RJ Bicolor Pink dan Pink

RJ Selapis Oren dan RJ Pink

Raj Bicolor Pink dan Putih

RJ Berlapis Pink Terang

RJ Selapis Oren

Saturday, March 15, 2014

Ros Jepun Dah Mula Berkembang


 Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Salam siaran semua teman-teman. Kita bersua lagi...

Semenjak menanam ros jepun/moss rose/bunga kembang pukul sepuluh /portulaca grandiflora...
asyik mengupdate pasal ros jepun ajer..Layan ajerla...ye...

Ini foto-foto ros jepun yang tak seberapa. Kembang pun tak penuh lagi. Dalam sepasu ader le dua tiga kuntum.  Kira okey la untuk permulaan.

Tapi acik Reen happy coz pokok bunga RJ yang ditanam ari tu dan mula tumbuh dan membesar dengan sihat….Suke…suke…Lepas ni dah stabil boleh le letak baja yang dibeli dari Islinda…baja subur 3 in 1. Harap-harap boleh bloom bunga banyak-banyak…


Jomlah skodeng bunga-bunga RJ acik Reen yang dah kembang…







Saturday, March 08, 2014

Rose Jepun dari Kak Rohani Kamis

Assalamualaikum..

Kan dah cakap… nak seribu daya..tak nak seribu dalih…

Cewah….cewah… intro tu macam happening la sangat…dalam misi mencari dan menambah koleksi Ros Jepun/Japanese Rose/Moss Rose/Portulaca Grandiflora atau nama manjanya Bunga Kembang Pukul Sepuluh……

Semenjak ada Facebook aka Muka Buku dan wujud berbagai-bagi group yang ado…acik Reen dah terjebak dalam banyak group tanam menanam. Dari group pokok bunga, pokok buahan-buahan, masak-masak, deko-deko umah, deko-deko taman, group pokok anggur, group adenium, group kaktus dan succulent, group pokok stoberi, group pokok ros, group rose jepun dan sebagainya….

Dah semangat tu makin memuncak bila kengkawan post koleksi pokok2 bunga memasing.. buat permulaan… acik Reen menjalankan misi mencari ros jepun…skodeng punya skodeng akhirnya terjumpa dengan kengkawan group yang menjual ros jepun secara online melalui cutting aka keratan batang…

Memang banyak yang menjual kat group FB Kelab Peminat Ros Jepun/Japanese Rose/Moss Rose/Portulaca Grandiflora, tapi buat permulaan ni acik Reen cuba beli dengan Kak Rohani Kamis…teruja tengok pokok ros jepun kat laman rumah dia… penuh berwarna warni..macam-macam kaler. Dari yang selapis hinggalah  yang berlapis-lapis. Bila tengok foto yang dia post kat wall group…makin mengebu-gebu semangat acik nie…

He… he… misi berjaya bila acik Reen berjaya contact Kak Rohani Kamis.. tapi sedihnya coz tak semua bunga ader stok… hanya 7 warna jenis yang berlapis jer yang ada… yang lain jenis selapis dan jenis berjambul kak Rohani kata sedang membesar coz sebelum ni banyak yang dah borong. Jadi kena tunggu. Semuanya campur-campur 7 kaler…merah, pink, oren, pink gelap, putih, kuning dan pink campur putih. Tak per la.. Reen order 3 ringgit setiap jenis..itu pun coz nak share dengan emak yang juga peminat bunga RJ nie.

Selepas urusan transaksi pembayaran selesai..akhirnya RJ dah berada di depan mata.  Senangkan.. order online nie.. dengan Poslaju pun bunga dah dapat dihantar. RJ sampai pada hari Khamis..dah dekat hujung minggu…jadi kena tunggu hujung minggu la baru dapat ditanam. Hari biasa memang tak sempat coz balik pun dah malam kengkadang selepas singgah kat rumah MIL uruskan keperluan dia.

