Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Monday, September 30, 2019

CERITA TENTANG JATUH



Kau perlu jatuh sekali, untuk tahu siapa yang akan bertanya khabar tentangmu.

Kau perlu jatuh untuk kedua kali, untuk tahu siapa yang hendak bertanya tentang kesusahanmu dan menghulurkan tangannya.

Kau perlu jatuh untuk ketiga kali, untuk tahu siapa yang ingin melihatmu bangkit,  menyapu air matamu dan membuat dirimu tersenyum kembali.

Dan kau perlu jatuh berkali-kali untuk tahu siapa yang sentiasa meminjamkan bahu, memeluk erat dirimu dan memberitahu, InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja dan kamu pasti akan berjaya.

Seperti ros #WhiteProsperity ini, ditimpa hujan panas. Alhamdulillah masih bertahan.

Assalamualaikum
Morning pejuang Isnin ❤️❤️❤️

#KakReenSuweet
Saat kita jatuh baru kita tahu siapa saudara, sahabat sehidup semati bersama kita

Tuesday, August 06, 2019

Motivasi Pagi Selasa

Pesan pada diri

"Kalau kita inginkan yang terbaik, selalulah memberi yang terbaik. Walaupun kita bukan yang terbaik, berusahalah!!!!"

Rezeki pagi ini.

Chicken Spagetti Aglio Olio homemade cooked by adik bujang kat opismate nie. Sedappp betul air tangan adik bujang kita. Memang bertuah le esok-esok bakal wife dia coz imam dia pandai masak. Hajat hati nak sarapan biskut, tapi Allah hantar rezeki lain.
Syukur Alhamdulillah.

Assalamualaikum
Morning sahabat
❤️❤️❤️

#KakReenSuweet
Feeling betul-betul jadi kenyataan pagi nie

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...