Showing posts with label Petunia. Show all posts
Showing posts with label Petunia. Show all posts

Friday, April 25, 2014

Petunia - Sedikit Sejarah dan Penjagaan


                                                             (Gambar : Cik Google)

Petunia…oh…petunia…kamu ada di mana-mana…menghiasi setiap laman dan sudut taman…ooo…petunia yang menawan hati….

Kalau ke mana-mana nursery kat Malaysia ni, pasti anda semua akan nampak pokok bunga yang berbunga cantik nie…Ada bermacam-macam warna…Selalunya pokok-pokok petunia ditanam di dalam pasu gantung di kebanyakan nurseri. Petunia sebenarnya dalah salah satu tanaman gantung yang paling popular dan banyak diminati oleh pencinta bunga-bungaan…Namun ada jug apetunia yang ditanam sebagai window box planter.

Perkataan petunia berasal dari bahasa Perancis iaitu Petun iaitu tembakau kerana mempunyai cirri-ciri yang hampir serupa dengan tembakau. Petunia banyak ditanam di Malaysia dalam berbagai variasi warna.

Sungguhpun begitu, banyak yang salah anggap dengan penanaman dan penjagaan petunia di Malaysia. Walaupun petunia tergolong dalam bunga semusim, namun sekiranya dijaga dengan betul dan rapi, petunia mampu bertahan sehingga setahun lamanya.

Berikut adalah beberapa tips utama dalam penjagaan petunia untuk dikongsi :

a)     Cahaya – Ini merupakan salah satu anggapan yang salah bagi sesetengah orang kerana beranggapan bahawa pokok petunia perlu diletakkan di tempat redup dan langsung tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari. Sebenarnya petunia adalah pokok yang memerlukan cahaya matahari sebanyak 80% ~ 100%. Jadi pokok petunia hendaklah digantung di kawasan yang menghadap cahaya.
b)     Siraman – Pokok petunia hendaklah disiram secara konsisten. Petunia seeloknya hendaklah disiram pada waktu pagi pada pangkal pokok dan bukannya pada keseluruhan pokok. Cuba elakkan mennyiram petunia pada sebelah petang atau malam kerana ia boleh mendedahkan pokok kepada jangkitan kulat dan merosakkan akar. Perlu diingatkan bahawa pokok petunia tidak sukakan air yang berlebihan kerana ia boleh menyebabkan akarnya masam dan membusuk. Ada juga petunia yang ditanam menggunakan pasu bunga jenis ‘self watering’ yang ada dijual di nursery.
c)      Pembajaan – Petunia yang masih berbunga boleh diberikan baja NPK 12-12-12 yang telah dicairkan atau menggunakan baja bunga siraman yang ada di pasaran. Untuk petunia yang ingin dialih pasu, tanah baru hendaklah dicampurkan dengan baja organik yang tinggi agar pokok tersebut boleh berbunga secara serentak.
d)     Pemangkasan – Untuk  menghasilkan pokok petunia yang berjurai-jurai, pokok petunia perlulah dipangkas bahagian pucuknya bagi setiap 10 cm kebawah bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk baru yang berjurai kebawah.
e)  Tips penjagaan harian – Bunga petunia yang layu hendaklah dibuang bagi mengelakkan pokok menghasilkan biji benih. Petunia yang layu jika tidak dibuang akan menyebabkan pokok kurang berbunga kerana ia akan menutup permukaan daun dan boleh menyebabkan daun rosak dan menyebabkan semua daun mati.
f)       Hujan – Pokok petunia tidak sukakan air hujan yang berlebihan, bunga yang terkena air hujan akan rosak dan juga melepuhkan keseluruhan daun.

Wednesday, March 12, 2014

Percubaan Pertama ~ Semaian Petunia

                          Anak-anak petunia (yang kecik  daun tirus tu anak Dahlberg Daisy)


Masih ingatkah pembaca semua dengan petunia yang acik Reen beli masa CNY ari tu…Oleh kerana ini adalah kali pertama acik Reen beli petunia..memang banyak benda yang kena ambil tahu dan belajar pasal pokok petunia ni.

 Bak macam orang tua-tua berkata, kalau malu bertanya boleh sesat jalan…so.. semasa berjalan-jalan kat muka buku aka Facebook dan hasil pembacaan pasal petunia yang dikongsi oleh kengkawan, acik Reen baru tahu petunia yang kita beli pun boleh kita tanam dan biakkan semula.

Ooo…macam mana tu. Rupa-rupanya bunga yang kluar tu boleh kita tuai benihnya dan semai semula. Ada sorang kakak dalam group guna plastik dan ikat pada bunga yang dah kering untuk mengutip benih-benih petunia. Caranya senang ajer, cuma ambil plastik dan gelang getah aje. Ikat pada bunga yang dah kering...jadi bila benih dah masak, benih akan pecah masuk dalam pastik tu lah..tak terabur merata. Boleh simpan benih tu dan biakkan semula.

