Saturday, January 28, 2012

Orkid Merpati





Gila orkid sudah menjadi-jadi. Dari yang kena beli dan yang jumpa kat dahan aku pantang tengok. Kalau yang dijual kalau tak beli pun cuci mata pun jadilah. Yang penting puas hati. Balik kampung hari tu aku jumpa pokok Orkid Merpati @ Pisang Musang (nama ni ayah aku yang cakap).

Pokok orkid tu dah hidup lama atas pokok asam gelugor. Oleh kerana kawasan rumah lama keluarga aku dah nak diratakan untuk projek tebatan banjir, jadi pokok tu mungkin akan kena tolak dengan jentolak. So, minta beloved hubby ambilkan pokok Orkid Merpati tu untuk dibawa balik ke rumah.Balik ke rumah aku buatkan rumah baru dia. Bahan-bahannya- sekeping kayu lama, sedikit sabut,tali dan sedikit usaha.

Pokok orkid tu aku ikatkan bersama sabut dikayu lama. Aku ikat baik2 supaya tak jatuh dan stabil. Harap-harap akar dia dapat mencengkam tempat baru tu dan terus hidup di seperti habitat asalnya. Kayu tu aku gantung dekat dahan pokok ceri depan rumah tepi pintu pagar masuk. Tak panas sangat coz dibawah teduhan pokok ceri.

Sebahagian dari ranting-ranting orkid merpati yang panjang aku telah potong sikit dan lekat pada ranting pokok ceri yang aku potong dan letak di dalam pasu. So.... ala-ala pokok tumpang la. Kat batang pokok ceri tu aku juga letakkan pokok orkid butterfly, oncidium dan pokok orkid merpati. Jadi ini kira eksperimen la. My hubby mula-mula gelak-gelak.. tapi terpaksa la terima. Ini la aku kata idea kreatif...

No comments:

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...