Tuesday, October 20, 2009

Ke Mana Ku Menghilang ????

Mesti kengkawan terfikir... kemana diriku menghilang 2 bulan yang lalu. Hidup ke mati ker ???? Sihat ker ???? Sakit ker ????
Actually... diriku tak ke mana... namun semenjak 2 @ tiga bulan lalu memang busy gila2...
Macam2 nak kena settle... agenda pindah rumah baru sebelum raya, hari raya lagi dan kerja-kerja ofis yang menimbun. Kalau x siap kerja... x bergaji le budak2 kat tempat keje.
Angkut barang2 ...macam2.. penatnya... but puas hati. Akhirnya dapat pindah umah sendiri. Perancangan mmg byk... but kena settle satu persatu.
Dah lama blog nie x ber-update...bersawang... sekali sekala jengah je... x sempat nak up-date.
Alhamdulillah... pada 19hb Oktober 2009 (kelmarin), genap sebulan aku berpindah ke rumah baru yakni.. rumah sendiri. Dulu aku stay dengan mertua dan at last dapat merasa juga hidup dan menikmati suasana di rumah sendiri. Aku bersyukur sangat. Walaupun dulu tak ada siapa yang ganggu kat rumah mertua namun ekspresi dunia rumah sendiri lain feelnya.
Dan sempat le aku melaram dengan koleksi kusyen RE yang dah buat dulu...Sampai hubby kata aku nie 'cheewi' (loghat Kedah). Aku kata biar le... ini tak curi tau... hand made...buat sendiri...original lagi..
In WIP dah kena buat 8 sarung kusyen RE... 4 untuk sister in-law untuk kerusi cleopatra baru dia...dan 4 lagi untuk my sister... untuk her new sofa.
Kembang gak...hasil sulamanku jadi pujian.. thanks for all my sifu. Ilmu yang ku kutip mmg x ternilai...

Tuesday, August 04, 2009

Cookie Canister Cover



Oleh kerana terpikat dengan hasil kreatif Kak Ann @ Sifu Ann....Teringin juga nak buat satu set cookie canister untuk diri sendiri. Yela.... teringin gak nak buat satu set. Hari Raya kan dah nak dekat. Sambil buat untuk diri sendiri mana tau pulak ada nanti ada orang yang berkenan. Ingat dihati kalau 1st projek ok, aku nak buat untuk emak & sister aku juga. Oleh kerana tak ada kain kusyen seperti yang kak Ann guna, aku belasah aje kain balance buat kusyen. Yang penting projek tetap berjalan.

Inspirasi cookie canister dari Kak Ann maka terhasillah cookie canister ala-ala english style. Menggunakan ribbon warna maroon yang sinonim dengan english style. Cookie canister ini adalah gabungan sulaman riben menggunakan teknik folded roses,ribbon stich serta french knot. Tapi belum siap lagi coz belum lekatkan pada canister cookie lagi. Lepas ni baru nak pegi beli canister cookie. Rasanya nak gunakan glass cookie canister coz lasting & nampak stylish sikit.

Monday, August 03, 2009

English Style Cushion


Ahakkk... Akhirnya siap juga cushion coverku. Nasib baik tak berkulat sebab dah terlalu lama.
Lepas ni nak jahit le pulak dan aku nak buat sepasang.... thats mean kena buat lagi satu le.Simple aje but... comel le jugak..

Apa pun puas hati sebab dah siap... Walau pun x le secantik jahitan sifu2 RE tapi kira ok le bagi tahap budak baru belajar ni. Ada sesiapa nak tempah.. boleh contact saya di e-mail... azreenafiza76@yahoo.com.




Give Away from Mak Lang & Ribbon Chanteq


Salam semua,

NAK GIVE AWAY SENTUHAN PENUH KREATIF & EKSKLUSIF................!!!!!!
CEPAT-CEPAT.....!!!!! SEBELUM TERLAMBAT
Mari joined Mak Lang & Ribbon Chanteq give away nie... Siapa yang cepat dan masukkan entry ter....kreatif & ter......baik akan dapat hadiah istimewa hasil sentuhan jejari magis & kreatif Mak Lang & Ribbon Chanteq. Tawaran dibuka sehingga 14hb Ogos 2009. Cepat sertai sebelum tarikh tutup dan dapatkan hasil sulaman eksklusif daripada antara pelopor RE yang dikenali seantero negara.

