Friday, January 04, 2013

10 Tasik Bawah Tanah Yang Tercantik Di Dunia


Biasanya kalau disebut tasik, ianya akan berada di kawasan lapang, tepi-tepi gunung, dan 
kawasan hutan di atas tanah. Tetapi sebenarnya, ada juga tasik-tasik yang letaknya di bawah
tanah dan di dalam gua.

Berikut adalah gambar-gambar tasik bawah tanah yang tercantik di dunia. Jika anda ada senarai

 tasik bawah tanah yang lagi cantik, sila beritahu deh :)

1 - Tasik bawah tanah di Gua Mellisani
Mellisani Caves - [amazingdata.com]


Tasik bawah tanah di Mellisani Caves ini, berhampiran Kefalonia, ditemui apabila bumbung

 gua runtuh selepas gempa bumi pada tahun 1953.

2 - Tasik bawah tanah di Cheddar Gorge


Cheddar Gorge - [bestourism.com]


Jurang Cheddar @ Cheddar Gorge adalah jurang terbesar di Britain dan ditemui dalam Gua Cheddar, 

di mana rangka lengkap manusia yang tertua di UK ditemui pada tahun 1903. Mayat itu 
dianggarkan berusia 9,000 tahun.

3 - Tasik bawah tanah di Hamilton Pool

Hamilton Pool - [bestourism.com]

Kolam Hamilton @ Hamilton Pool di Austin, Texas, telah dicipta agak secara alamiah apabila 

kubah gua bawah tanah runtuh mendedahkan kolam yang menakjubkan ini.

4 - Tasik bawah tanah di Reed Flute Cave

Reed Flute Cave - [travelpod.com]

Gua Reed Flute @ Reed Flute Cave di Guilin, China ditemui semasa Dinasti Tang hampir

1,300 tahun lalu.

5 - Tasik bawah tanah di Luray Caverns, Virginia

Luray Caverns - [amazingdata.com]

Stalagtit menghiasi bumbung Luray Caverns, Virginia, bersama dengan air tasik yang sangat 

tenang memberikan satu refleksi yang sempurna.

6 - Tasik bawah tanah di Wookey Caves, England

Wookey Caves

Lagenda mengatakan bahawa orang-orang gua awal mendiami Gua Wookey @ Wookey Caves 

di Somerset, England.

7 - Tasik bawah tanah di Lechuguilla Cave

Lechuguilla Cave - [whatafinecave.com]


Gua Lechuguilla @ Lechuguilla Cave di Carlsbad Caverns National Park, New Mexico 

merupakan gua yang kelima terpanjang ditemui iaitu 120 batu panjang dan kedalaman 
489 meter, menjadikannya paling dalam di benua Amerika Syarikat.

8 - Tasik bawah tanah di Macan Ché

Macan Che - [amazingdata.com]

Tasik bawah tanah Macan Che berhampiran Semenanjung Yucatán merupakan 

alah satu daripada banyak yang dianggap sebagai hadiah dari tuhan oleh kaum Maya, 
dan oleh itu ianya suci.

9 - Tasik bawah tanah di Mexico

Tasik bawah tanah Mexico - [wonderfulinfo.com]

Aliran batu kapur ke dalam tasik bawah tanah di Mexico ini menyerupai air terjun 

bertukar menjadi batu. Mungkin istilah Ratu Ais @ Ice Queen mengambil 
sempena gua khusus ini.

10 - Tasik bawah tanah di Banff, Kanada

Tasik bawah tanah di Banff - [amazingdata.com]

Ada air terjun kecil di tasik bawah tanah di Banff, Kanada ini.

No comments:

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...