Friday, March 22, 2013

Limau Purut Dan Limau Kasturi Galak Berbuah

Salam semua.
Selamat bersua kembali. 

Apa rasa ya bila melihat pokok-pokok yang ditanam mengeluarkan hasil. Jawapannya... tereng... treng.... Mesti happy kan ? Memang heppy sangat. Bila hasilnya dapat dikongsi dengan keluarga dan jiran tetangga.
Reen pun macam tu.. buah limau kasturi yang Reen tanam berbuah lebat sekali sampai tak sempat nak makan.. Akhirnya dibahagi-bahagikan dengan kengkawan ofis, jiran dan keluarga.
Aunty Cina sebelah umah dan 2 kali Reen bagi. Dia siap puji lagi coz buah limau kasturi yang Reen tanam buahnya besar-besar. 

Pokok limau purut pun dah keluarkan bunga. Cuba tengok... ini pun first time Reen tengok bunga limau purut. Tak sangka ... menjadi juga pokok limau ni. Sorry.. foto blur sikit. Snap guna hp jer masa dok tinjau kebun.

 Bunga Limau Purut
 
Putik Limau Purut 

 Putik Limau Kasturi


Lihatlah... setangkai dekat 6 biji. Banyakkan ?




Thursday, March 21, 2013

Khasiat Daun Bawang

Selamat bersua kembali.

Hari ini kita ketahui apakah kebaikan dan khasiat yang terdapat di dalam daun bawang. Biar pun harganya tidaklah mahal. Tetapi khasiatnya sangatlah banyak.

Wednesday, March 20, 2013

8 Herba Dan Tumbuhan Hebat Untuk Pencernaan


Salam dan selamat bersua kembali.

Gangguan pencernaan biasa terjadi kepada semua orang. Perut rasa kembung, kejang, masuk angin dan macam-macam lagi. Menurut sumber untuk mendapatkan sistem panghadaman dan melancarkan proses penghadaman, berikut disenaraikan 8 herba dan tumbuhan hebat yang dapat membantu menyelesaikan masalah gangguan pencernaan dan penghadaman ini.

Thanks to : ecoNugenics.com

Tuesday, March 19, 2013

Kekacang Yang Bagus Untuk Kesihatan

Hi... Salam semua, semoga ceria selalu.

Kacang.. ooo.. kacang.... semua orang suka makan kekacang. Ada macam-macam jenis kacang, kacang tanah, kacang kuda, kacang hijau, kacang sepat...dan kacang-kacang yang seangkatan dengannya. Namun tahukah anda khasiat yang terkandung di dalam setiap kekacang itu. Semasa Reen berFB Reen terjumpa info ini yang nak dikongsikan dengan semua readers diluar sana.

Jom kita terus makan kacang.






iap 

Jus-jus yang Bagus Untuk Kesihatan


Jus-Jus yang bagus untuk kesihatan. Jom try ok.



Monday, March 18, 2013

Orkid Merpati @ Dendrobium Crumenatum

Selamat bertemu kembali,

Awal January dan February... boleh dikatakan semua bunga-bunga orkid Reen yang ditanam mula mengeluarkan bunga termasuklah yang dibeli. Actually Orkid Merpati ini pernah berbunga dulu... tapi sikit saja. Tak sempat nak snap foto masa tu. Maklum la... kembangnya cuma sekejap.

Orkid merpati ni memang wangi... namun esoknya dah gugur & layu. Namun ia sempat mengharumkan laman Reen. Jom layan foto orkid merpati.








Jom Tanam Taugeh Sendiri



Ini adalah taugeh. Semua orang suka makan taugeh. Sedap digoreng tumis ringkas, tumis air, taugeh ikan masin, sayur lemak dan macam-macam lagi.

Sebenarnya bukan susah nak menanam taugeh. Jom kita sama-sama try yer :

Apa yang diperlukan ialah, biji kacang hijau, balang bersih, kain net dan getah/tali untuk menngikat.
Kuantiti kacang ikut suka jer. Nak banyak mana.

1. Mula-mula ambik biji kacang hijau hijau, cuci bersih-bersih. buang kacang yang rosak/timbul. Lepas cuci bersih-bersih rendam selama 12 jam.

2. Lepas diremdam selama 12 jam. Bilas lagi sekali dan masukkan dalam balang. Tutup mulut balang dengan kain net dan ikat dengan getah supaya mudah unutk membilas nanti.

3. Letak macam foto kat atas tu. Tak payah rendam lagi.Kita akan nampak kulit kacang akan pecah-pecah sedikit. Itu memang proses biasa.

4. Kemudian simpan kat tempat gelap untuk proses percambahan.

5. Lepas tu bilas kacang selepas setiap 12 jam. Balang hendaklah di simpan di tempat gelap. Jika tidak taugeh yang terhasil akan jadi warna hijau. Jangan lupa ya bilas setiap 12 jam. Pada ketika ini taugeh dah dalam proses nak jadi. Selalunya selepas hari ke-3 atau ke-4 taugeh dah boleh dituai dan dimasak.

Selain kacang hijau, antara kacang lain yang boleh digunakan adalah kacang soya, taugehnya jadi besar-besar, kacang hitam...

Ok... selamat mencuba.

Foto : ehsan cik Google.



ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...