Menjengah ke rumah Mak Lang & Ribbon Chanteq... pasti anda akan terpaku, terpukau dan terpana dengan koleksi jahitan eksklusif riben, benang, manik dan sewaktu dengannya di atas beg, sarung kusyen, table runner, pouch, wall deco dan macam-macam lagi. Sebut je nak jahit kat mana.... mesti sentuhan magisnya.... wow...!!! fabulous & fantastic. Nak tahu lebih lanjut singgah le....(http://jahitanmaklang.blogspot.com/) dan Ribbon Chanteq(http://ribbonchanteq.blogspot.com/) kalau ada yang berkenan boleh beli... harga yang ditawarkan memang cukup berbaloi... dah dekat nak raya. Jom shopping....Sure puas hati kalau beli dan dijamin gerenti tak akan menyesal...Mungkin tahun nie nak bergaya dengan hasil sentuhan RE pulak.

Seperti mana pertama kali diriku terpesona dengan seni sulaman RE ini dan sehingga kini blog Mak Lang & Ribbon Chanteq nie la... jadi rujukan aku selain beberapa blog lain. Sharing is caring.....bukan nak tiru... cuma sebagai sumber inspirasi.

Kalau nak belajar online atau attend class...pun boleh juga. Cepat contact Kak Ina & Mak Lang.. di Jahitan Mak Lang & Ribbon Chanteq...banyak benda boleh belajar tau. Sure tak rugi....Boleh janakan income sendiri nanti kalau dah expert. Belajar ngan sifu nie...... banyak ilmu yang anda boleh dapat. Yurannya pun boleh tahan... tak le mahal sangat jika dibandingkan dengan ilmu yang bakal anda dapat.

Dalam blog Mak Lang bukannya saja sulaman RE ... macam2 ada... nak masak, info terkini, parenting, kekeluargaan, kasih sayang dan macam-macam lagi.. Nak resepi sedap2... jengah le. Sure terliur dan terangkat.. ayaq lioq meleleh nanti...

Untuk yang berminat...Give away ni akan berakhir pada 14 August 2009...CEPAT .... CEPAT....mai le join give away ni..
Syarat-syaratnya.... mudah aje....sila ikut arahan seperti dibawah :
a) Mesti pembaca dari Malaysia dan mesti jadi follower jahitan mak lang (http://jahitanmaklang.blogspot.com/) dan Ribbon Chanteq(http://ribbonchanteq.blogspot.com/)

b) Masukkan entry tentang giveaway ni.. kat dalam bolg anda. Salin RE diberikan dan beri penerangan ringkas tentang blog Jahitan Maklang dan Ribbon Chanteq. Selepas tu tinggalkan komen atau pesanan anda pada blog Jahitan Mak Lang.

c) Semua pemenang akan dipilih secara rawak oleh panel iaitu Mak Lang & Kak Ina. Dan paling penting... penyertaan atau entry yang paling kreatif.. tunggu..... sesuatu hadiah misteri akan menanti dan menjadi milik anda.
d) Ingat....Tarikh tamat giveaway ni ialah pada 14 Ogos 2009. Cepat sebelum terlambat.

Oleh itu.... jangan tunggu lagi cepat-cepat ketuk pintu rumah Mak Lang dan Ribbon Chanteq, bagi salam dan join Give Away Jahitan Mak Lang/Ribbon Chanteq.
Ada sesuatu yang istimewa sedang menanti anda......!!!!!

Thursday, July 02, 2009

Cushion




Akhirnya... siap juga cushion dijahit. Memang lama betul dek kesibukan kerja seharian. Bertukar boss... banyak pembaharuan yang yang dibuat. Akhirnya staf le jadi kelam kabut. Semuanya perlu sesuaikan dengan suasana yang baru.

Dalam kesibukan ini aku mencari peluang surfing blog kengkawan RE yang lain. Banyak juga hasil kerja tangan mereka. Rajin betul....



Dan inilah hasil cushion yang telah siap....




Wednesday, May 13, 2009

WIP




Selepas siapkan cushion cover tu.... terfikir pulak nak buat web roses ala2 english style sikit.

WIP.... masih dalam proses. Tapi nak tempekkan juga kat sini. Projek tergendala sekejap coz keje... nanti weekend boleh sambung lagi.. Ni le.. projek tak siap lagi.

Roses Cushion




Seperti yang dijanjikan... sempena cuti weekend sempat le saya menyiapkan lagi satu cushion. Temanya juga roses... entah le kenape.. minat sgt dengan roses. Kali ini cuba combinekan folded rose, ribbon stich & loose straight stich. Untuk nak nampak serupa dengan jahitan cushion sebelum ni, penggunaan warna pun hampir2 sama. Dan inilah hasilnya..

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...