Acik Reen punya style pula, bila bunga dah kering..acik Reen biarkan ajer. Sampai masa kena pergi la check benihnya dah okey ke belum. Kalau nampak warnanya dah bertukar ke warna agak coklat kerana kelonsong benih asalnya warna hijau, bila dah masak akan tukar jadi warna kuning coklat. Benih tu bolehlah diambil, pecahkan kelonsong benih dan anda akan nampak benih-benih halus berwarna hitam. Benih tu anda semailah…boleh dapat anak petunia baru..

Ada yang kata petunia yang ditanam sendiri lebih tahan lasak kerana dah biasa dengan cuaca persekitarannya. Acik Reen pun baru nak cuba
Tapi macam best juga coz percubaan pertama dah berjaya…tengokla anak-anak petunia yang comel tu..

Warnanya nanti memang akan surprise coz ari tu beli 3 jenis petunia iaitu putih, ungu dan warna belang putih ungu yang orang kata macam lollipop candy crush tu…

Tak ingat nak label pulak…bukan sebab apa, mana taknya asal jumpa benih aje pi tabur, jumpa benih ajer tabur…semua dah bercampur aduk..tak tahu dah kaler aper…memang surprise la nanti. So terpaksa la acik Reen tunggu beberapa bulan lagi sampai bunga tu besar dan berbunga…lama lagi tu…hu..…hu…

Benih Petunia (Sumber : Cik Google)


Benih petunia yang dikumpulkan (Sumber : Cik Google)


Wednesday, February 12, 2014

Tips dan Petua Menanam Petunia 






Oooo…..aku dah tersampuk hantu petunia….bukan dari mana pun…semuanya dek kerana group dalam FB yang citer-citer pasal pokok-pokok dan tanam bunga…Kengkawan group tu.. berkobar-kobar dan hari-hari share gambar pokok munge-munge memasing. Dan yang paling x boleh tahan… pokok petunia la. Bunganya…masyallah… gebus sangat meleret-leret sampai ke lantai… terutamanya petunia-petunia Cik Puan Salina Abu, Cik Yaya Dila, Noy Green, Farah Shukri dan beberapa kengkawan yang lain. 

Pokok nie memang dah lama Reen nampak kat nursery tapi x berani nak beli coz takut x hidup lama. Almaklumlah x der pengalaman. So…bila ari-ari tengok pokok orang jer…meronta-ronta hatiku nak mencari petunia…

Maybe nak jadi rezeki… masa lalu kat depan Nurseri jalan utama nak ke Nagalilit kebetulan byk pokok baru sampai…berbagai warnanya…hu…hu… makcik tak dapat tahan lagi. Akhirnya makcik Reen nie terbeli la pokok petunia ni… Wooo….wooo heppy sekejap. Bukan sepasu tau… tapi 3 pasu chekkk oooiii.. Hubby pun tengok jer…tapi dia puji pokok bunga tu cantik..Satu putih bersih, satu ungu dan satu lagi putih berbelang ungu.. nama saintifiknya x sempat nak cari…

Selepas melalui pembacaan dan penelitian serta petua-petua yang dicedok melalui sifu-sifu petunia yang x lokek ilmu berkebun dalam FB…Reen kongsikan di sini petuanya..semoga dapat bermanfaat untuk semua….

Petua 1 (dari Cik Puan Salina Abu)

Pokok petunia yang baru dibeli perlu ditukar pasu yang lebih besar…so pokok tu  boleh membesar dengan sihat bagaikan juara. Keluarkan pokok petunia tu…ambil campuran tanah + baja tahi ayam + baja kimia untuk subur (warna hijau) + baja kimia untuk berbunga (warna pink)… gaul kesemuanya hingga sebati. Masukkan ke dalam pasu..kemudian tanam balik petunia tu… Siram macam biasa. Lepas tu pembajaan seminggu sekali guna baja tahi ayam ataupun lebih mudah, baja tahi ayam direndam kemudian disiram terus ke pokok petunia. Jangan lupa juga baja kimia untuk berbunga.

Petunia perlu disiram pada waktu pagi. Perlukan banyak cahaya tapi tidak boleh terdedah kepada air yang berlebihan kerana boleh merosakkan pokok & akarnya. Dinasihatkan diletakkan dibawah teduhan atau sedikit berbumbung bagi petunia baru. Pokok petunia perlukan cahaya yang banyak untuk mengeluarkan bunga dan pertumbuhan. Tetapi ada juga yang Reen nampak pokok petunia diletakkan terus ke cahaya matahari…anda berani..cubalah.. mungkin boleh jadi coz ada yang Reen nampak digantung di tengah-tengah bandar …tengah panas lagi..ok ajer..Ada berani…boleh try.

