Saturday, February 25, 2012

My Sunflower Blooming
















Selepas entri sedih....kucing hilang. Ini entri lain pulak. Nak buat macam mana coz dah hilang. Life must go on. So teruskan ajela...

Entri ini tentang bunga matahari @ sunflower pulak. Benihnya diberi oleh kawan blogger En. Iskandar Abdul Rashid dari tanamsendiri@blogspot.com. Memang dah lama aku mengidam nak tanam sunflower but benih yang dibeli di supermarket selalu tak menjadi. Kadang2 tak hidup pun.


Anda tengok bunganya... besarkan ? Ini pokok yang ditanam di atas tanah kat garden sebelah rumah aku. Masa mula-mula semai ingatkan tak hidup coz tak berapa besar. Tapi selepas di transfer di atas tanah... mak oiiii... cepatnya membesar.


Hati rasa puas tengok bunga-bunga berkembang. Seindah & seceria matahari. Warna kuningnya begitu memukau. Gembira sangat... coz satu impian nak tanam sunflower dah tercapai tahun ini.

Sekarang ni pun... beberapa cabang baru tumbuh disisi dahan.. beberapa bunga mula mengeluarkan putik... beberapa hari lagi berkembang la tu...

Penuh taman dengan sunflower nanti.



No comments:

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...