Bagaimana menjadikan rumahtangga bahagia selamanya. Ketahui 7
kunci penting buat suami isteri.
Komunikasi
Apa yang anda perlu lakukan adalah
luangkan masa untuk duduk bersama dan luahkan perasaan.
Gunakan peluang ini untuk berbincang
mengenai hal rumah tangga dan perancangan anda, apa yang anda berdua inginkan
dimasa hadapan.
Gunakan nada yang sesuai dan tenang
semasa berbincang mengenai masalah rumahtangga. Elak menggunakan nada tinggi
terhadap pasangan kerana dikhuatiri akan menyebabkan pergaduhan bertambah teruk.
Kejujuran
Sentiasa bersikap terbuka dan jujur
terhadap diri sendiri dan pasangan,elak menyimpan sebarang rahsia. berbincang
dan luahkan pada pasangan anda. Kebenaran sememangnya menyakitkan , tetapi
lebih baik dari sembunyikan. Ianya akan lebih menyakitkan jika kebenaran
diketahui di kemudian hari.
Memahami
Ini merupakan perkara yang agak
sukar. Memahami pasangan akan lebih mudah jika anda berdua mempunyai
komunikasi yang baik dalam rumahtangga.
Pergaduhan adakalanya disebabkan anda
tak memahami pasangan . Anda merasakan dirinya dan anda tak sehaluan.
Disuatu ketika anda mungkin akan
merasakan sangat berbeza dengan pasangan dan sukar untuk hidup bersama
dengannya.
Komunikasi memainkan peranan penting
untuk memahami pasangan. Kenali pasangan anda dengan sentiasa mendengar
pendapat dan pandangannya. Untuk memahaminya lebih baik, perhatikan dan ambil
berat setiap benda kesukaannya dan aktiviti paling disukainya.
Luangkan masa untuk bersama-sama
melakukan sebarang aktiviti kesukaannya ataupun ajak pasangan anda melakukan
aktiviti lain yang anda gemari.
Anda akan merasa lebih mudah untuk
melalui hidup bersama dan lebih bahagia.
Ego
Setiap orang mempunyai sikap
ego mereka sendiri. Sikap ini juga tak lari dari pasangan suami isteri.
Masing-masing enggan mengalah kerana merasakan dirinya betul. Tetapi untuk
mecapai perkahwinan yang bahagia dan kekal, sikap ini haruslah dibuang
jauh-jauh. Kedua-dua pihak haruslah sama-sama mengalah dalam suatu pergaduhan
ataupun masalah.
Percaya
Merupakan asas bagi sebuah hubungan
yang kukuh. Anda haruslah mempercayai pasangan anda. Terutamanya bagi suami
isteri yang tinggal berjauhan contohnya kerana urusan pekerjaan. Curiga dan
hilang kepercayaan akan menimbulkan pergaduhan diantara suami isteri.
Ini akan menyukarkan lagi terutamanya
pasangan yang tinggal berjauhan. Kerap bertelefon dan bertanyakan khabar pada
pasangan untuk menunjukkan anda mengambil berat tentang dirinya.
Ingat tarikh penting
Ingati hari-hari bahagia bersama
pasangan seperti tarikh pertunangan dan perkahwinan untuk mengimbau kembali
detik-detik permulaan hidup bersama.
Tidak salah jika anda membelikannya
hadiah atau menyediakan makan malam yang romantik untuknya. Anda akan merasakan
kebahagiaan dalam perkahwinan bersama pasangan.
Komitmen
Perkahwinan merupakan komitmen
ataupun ikatan di antara dua pasangan. Maka tak wujud lagi perkataan sendiri,
saya ataupun dia diantara suami isteri.
Anda berdua perlu bekerjasama
menentang segala cabaran hidup. Perkahwinan yang bahagia dan kekal adalah hasil
dari kerjasama yang kukuh antara dua pihak.
No comments:
Post a Comment