Showing posts with label Strawberry. Show all posts
Showing posts with label Strawberry. Show all posts

Friday, June 27, 2014

Stoberi Penuh Kasih Sayang Dari Suami Tercinta

Assalamualaikum....

Entri ni entri tertunda....hi...hi... acik Reen telebih bizi...

Pernah ingat lagi tentang cerita pokok stoberi yang acik Reen beli ngan En. Joe Jalil. Dah dikatakan tiada rezeki…pokok stoberi yang segar bugar masa acik Reen terima tetiba arwah selepas transfer ke pasu…hi…hi…sedih memang sangat sedih coz itu percubaan pertama nak berstoberi…nak berkarennzzz dah gagal....

Bukan salah En. Joe Jalil ya...…pokok tu tak hidup tapi mungkin disebabkan cuaca panas yang tak menentu atau teknik tak betul…frust memang frust tapi acik Reen tak mengalah. Aku tak akan berserah...misi perlu diteruskan...

Kebetulan plan nak ke Cameron Highland hujung bulan March 2014 jadi target utama ialah memburu pokok stoberi. Misi mencari anak karenzz stroberi diteruskan...

Mangsanya ialah hubby acik Reen... semua ladang stoberi kita masuk... masuk jer jengah2 tanya... anak stoberi jual tak ? Banyak yang tak jual coz semuanya untuk kebun sendiri sahaja. Kita pun tak sempat nak singgah dekat perkampungan melayu di Cameron Highlands dan Taman Al Mashoor...kat situ memang ada jual.


Musim cuti sekolah... Cameron Highlands memang sesak..


Namun akhirnya... acik Reen jumpa stoberi ini... alahai anak-anak comelku...di Big Red Strawberry Farm. Tawar punya tawar akhirnya acik Reen dapat juga stoberi...


Thanks to you my lovely hubby... akhirnya impian isterimu ini tertunai....

Akhirnya strawberry dah berada di lamanku....









Saturday, March 08, 2014

Penangan Group FB Geng Stoberi Tanah Rendah

Pokok Baby Stoberi Yang Baru Sampai (masih dalam kotak)


Assalamualaikum….selamat bersua kembali….

Tik… Tok.. Tik…Tok… ada orang kat rumah…oo….
Ada rupanya… ingatkan x der orang…Ini le…nak cerita lagi…pasal penangan buah dan pokok strawberry…aka pokok Stoberi….

Kalau nak ceritakan sejarahnya… acik Reen memang suka makan stoberi tapi En. Hubby x suker…so slow la sikit kalau nak beli stoberi… tapi baru-baru ni terjumpa pulak group yang terkena karenzzz ngan buah stoberi. Dan geng ni dah try bawa balik stoberi tanah tinggi dan ditanam di tanah rendah…dan memang dah berhasil sampai beranak pinak kat tanah rendah… bagai pucuk dicita ulam mendatang…acik Reen teramat la sukanya….
Teruja sangat nak start menanam dan jadikan stoberi sebagai koleksi tanaman kat taman yang sekangkang kucing tu….

Berkobar-kobar dan berkepul2 azam dan semangat nak menanam stoberi la lupak. Maklumlah sebab dah tengok ramai yang berjaya mentanah rendahkan stoberi yang kita tahu memang hidup subur kat tanah tinggi…Dan yang paling berjaya yelah.. En. Joe Jalil, Kak Siti Zaleha Samad, Siti Sarah…sekadar menyebut beberapa nama.

Skodeng FB Joe Jalil… rupanya dia menjual baby stoberi…Banyak pokok-pokok stoberi induk dia… buat permulaan..acik Reen order 10 pokok jer baby stoberi dengan En. Joe Jalil…lepas ni fikir-fikir boleh la bela pokok stoberi, petik kat depan pintu jer.. berangan la sangat kan..

Hari yang dinanti telah tiba bila baby stoberi dah sampai…tengok pokok stoberi lagi la berkepul-kepul semangat nak menanam stoberi..

Hujung minggu pokok stoberi dah dipindahkan ke pasu…guna campuran tanah nursery yang sudah dicampur coco peat, tanah merah, sekam padi…harap-harap anak dtoberi dapat hidup subur…

Dalam beberapa hari semua baby stoberi tu segar bugar…sihat walafiat…ada chance la nie hidup…tapi lepas balik ofis petang tu…aikkk… macam layu ler pulak.. kenapa yer…terus blank…mati akal. Takkan nak mati kot.. lagi pun cuaca sekarang sangat panas hingga mencecah 37°C….

Tanya-tanya dengan geng stoberi…ada ler beberapa petua yang diberi…Antaranya dari Sifu Stoberi, En. Joe Jalil… dia kata pokok stoberi tu kena cabut… cuci akar yang terlibat , potong yang hitam-hitam kot2..terlebih siram air..cuci bersih. Kemudian daun ditogelkan..tinggal pucuk jer…so…buat ler…ari kedua pokok stoberi tu macam okey… lepas tu akhirnya K.O jugak..

Macam putus asa juga ler… satu persatu baby stoberi ku jadi arwah… macam sayu jer… tengok baby stoberi yang layu. Tapi bak kata kak Siti Zaleha, percubaan pertama kekadang tak semua berjaya… akhirnya acik Reen tak sedih lagi… x per, jadikan ini sebagai cabaran. Dah order lain baby stoberi ngan Joe Jalil… harap percubaan kali kedua berjaya..Insyaallah. Lepas tu nak mengorder baja BOOM dengan kak Siti Zaleha harap-harap percubaan kali ini akan membuahkan hasil….


Lagi pun ujung bulan Mac nie acik Reen dan En. Hubby serta adik & wifenya nak ke Cameron Highlands…so memburu pokok stoberi dan seangkatan dengannya adalah salah satu misi acik Reen ke sana… tunggu ye…sama-sama kena karenzzz…ngan buah stoberi…Acik Reen nak borong banyak-banyak pokok stoberi… misi akan diteruskan…


(Gambar : Cik Google punya yer..)


ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...