Tak per la RJ oooi… harap-harap okeyla dalam parcel Poslaju tu..Tapi acik Reen sempat le buka…tengok2 RJ tu, nampak semua pokok bunga RJ tu kak Rohani dah balut dengan tisu yang dah dibasahkan dengan air…so..tak jadi masalah coz pokok RJ nie jenis yang agak tahan lasak juga. Tunggu yer… nanti hari Sabtu kita pindah umah masuk ke tanah ye…

So Sabtu yang lalu misi menanam bermula…semua RJ yang dibeli dari Kak Rohani Kamis dah selamat masuk ke pasu.. Dek kerana pasu pun x mencukupi terpaksa ler ada yang kena tanam agak banyak rasanya lebih dari 10 poko dalam satu pasu.. tak per la…yang penting dapat tanam dulu.. lepas nie pergi beli pasu baru dan transfer balik…hidup subur-subur ye sayang… nanti mama tukar pasu cantik-cantik yer…boleh bloom bloom menggebus dan bunga banyak-banyak yer…

Bila dah siap dan disusun… oooiii… banyak la pulak pasu RJ nie…termasuk dengan beberapa pasu Rj yang dah lama ditanam. Macam boleh buat kebun ros jepun ler pulak… banyak pulak bila dah disusun. Yang nie acik Reen letak dalam compound rumah lagi coz masih dalam pemantauan… Esok-esok dah berbunga baru boleh pindah kat tepi pintu pagar masuk umah. Kalau dah berbunga nanti mesti cantik…heppynya acik ari nie…


Tapi Reen dah tinggalkan sedikit RJ tu untuk buat bedding kat tepi pagar rumah. Batu bata pun dah ambil balance project En. Hubby…Jadi selepas habis tanam dalam pasu jadi operasi membuat bedding kat tepi pagar la pulak…

Ros Jepun Yang Dipetik Oleh Kak Rohani Kamis

Ros Jepun - Dah Sampai Dengan Poslaju

                                                        Ros Jepun Selepas Ditanam....

Friday, February 14, 2014

 Misi Menanam Pokok Bunga Kembang Pukul 10 aka Japanese Rose/Moss Rose/Rose Jepun/Portulaca Grandiflora

 


                                               (Foto Ehsan Cik Google)

Pokok bunga kembang pukul 10 aka Japanese Rose/Moss Rose/Portulaca Grandiflora/Rose Jepun memang sudah lama menjadi kegilaan pencinta tanaman berbunga. Lagipun RJ mempunya bermacam warna dan berbunga sepanjang tahun. Dari yang berbunga selapis sehinggalah yang berlapis-lapis. Memang sangat cantik, comel dan awesome….walaupun bunganya comel tapi cantik jer…

Banyak penggemar tanaman bunga suka dengan pokok bunga RJ nie kerana pokoknya sentiasa berbunga. Cepat membesar, mudah membesar dan sangat sesuai dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap. Lagi pun penanaman dan penyelenggaraannya RJ sangat mudah dan tidak cerewet. RJ juga jenis yang tahan panas. Boleh ditanam dengan keratan batang dan juga biji benih. Namun menanam dengan membiak RJ dengan keratan batang lebih mudah dan lebih cepat.

RJ boleh ditanam didalam pasu, sebagai pokok gantungan ataupun ditanam terus di atas tanah. Banyak yang Reen tengok sekiranya RJ ditanam berkumpulan…sangat cantik sekali. Reen pun baru mula menanam kembali RJ nie, kiranya macam jatuh cinta lagi semenjak dua menjak pindah ke rumah baru. Memang dah berangan-angan nak up-grade taman comel Reen. Buat masa sekarang Reen tengah mengumpul kembali spesis2 RJ yang ada. Kekadang kalau ke nursery tertinjau-tinjau kot2 ada RJ yang baru.

Hari tu masa balik ke kampung Reen dapat beberapa jenis RJ antaranya warna merah pink, putih, oren, dan pink lembut. Semua RJ ini adalah dari jenis yang berlapis dan berdaun tirus tajam. Bukan jenis selapis yang berdaun jenis bulat.

Pokok RJ ni pun ambik dari umah mak Reen dan jiran sebelah umah mak. Mak kata ambil la balik semai banyak2 lepas tu bagi balik kat dia sedikit. Ye lah mak… mak punya pasal ok lah…maka misi membiakkan RJ bermula. Dari sepasu sekarang dah ada beberapa pasu.. Cuma tunggu untuk berbunga sahaja.  Kalau kluar bunga-bunga pun tak sempat nak snap coz dia kembang pukul 10 pagi, kita nie seawal 8.00 pagi dah kluar umah ke tempat kerja. Bila balik pulak dah malam…. Mana nak sempat tengok RJ berkembangan hu….hu…. Harap-harap hari cuti nanti dapatlah tengok RJ berkembang. Baru tahu RJ yang ada sekarang bunga dia kaler apa…


ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...