Untuk mendapatkan ranting dan pengeluaran bunga yang banyak…daun-daun dan bunga-bunga yang kering perlulah dibuang. Dengan memotong ranting-ranting pokok yang sudah tua, ia akan merangsang pengeluaran ranting baru dan bunga-bunga baru akan keluar nanti.

Ada juga petua meletakkan ketulan ais batu di dalam pasu untuk membuatkan petunia lebih segar dan banyak bunga. Boleh try juga teknik nie…

Lupa pulak… pokok petunia nie kekadang boleh kena serangan bena putih atau white flies..atau kuyau.. So.. ikut petua cuma semburkan Fumakilla H2O aje…coz dia ni water based (berasaskan air).. pokok pun selamat…x rosak.


Petua 2 (dari Cik Puan Farah Shukri & Norzalina Mohd Noor)

Selain itu, kita juga boleh ikut petua ini…ini dari Cik Puan Farah Shukri dan Cik Norzalina Mohd Noor. Mengikut mereka, pokok petunia yang baru dibeli hendaklah direndam semalaman dengan baja tahi ayam yang dicampurkan dengan air.

Caranya begini, ambil baja tahi ayam kemudian masukkan air di dalam bekas yang besar sedikit dari pasu. Kuantiti agak-agak la..coz tahi ayam ni panas. Sebatikan campuran kedua-duanya. Kemudian ambil pasu petunia yang dibeli dan masukkan kedalam sebatian tadi. Rendam semalaman. Akar petunia akan menyerap sebatian ini semasa proses rendaman tersebut. Keesokan harinya siram pokok petunia dengan air yang banyak coz tahi ayam baunya agak kuat. Untuk kurangkan bau, cik kak- cik kak siramlah dengar air dulu ye.. Lepas tu bolehlah membaja seperti biasa selepas 2 minggu dengan baja subur & baja bunga.

Seperti biasa jugala.. untuk menggalakkan pertumbuhan pucuk-pucuk dan bunga yang lebih banyak.. bunga layu & ranting yang dah kurang elok perlulah dipotong. 

Ranting-ranting yang dipotong janganlah dibuang.. kerana boleh ditanam semula. Ranting yang dipotong diletakkan rooting agent dan boleh semai semula.Jadi anda semua boleh dapat pokok petunia yang baru…save budgetkan??? 

Friday, February 07, 2014

Petunia Tower/Flower Tower

Petunia Tower... cantikkan.. sangat cantik...






Idea nie tercetus ketika melihat pokok2 bunga petunia dalam google. So dapat idea untuk buat petunia tower dengan pokok petunia yang Reen beli.. so apa lagi bertukanglah makcik pepagi Jumaat yang lalu.. dah terhasillah petunia tower yang tak seberapa.. Barang2 mudah jer...jaring dawai, pasu, plastik hitam (Reen guna plastik sampah - tebal sikit punya) dan tanah. 

Ini DIY step by step yg Reen jumpa dlm Google...boleh ikut ye..bukan bunga petunia saja boleh buat macam nie.. bunga yang menjalar mcm morning glory, bunga kembang pukul 10 pagi dan pokok2 yang seangkatan dengannya.



Step By Step DIY Petunia Tower


My Petunia Tower

My Petunia Tower




Thursday, February 06, 2014

Petunia In The House....

Ku tertarik... terpikat..terjatuh hati...alahai petunia....

Ini semua gara-gara group di FB la... Noy Green Garden Village, Suri Suka Tanam Pokok Bunga, Jom Tanam Bunga, Go Green , Kelab kebun Keliling Rumah (KKKR) dan macam2 group pasal pokok bunga. Hari-hari upload gambor pokok bunga... balik2 nampak petunia... petunia... petunia...

Akhirnya petunia nie jadi juga milikku...ini pun dapat di nurseri yang sama beli ros tu... sepasu RM 12.00.  Beli 3 pasu... so jadi RM 10.00. Sangat berbaloi.. Tak tahula kot2 ada yg dapat lagi murah... Sangat heppyyy... berganda-ganda.. 

Sekarang nie kena belajar pulak jaga petunia. Kerana ia bunga semusim.. kalau x pandai jaga hayatnya tak lama... kalau betul penjagaannya boleh tahun setahun ikut kata Puan Salina Abu, Yaya Dila. So Reen akan praktikkan petua-petua dari sifu-sifu yang dah lama menanam petunia nie.

Jom layan petunia baru Reen... cantik tak ???


Petunia Ungu Berbelang Putih

Bunga-bunga Petuniaku

Petunia Ungu

Petunia Putih




ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...