Bermulanya di sini... inspirasiku... Bercerita tentang kehidupan, family, alam flora & fauna.
Wednesday, January 01, 2020
Kisah Nenas Madu MD2
Selamat tahun baru 2020.
Azam tahun nie, nak rajin tulis blog yang bersawang nie.
Rajinnnn, rajinnnn.
Dah rajin, maka terhasillah karya ini pagi tadi.
Dua hari lepas otw balik opis, macam biasalah kami suami isteri JJCM.
Tetiba teringin nak makan satay Semeling yang niaga lepas Pekan Lunas tu. Dah sampai situ, so turunlah kami berdua dari kereta.
Dah order sate 30 cucuk (15 cucuk ayam & 15 cucuk daging). Kat sini memang port fav jual makan-makan & selalu beli sate kat situ sebab sedap rempah ramuan secukup rasa satenya.
Eehhh ehhh tertoleh pulak sebelah niaga sate tu, ternampak nenas fresh macam baru petik.
So En. Hubby pun tanyalah nenas nie jenis apa & pilihkan sebijik yang elok & dah masak.
Kata penjual tu nie nenas MD2 (Nenas Madu). Mai dari Pendang atau Pokok Sena kata dia.
Masa dok sembang tu, rupanyaaa yang niaga tu sedara mara ade bau bau bacang juga ngan En. Hubby.
Maka makin rancaklah depa melawak & sembang lagi.
Orang niaga memang kena mulut manis, baru attract customer.
So yang niaga nie memang pandai layan customer.
Bagus PR yang menjual nenas tu, siap potong-potong bagi rasa.
Memang manisss ya nenas MD2 nie.
Sembang punya sembang, Kak Reen pun tanya ade tak bunjut nenas yang tak nak atau yang nak buang. Kak Reen bagitau nak 2 atau 3 jer sesaja nak balik tanam.
Dia cakap ade kak, banyakkk.
Jap ye katanya. Alih-alih terus dia angkat semua bagi akak πππ.
Siap minta alih kereta buka bonet depan gerai dia. Maka kami pun masukkanlah bunjut nenas tu dalam bonet. Balik rumah pindah kejap dalam raga kain tu, kira punya kira ade dalam 20 lebih pucuk nenas.
Masyaallah baik betul peniaga tu.
Terkedu akuuuu, macam boleh buat ladang nenas sudah.
So bunjut tu dah pindah masuk guni dulu. Maybe weekend nie blh semaikan ke tanah.
Lagi setahun lebih ade rezeki mana tahu boleh merasa nenas kebun tepi rumah.
Wish me luck ya untuk eksperimen tanam nenas pulak πππ.
#KakReenSuweet
#StoryKakReenSuweet
#WeekendGardener
#NenasMD2
#NenasMadu
Wednesday, August 14, 2019
6 Tips Mudah Hasilkan Bunga Ros Lebat
Assalamualaikum,
Bersua kembali di alam maya hari ini.
Minat makin gebuzz gebuzz pasal rose.
Rajin pulak Kak Reen google segala ilmu.
So, Kak Reen kongsikanlah dengan pembaca pulakkan. Ilmu wajib dikongsi baru bermanfaat.
Setiap kali ke nurseri, mesti ramai yang geram tengok pokok ros yang berbunga lebat. Nak tak nak, tersangkut lah sepasu. Tapi, habis segala kudup bunga ros menjadi mekar, pokok sudah tidak mengeluarkan bunga lagi. Jika ada pun tak semeriah ketika dibawa pulang dari nurseri.
Ada orang kata tak bagi baja. Tapi, macam-macam baja dah di beri. Apa lagi yang perlu dilakukan. Hakikatnya, ros atau mawar memang tanaman yang mudah untuk di tanaman namun cerewet dan mudah mendapat ancaman penyakit. Azni A. R Azizan berkongsi cara untuk menghasilkan bunga ros yang meriumbun dengan mudah.
Artikel berkaitan:
7 Fakta Penting Peminat Tanaman Ros WAJIB Tahu
Ini Cara Pengurus Taman di Istana Buckingham Agar Mawar Sentiasa Sihat
Dulu kalau beli pokok bunga ros ni memang masa beli tu sahaja dapat tengok bunganya. Jangan kata nak tengok bunga, pokok dapat hidup pun dah cukup bertuah. Tapi lepas dapat petua dari cikgu sekolah dan saya cuba praktikkan memang menjadi-jadi pokok ros saya ni. Non stop blooming siap dapat buat anak pokok lagi
1. Buang daun-daun yang telah rosak dan mula kuning.
2. Bagi yang bunga dah berkembang mekar dan mula nak layu, ia perlu dicantas dan tanam pada tanah untuk hasilkan anak baru. Namun untuk hasilkan anak pokok, potonggan perlu disertakan dengan 3-5 helai daun dari bahgain bawah bunga
3. Gunakan baja dari kulit telur. Hancurkan kulit telur yang telah dibersihkan dan tabur pada pangkal pokok. Ia akan membekalkan kalsium dan menghasilkan daun yang bersaiz lebar
4. Sebaiknya, lakukan penamanan semula atau repotting dengan saiz pasu yang lebih besar untuk memberi keselesaan kepada akar pokok bergerak bebas. Kalau rajin, boleh pecah-pecahkan rumpun ros yang dibeli ini kerana kebiasaanya satu pasu yang dibeli dari nurseri mengandungi 3-4 pokok
5. Pastikan ros menerima pengamatan cahaya secara telus terutamanya di waktu pagi sekurang-kurangnya 6 jam sehari
6. Siraman perlu di lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Namun ketika musim hujan, pastikan medium tanaman kering sepenuhnya sebelum lakukan siraman. Jika masih lembap, tak perlu disiram
Friday, August 09, 2019
Cintaku Pada Ros Menguntum Kembali
Monday, April 16, 2018
Cara Semai Pokok Lantana Camara @ Pokok Bunga Tahi Ayam
Tumbuhan ajaib. Kaya dengan pelbagai khasiat untuk penyembuhan secara semulajadi. Ianya sungguh ajaib. Penagamalnya kadangkala kelihatan lebih muda dari usia sebenar.
