Thursday, July 25, 2013

Tidur Yang Cukup


Good Nite....

Semua kengkawan belum tidur lagi ker? Reen ni baru nak buka laptop... nak buat apa yang patut.

Tahukah anda bahawa tidur yang cukup amat penting bagi tubuh manusia. Kadang-kadang bila tak cukup tidur kita akan jadi letih, mengantuk dan tidak bermaya ketika di pejabat.

Berikut disenaraikan beberapa kebaikan tidur yang mencukupi yang bagus untuk tubuh manusia.

Wednesday, July 24, 2013

Cute Book Mark

Selamat bersua,

Cantik tak book mark aka penanda buku ini. Barang-barang pun mudah dan senang. Jom kita buat bersama boleh juga dihadiahkan kepada anak-anak kita.

Monday, July 22, 2013

Tips Turunkan Berat Badan

Info yang bermanfaat untuk dikongsi. Selamat mencuba.


10 Perkara Yang Boleh Merosakkan Otak

Salam semua,

Sealamat bertemu kembali.

Artikel ini Reen jumpa semasa tengah online FB. Lepas baca macam bagus juga untuk dikongsi dengan kengkawan semua. Kita sebagai manusia kadang-kadang terlepas pandang tentang beberapa perkara ini.
Jom kita baca dan kongsikan bersama untuk sama-sama mendapat keberkatan. Amin.


Sunday, July 21, 2013

Wild Fairy Pink Roses



Ini adalah Wild Pink Fairy Roses. Warnanya pink dan jenis yang tidak banyak lapis. Kalau berbunga pun kembangnya tidak lama, Cuma bertahan sehari sahaja. Kalau diikutkan sejarah pokok bunga Wild Fairy Pink Rose ini dah jauh sebenarnya ia berjalan. Mula-mula pokoknya Reen tanam dirumah emak Reen di kampung, lepas tu Reen tanam pulak di rumah mertua, lepas Reen berpindah ke rumah sendiri, Reen pun bawa la sepokok. Reen tanam kat atas tanah di tepi taman. Tak tahulah pulak ia cepat membiak dan membesar. Mungkin tanahnya sangat sesuai… maka meriahlah ia tumbuh merimbun.

Sangat senang sekali untuk menanam Wild Pink Fairy Roses ini kerana boleh ditanam dengan batang sahaja. Kalau ia berbunga sangat banyak dan begitu meriah sekali…Kerana pokoknya ditanam di atas tanah, jadi ia sangat subur dan sangat cepat membesar. Pertumbuhannya juga macam dah tak terkawal oleh kerana Reen tak sempat juga nak pruning pokoknya. Akhirnya minta hubby pruning secara besar-besaran gunakan gunting pokok besar. Habis kontot jadinya pokok Ros Wild Fairy Pink ini. Macam kesian la pulak lihat hanya ranting yang berceracak selepas dipruning.

Tapi tak apalah… sekejap saja dah keluar banyak pucuk-pucuk baru… lepas tu… kudup-kudup bunga muncul dah bunga pun keluar la. Mesti akan meriah sangat taman kecil Reen selepas ini.



Saturday, July 20, 2013

Cecil Brunner Ros aka Ros Pengantin


Sejak 2 minggu lalu Reen & hubby sampai rumah agak lewat petang, sekejap dah masuk waktu maghrib, jadi tidak sempatlah menjenguk kebun dan pokok-pokok ros yang telah dipruning oleh hubby last 2 weeks.


Hujung minggu yang lalu itupun ketika hari dah beransur petang, Reen baru sempat menjengah ke taman sekangkang kera… oppsss alangkah rasa gembiranya… sejambak Cecil Brunner Ros warna soft pink sudah mula memutikkan kudup bunga. Adalah lebih kurang dalam 7 hingga 10 kudup bunga… bahagia sangat. Beberapa ranting lagi mula mengeluarkan pucuk baru, so Reen buatla pincing kat pucuk ros tu, hopefully akan lebih banyak kudup baru keluar. Sebelum ini Cecil Brunner Ros ini ada juga berbunga, namun tidak sampai 5 atau 6 kuntum bunga sahaja.

Bunga Cecil Brunner ini ditanam tahun lepas diambil dari rumah jiran emak dikampung. Nak tanam sangat mudah iaitu dari keratan batang.

Sepintas lalu tentang Cecil Brunner Ros.

Cecil Brunner Ros juga dikenali sebagai Sweetheart Rose. Ia tumbuh berkelompok dan boleh mencapai ketinggian sehingga 4 meter. Selalunya Cecil Brunner Ros ini dijadikan pokok pagaran dan juga ditanam di pergola, gerbang dan sebagainya kerana ia adalah jenis memanjat. Ia akan berbunga di dalam bentuk cluster atau berjambak. Selalunya lebih dari 3 kuntum bunga di dalam satu jambak dan berbau agak wangi. Pokok ini adalah jenis yang tahan panas dan tahan kepada semua musim.


ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...