Sabtu yang lalu aku ke Lee Nursery di kawasan Mengkuang dekat dengan Empangan Mengkuang. Masuk ajer apa yang aku cari ialah pokok roses laa.... ahh... banyaknya roses yang Mr. Lee tanam dalam nurseri dia, merah terang, marron, kuning, putih, oren dll. Memang mekar betul bunga-bunga ros dia... penuh satu nurseri... geramnya.. kalau la ros kat umah aku camni... syok betul nie. Ingatkan adalah anak-anak pokok yang macam dia tanam tu... alamak dah abis pulak. Yang tinggal cuma ros merah dan pink terang yang bunganya saiz setengah tapak tangan. Besar juga bunganya. Ikut kata pekerja Vietnam kat situ... bunga ros ni tahan panas tak macam ros hibrid yang akan jadi bunga kecik lepas 1st blooming..
Jalan-jalan... Hubby cari pokok amra & anggur... tapi pokok amra & anggur hitam kurus sangat pokoknya.. takut bila dah beli dan balik tanam mati pulak.. so tunggu next time jer la..tunggu besar sikit.
Menyelusuri terus ke dalam nurseri banyak pokok orkid berbagai jenis termasuk orkid hutan pun ada, ada adenium @ kemboja cina, dahlia, bunga kertas, hydragea.. sebut aja nak bunga apa...sure ada. Sampai ada beberapa pokok bunga yang tak pernah aku nampak pun ada.
Akhirnya selepas kata dicapai... aku cuma beli 2 pokok roses warna merah & pink terang, 3 pokok anak Adenium (3 warna - pink terang, maroon,soft pink) yang kena bela 2 tahun untuk berbunga, sepasu pokok ati-ati, 2 pokok bunga dahlia... itu projek hujung minggu kerana perlu pindahkan pasu baru...
Walau apa pun hajat termakbul coz dah dapat apa yang aku inginkan... tambah koleksi pokok-pokok bunga ditaman comel aku...projek hijaukan bumi...terima kasih hubbyku sayang.. next time boleh bawa lagi...muah-muaaahh..
No comments:
Post a Comment