Monday, April 16, 2018

Cara Semai Pokok Lantana Camara @ Pokok Bunga Tahi Ayam


Tumbuhan ajaib. Kaya dengan pelbagai khasiat untuk penyembuhan secara semulajadi. Ianya sungguh ajaib. Penagamalnya kadangkala kelihatan lebih muda dari usia sebenar.

Bunga Tahi Ayam

Nama botani : Lantana camara Linn.

Sinonim : L. aculeata Linn.

Famili : Verbenaceae

Habitat

Pokok renek saka ini tahan lasak dan hidup di kawasan lapang, semak atau belukar, di kebun dan padang ragut.

Ciri morfologi

Pokok renek yang rendah ini bercabang banyak. Batangnya tidak rata, bersegi-segi dan kasar. Daun berbentuk bujur dan tepinya bergerigi. Terdapat banyak jenis pokok bunga tahi ayam, jenis liar mempunyai bunga berwarna-warni, iaitu campuran jingga dengan kuning dan campuran merah jambu dengan kuning. Bunga kecil dan teratur padat pada jambak di hujung ranting. Buahnya kecil berwarna hijau dan bertukar menjadi hitam berkilat apabila masak. Keseluruhan tumbuhan, terutama daunnya, beraroma kuat dan unik.

Kegunaan dan khasiat

Pokok bunga tahi ayam rendang, mempunyai bunga yang cantik dan berwarna ­warni. Pokok ini boleh dimanfaatkan sebagai tanaman hiasan. Buah yang masak boleh dimakan tetapi dalam kuantiti yang kecil.

Pokok bunga tahi ayam bersifat antiseptic . Daunnya dilumatkan dan dipupuk pada luka, ulser dan bengkak. Selain itu, daun boleh juga dibuat lasen untuk melegakan reumatik. Air rebusannya bersifat emetik, iaitu dapat merangsang muntah.

Nak try tanam boleh try teknik yang kawan FB Kak Reen share nie.

Credit : Sumber Info Internet
Cara Tanam : Credit Mazuri

Journey Mango Australiaku

Keindahan di hujung minggu
Dapat jenguk kebun sekangkang kucing tepi rumah

5 tahun menunggu
Disiram dibaja penuh cinta
Penuh kasih sayang
Akhirnya berbuah juga

Bunga merecikkkk
Penuhhhh setiap ranting
Putik pun banyak
Tapi akhirnya lekat 3 biji jer

Syukurlah buat permulaan
Petaniii amatur kan 😀😀😀

#KakReenSuweet #KakReenGarden #MyEdibleGarden #MangoAustralia #GreenTheWorld #ILoveGarderning #WeekendTheraphy

Sunday, April 08, 2018

Pokok Bunga Air Mata Pengantin

Seperti biasa, En. Hubby Kak Reen turutkan jer kemahuan isteri dia yang pokok lovers, green lovers & seangkatan dengannya.

Alkisah keluar lunch tadi kat kedai fav hubby nun dihujung sempadan Lunas & Ara Kuda.

Kedai biasa jer, tapi En.Hubby suka mihun sup atau mee kuah dia.

Kak Reen dah makan so teman jer lah sambil minum air.

Otw balik, terpandang pokok air mata pengantin tumbuh banyak kat tepi jalan.
Banyak betulll & subur sangat.

So minta berhenti kat tepi, turun potong pokoknya.
Cantikkk warna Pink.
Nanti semai dalam pasu mesti lawa.

Ade ku kisah pokok hutan kita cecantik kan dia di laman.

Jom cikedout pasal pokok nie.

Pokok Bunga Air Mata Pengantin atau dikenali juga dengan nama PokokPengantin yang nama saintifiknya Antigonon leptopus, merupakan pokok menjalaryang berasal dari Mexico. Dikenali juga dengan nama Inggerisnya sebagai MexicanCreeper, Coral Vine, Chain of Love, Queen’s Jewels, Kadena de Amor, Bee Bush(nama dikebanyakan kepulauan Caribbean) atau San Miguelito Vine dan banyak laginama lain adalah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Polygonaceae.

Selain Mexico, taburan pokok air mata pengantin boleh didapati di SelatanAmerika Syarikat, Amerika Tengah dan Amerika Utara. Ia juga terdapat di Afrika,Kepulauan Pasifik termasuk American Samoa, Kepulauan Cook, Micronesia, Fiji, Polynesia Perancis, Kepulauan Galapagos, Guam , Hawaii, Papua New Guinea,Samoa, Tonga, Filipina, India, Australia dan England.

