Nama: Yesterday, Today, Tomorrow
Nama Saintifik: Brunfelsia pauciflora
Nama Lain: Brunfelsia biru, Morning-Noon-and-Night, Brunfelsia Floribunda
Spesies famili: Solanaceae
Asal: Brazil dan Afrika Selatan
Salam,
Selepas meng-goggle mencari apakah nama sebenarnya pokok yang dinamakan bunga Waikiki oleh penjual pokok yang aku beli hari itu, akhirnya aku dapat juga nama sebenarnya. Yesterday-Today-Tomorrow atan nama sainitifiknya Brunfelsia pauciflora @ Brunfelsia magnifica. Ia juga dikenali sebagai Sunday Morning atau Morning Noon Night.
Mula-mula sebelum membeli aku ingatkan ia bunga melur kerana berbau wangi. Bunga-bunganya memang berbau wangi semasa berkembang. Berdasarkan ciri-cirinya yang bertukar kepada 3 warna bunga ketika berkembang iaitu dari bunga yang pertama dalam ungu
lembut (lilac) kemudian kepada warna lavender
dan akhirnya pudar kepada warna putih. Oleh itu nama-nama semalam = mendalam lilac, hari ini = lavender
dan esok = putih.
Pokok renek Yesterday-Today-Tomorrow (Semalam-Hari ini dan Esok) bersaiz kecil kecil tetapi boleh mencapai ketinggian kira-kira 4-6 kaki. Ia perlu dicantas semula sekali atau dua kali setahun untuk mendapatkan bentuk dan menambahkan bilangan bunganya.
Aku ingatkan cuma terdapat di Malaysia rupa-rupanya pokok ini juga dapat hidup subur di South Florida Amerika Syarikat iaitu di kawasan beriklim tropika di Amerika Tengah dan Selatan. Ia dikatakan berasal dari Afrika Selatan tetpai ada yang mengatakan ia berasal dari Brazil.
Ia boleh dijadikan hiasan laman sebagai pokok pagaran dan pokok pasuan dan boleh membiak melalui keratan batang dan biji benih.Pokok ini dikatakan pokok yang ‘mesra’ iklim sederhana tetapi memerlukan air yang banyak serta cahaya matahari. Bagaimanapun, ketika musim panas ia lebih sesuai diletakkan di kawasan yang agak redup.
Bagaimanapun, di sebalik kecantikan fizikal dan baunya yang wangi, bunga Yesterday, Today, Tomorrow ini juga adalah tumbuhan yang beracun. Jika termakan, ia boleh menyebabkan mangsa mengalami pengeluaran air liur yang berlebihan, sesak nafas, sawan, anak mata menjadi besar serta pucat. Oleh kerana ia berbau harum, bunganya banyak digunakan untuk rawatan aromaterapi tetapi tiada khasiat perubatan yang diperoleh untuk spesies ini. Ada laporan jurnal yang menasihatkan supaya bunga ini dijauhkan daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan kerana dikhuatiri akan dimakan dan boleh menyebabkan keracunan.
2 comments:
Nama pokok ni YTT ... Sngkatan from Yesterday Today Tomorrow.... Bukan WAIKIKI ...
Betul tu namanya YTT. Waikiki tu maybe nama timang-timangan pokok tu oleh penjual bunga tu agaknya.
Reen pun dah google. Namanya Yesterday Today Tomorrow. Thanks for comments. Sama-sama kita hijaukan bumi.
Post a Comment