Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Wednesday, July 16, 2014

Bintang-bintang Bertaburan….


Dah lama tidak berkongsi dalam dunia kraf….

Ari ni achik Reen nak kongsikan seni origami yang sangat popular masa sekolah dulu..
Ini macam throwback le…mengimbas kenangan….

Buat bintang berwarna-warni…simpan kemas2 dalam botol yang dihias cantik…boleh dibuat sebahagi cenderahati lagi….

Sebenarnya achik Reen pun dah tak berapa ingat macam mana nak lipat bintang-bintang ni...Hi…hi… maklumlah otak lama… ada sikit yang dah karat….

Untuk mudahkan achik Reen ingat semula stepnya, so achik Reen kongsikan ye untuk kegunaan achik Reen dan kawan-kawan semua






Monday, April 21, 2014

Bantal Burung Hantu

Salam bersua kembali...

Jom try buat bantal burung hantu aka Owl yang comel ni...
Sangat comel...boleh buat untuk anak-anak kita...

Saturday, April 19, 2014

Bunga Dari Karton Telur

Assalamualaikum...dan salam sejahtera...

Bersua kembali dalam segmen DIY..
Ari ni acik Reen nak share DIY dari karton telur.. selalunya kita buang ajekan...
Tengok hasil DIY ini...terhasil bunga yang sangat cantik...comelkan...
Jom buat kengkawan... sangat kreatif...(Foto : Cik Google)


Thursday, November 07, 2013

DIY – Tanam Orkid Di Batang Pokok

 

Salam kengkawan,

Ini adalah satu contoh DIY yang Reen buat pada pokok-pokok orkid Reen. Anak-anak pokok ni ada yang Reen beli dan ada juga yang Reen dapat dari kawan. Kebanyakkannya orkid jenis dendrobium, oncodium, vanda dan orkid merpati.

Untuk membuatkan pokok orkid ni hidup dalam keadaan natural, Reen telah buat DIY kat pokok orkid ni. Antara barang yang diperlukan adalah batang kayu (korang boleh guna apa jenis batang kayu pun, pokok rambutan ker, ranting mempelam ker…etc. Reen guna dahan pokok durian yang jatuh masa hujan lebat hari tu). Batang kayu perlu dipotong ok (panjang atau saiz ikut kehendak masing-masing), dawai, tali, sphagnum moss, sabut pun boleh, cutter.

Korang ambil le anak orkid tu… cari posisi yang sesuai, lekatkan sekali dengan sabut/sphagnum moss untuk kelembapan pokok, ikat dengan tali, nak kuat ikat dengan dawai, lepas tu.. ikatla batang tu dengan dawai yang lebih kuat untuk digantungkan…


Dah siap… boleh digantung ye.

Wednesday, July 24, 2013

Cute Book Mark

Selamat bersua,

Cantik tak book mark aka penanda buku ini. Barang-barang pun mudah dan senang. Jom kita buat bersama boleh juga dihadiahkan kepada anak-anak kita.

Sunday, April 28, 2013

Bantal Burung Hantu - DIY

Salam uols...


Cantik tak burung hantu nie...???? Siap buat bantal lagi. Kalau suka jom jahit okey...Boleh guna lebihan perca-perca kain. Nak besar mana ikut suka.Happy sewing.

Foto & design ehsan dari teman FB




Saturday, April 27, 2013

3D Heart Deco

Salam teman-teman maya.

Salah satu dekorasi yang menarik untuk dicuba.

Penuh bilik dengan hati berbunga-bunga.




Friday, April 26, 2013

Neck Pillow - DIY


Salam semua teman-teman alam maya. Jom malam nie kita belajar macam mana nak uat Neck Pillow. Boleh digunakan oleh kita semasa dalam kereta terutama ketika berjalan jauh.Kalau nak deko cantik-cantik boleh la design kartun kesukaan masing-masing.

Selamat mencuba.

Tuesday, April 23, 2013

Jom Buat Kura-Kura

Salam semua...

Masa melayari internet semalam, jumpa tutorial ni... sangat cute. Jom try buat... kalau besar boleh jadi penyu buat throw pillow sambil lepak depan tv. Teknik jahitannya sangat simple.
Jom try.


Wednesday, April 03, 2013

DIY - PENGIKAT LANGSIR



Semasa berFB semalam Reen terjumpa idea dekorasi rumah yang kita boleh buat bersama dengan menggunakan CD terpakai. Rasa-rasanya banyak CD calar yang sudah tidak boleh digunakan lagi. Apa kata dengan CD terpakai tersebut kita olahkah menjadi sesuatu yang sangat marvelous...

Jom try ok..Stepnya ikut gambar & hiaslah ikut kreativiti cik kak... cik kak.. ye.

Tuesday, April 02, 2013

LOVE SHAPE BEKAS SIMPAN BARANG - DIY



Jom kita try buat bekas love shape ini. Semua barang ada disekeliling kita. Cuma perlukan :

1. Kotak terpakai (potong bentuk love, saiz ikut suka yer)
2. Lidi sate
3. Benag
4. Manik
5. Renda hiasan

Akhirnya buatlah ikut kreativiti masing-masing. Selamat mencuba.

Sunday, March 31, 2013

JOM BELAJAR MEMBUAT PERANGKAP NYAMUK






KESIHATAN ADALAH SEGALANYA! - JOM BELAJAR MEMBUAT PERANGKAP NYAMUK YANG MUDAH DAN MENENTANG NYAMUK AEDES DAN DENGGI.


Apa yang kita perlukan ialah:

200 ml air
50 gram gula perang,

1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) dan
1 botol plastik 2-liter.

Bagaimana caranya:

1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher

2. Campurkan gula perang dengan air panas.


Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.

3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.

4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.

5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.

Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam
botol.
Di samping membersihkan rumah , tapak pembiakan nyamuk dan nyamuk, kita boleh 


menggunakan kaedah ini dalam: Sekolah, taska, Hospital,kedai, ladang, dan lain-lain.



ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...