Dikategorikan sebagai tumbuhan saka berbunga merah jambu atau putih ('alba'Antigonon leptopus), pokok air mata pengantin telah diperkenalkan ke Indonesiaoleh orang Belanda di zaman kolonial dan seterusnya dikatakan yang menamakannyadengan nama Air Mata Pengantin.

Pokok bunga air mata pengantin menjalar dan memanjat/memegang melalui sulurpaut dan boleh mencapai melebihi 25 meter panjang. Tumbuhan ini dikategorisebagai tanaman berbatang berusuk yang panjangnya diantara 3 – 6 cm diantarasetiap satu rusuk, berbuku halus serta mengembung pada ruasnya. Terdapat sulurpaut atau pembelit di setiap batang yang berfungsi untuk melilitkan dirinyapada tumbuhan lain atau pada pagar dan trelis. 

Bagi penternak kelulut atau lebahmadu, pokok air mata pengantin merupakan padang ragut atau punca penghasilanmadu yang berkhasiat kepada ternakan mereka. Tetapi bagi sesetengah pengusahapertanian, pokok air mata pengantin dianggap sebagai rumpai yang perludihapuskan, manakala pencinta landskap, tumbuhan ini dianggap tanaman penghiastaman terutama pada pergola atau gazebo yang sangat indah.

Namun tahukah anda bahawa disebalik kebaikan dan keburukan pokok air matapengantin, tumbuhan ini tidak kurang juga berkhasiat dari segi perubatan.  Teh yang dihasilkan dari daun air matapengantin mampu merawat kencing manis dan tekanan darah tinggi. di sesetengahnegara, daun dan bunganya dicelup dalam tepung, goreng dan dihidangkan denganpasta. Bunganya juga dicampurkan ke dalam telur dadar (omelette).

Bagi penduduk kaum orang asli Baja di California, biji dari pokok air matapengantin dibakar yang terhasil seperti bertih (popcorn) yang kemudian dikisar menjadi tepung dan diolah untuk dijadikan lempeng (pancake) sebagai santapan sampingan.

Walau apa pun kegunaannya, pokok bunga air mata pengantin hari ini menjadi sebutan dan buruan ramai. Ianya tidak lagi mengalirkan air mata sedih seorang pengantin tetapi air mata gembira buat si penternak kelulut dan lebah madu. 

Sunday, March 11, 2018

Rose Jepun Tiara

Si Tiara Putih
Menguntum manis, meliuk lentuk dipuput angin
Menghiasi taman comel

#KakReenSuweet #KakReenGarden #RosJepun #JapaneseRose #TiaraPutih #ILoveGarderning

Friday, February 16, 2018

Ros Jepun Kembali Menguntum Di Laman

Cakkk cakkk
After 2 weeks planting Rose Jepun @ Japanese Rose @ Bunga Kembang Pukul 10

Di siram, dibaja
Dijenguk seketika sebelum gi opis & balik kerja

Hari nie muka ada senyum
Ade dah beberapa kuntuman manis menunjukkan wajah ayu nan jelita.
Ade yang dah tumbuh ranting-ranting baru
Tazzabar nak tengok semua besar bagai juara.

Melting lah tengok awak dah mula ade kudup-kudup bunga.

Walau sempat belai & tengok kembang seminggu sekali.
Cukuplahhh bahagia

#KakReenSuweet
Yang suka bunga, pokok & kucing
Natural Living

#ILoveGarderning #RosJepun #JapaneseRose #GreenFingers #WeekendTheraphy #GreenTheWorld

Saturday, June 06, 2015

Assalamualaikum.....Salam Sabtu.....

Assalamualaikum.....
Selamat pagi.....
Salam Sabtu....
Selamat berhujung minggu.....

Seni menikmati hidup.....
Rasai betapa indahnya hidup.....
Cintai dan sayangi orang sekelilingmu.....
Syukur dan berterima kasih atas nikmat dan kurniaNya...

Terima kasih Allah....

#jiwaokesemuaok
#tenanggamitsenang
#happylife

Thursday, June 04, 2015

Ku Berblog Kembali.....

Assalamulaikum.....
Selamat petang.....

Wah....wah....kita bersua kembali.

Bersawang-sawang blog acik...
Lamanya tak update disini....
Sebabnya......dah tak guna PC...hu...hu..

Baru ini ni install dari Play Store - Blogger ke tab acik...
So...blh le berblog balik....

Rindu la.....
Nanti kita story mory lagi ye....

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...