Thursday, February 03, 2011

Adenium Obesum














Adenium Obesum...apa tu?

Mula-mula tak tahu juga apa bendanya.. maklum la belum kenal lagi. Memang pernah tengok pokoknya udah lama cuma tak tahu apa namanya aje. Actually itulah Kemboja Cina @ Desert Rose. Bunganya macam-macam warna.. merah terang, berlapis-lapis, kuning, pink, maroon, putih etc... ikhs... sukanya.. Dah la pokoknya cute comel ala-ala bonsai gitu. Sebab tu la.. berkobar-kobar nak tunggu pokok tu nak besar. Lama tu nak tunggu...

Lepas ke Lee Nurseri on Saturday, on Sunday aku teruskan proses re-pot 3 pokok adenium tu.. alamak 2 tahun nak kena tunggu bunga...Aku pilih 3 pokok yang terbaik.. Even yang satu tu saiznya agak kecil tapi dek kerana bentuk dan rantingnya yang cantik dan banyak aku ambil juga.. tanya hubby.. dia kata yang tu cantik kalau besar nanti sebab rantingnya boleh dibentuk nanti. Yang satu lagi satu batang jer. Tapi ikut kata pekerja Vietnam tu dan pembacaan aku.. bila dah besar sikit boleh dipotong dan biarkan tunas baru muncul..lagi cantik nanti.
Menggoogle...merayap kat blog2... akhirnya ku temui blog yang cukup terperinci tentang pokok adenium nie... http://www.afifiramli.com/ dan beberapa blog lain.

Banyak yang saudara Afifi kongsikan tentang adenium.. from beginner sampai buat grafting, rawatan dan jagaan khas adenium sakit.. memang complete la..

Jalan-jalan ke website http://www.adeniumseeds.com/ dari Thailand. Warna-warna bunganya adoii... tak boleh tahan la..bermacam-macam warna. Ini sebahagian ihsan gambar dari website adenium.com ... cuba layan. cukup mengancam.

Oleh kerana aku dan beli 3 pokok adenium masa ke nurseri hari tu.. jadi kena belajar la macam mana nak menjaganya.. maklum la budak baru belajar. Dari A to Z la nampaknya...

Nampaknya Adenium ni ada penggemarnya juga.. kalau dibentuk cantik-cantik memang mahal harganya. Dah tanya kat tauke nurseri.. pokok adenium dia yang memang fuhh cantik dari puluhan sampai ribuan ringgit..tapi nak bentuk2 cantik ni ambil masa lama ikut kata tauke tu la.

Kena sabar baru pokok tumbuh dan berbunga dengan cantik.

2 comments:

Autumn Belle said...

Banyaknya warna bunga adenium di sini. Sungguh cantik and sihat. Saya juga suka Desert Ros.

Wan Azreen Ariff said...

Thanks Autumn Belle.. baru belajar2 tanam adenium nie. so sad tadi satu anak adenium dah mati coz hujan lebat beberapa hari lepas..ubi jadi busuk.

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...