Bunga Tahi Ayam
Nama botani : Lantana camara Linn.
Sinonim : L. aculeata Linn.
Famili : Verbenaceae
Habitat
Pokok renek saka ini tahan lasak dan hidup di kawasan lapang, semak atau belukar, di kebun dan padang ragut.
Ciri morfologi
Pokok renek yang rendah ini bercabang banyak. Batangnya tidak rata, bersegi-segi dan kasar. Daun berbentuk bujur dan tepinya bergerigi. Terdapat banyak jenis pokok bunga tahi ayam, jenis liar mempunyai bunga berwarna-warni, iaitu campuran jingga dengan kuning dan campuran merah jambu dengan kuning. Bunga kecil dan teratur padat pada jambak di hujung ranting. Buahnya kecil berwarna hijau dan bertukar menjadi hitam berkilat apabila masak. Keseluruhan tumbuhan, terutama daunnya, beraroma kuat dan unik.
Kegunaan dan khasiat
Pokok bunga tahi ayam rendang, mempunyai bunga yang cantik dan berwarna warni. Pokok ini boleh dimanfaatkan sebagai tanaman hiasan. Buah yang masak boleh dimakan tetapi dalam kuantiti yang kecil.
Pokok bunga tahi ayam bersifat antiseptic . Daunnya dilumatkan dan dipupuk pada luka, ulser dan bengkak. Selain itu, daun boleh juga dibuat lasen untuk melegakan reumatik. Air rebusannya bersifat emetik, iaitu dapat merangsang muntah.
Nak try tanam boleh try teknik yang kawan FB Kak Reen share nie.
Credit : Sumber Info Internet
Cara Tanam : Credit Mazuri
Saturday, May 12, 2012
Tips Tanam Ros
Salam semua,
Dari nama bunga-bunga baru sehinggalah bunga yang memang dah lama kita kenal dan tahu. Jadi hobby sekarang adalah menggogle mencari maklumat baru tentang tanaman termasuk penjagaannya.
Bagiku bunga ros agak susah juga dibela jika tidak kena caranya. Jadi di sini aku ingin kongsikan tips dan beberapa cara menjaga dan membelai bunga istimewa ini berdasarkan info-info yang ditemui.Selain baja, air & tanah, ia juga perlu dibelai dengan penuh kasih sayang.
1) Seperti tanaman lain apa yang diperlukan oleh pokok ros adalah tanah (campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar.) , air, matahari & sumber nutrien baja.
2) Pokok ros perlu disiram dua kali sehari dan sebaik-baiknya pagi dan petang. Semasa menyiram jangan siram terlalu banyak air pada daun dan batang kerana pokok yang terlalu lembab boleh mengundang pelbagai penyakit.Hanya siram sekadar membasahkan tanah.
3) Berikan baja pokok dan bunga untuk menambahkan nutrien pokok. Saya mengamalkan air basuhan beras & ikan sesekali letakkan kulit pisang pada pangkal pokok ros kerana
pisang yang mengandungi potassium boleh membantu pokok bunga. Kulit pisang dipotong kecil-kecil boleh diletakkan di dalam pasu atau ditanam didalam pasu pokok ros.
4) Selain itu, kulit udang, ketam juga boleh digunakan sebagai penambah makro & mikro nutrien yang tinggi untuk pokok bunga ros.
5) Pokok bunga ros yang dibeli dari tanah tinggi tidak boleh terus diletakkan di bawah sinar matahari tetapi pendedahan secara bergradual sehingga pokok boleh sesuaikan diri dengan iklim barunya.
6) Paling penting, pokok ros yang telah habis berbunga perlu dicantas untuk menggalakkan pengeluaran bunga. Cubitan pada tangkai ros baru adalah salah satu kaedah yang boelh meningkatkan pengeluaran bunga yang banyak.
7) Pernahkan pokok ros anda tetiba daunnya menjadi kuning dan akhirnya gugur. Air yang kurang membuatkan pokok ini menjadi begitu. Jadi penyiraman yang betul boleh mengelakkan keadaan ini.
ROS JEPUN CARNATION
Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...
-
Salam semua, Sekadar berkongsi cerita tentang bunga ros. Semenjak aku mula kembali berkebun dan menghijaukan taman sekangkang kera ...
-
Assalamualaikum Selamat tahun baru 2020. Azam tahun nie, nak rajin tulis blog yang bersawang nie. Rajinnnn, rajinnnn. Dah rajin, maka...
-
Ini satu kraftangan yang baru dipelajari walaupun benda ni dah lama orang buat. Ini first try... memang cantik kalau pandai menganyam. Yang...













