![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdbbpQvugTTY6f9iBkK_wCLCQs7U8alOjM2I-trJlkM0W7rSZUrvMRC2B66qIorcPrxqOYJOEHV7AMD01-ml6X5WRTA0Gxnm7ykrcRlM_Z2CggW87Nu0FFiaUHxTMt7zRPWvqSb7V2pCrT/s320/100_2124a.jpg)
Cerita aku tentang orkid memang sudah lama tapi belum memulakan koleksi besar-besaran. Namun semenjak orkid "Spider" yang ditanam hampir setahun yang lalu berbunga, hati terus membuak-buak nak meneruskan koleksi orkid. Rasanya berbaloi melihat orkid spider berbunga hampir 2 minggu. Walaupun rasa lama betul menunggu orkid ni bebrbunga... namun rasa puas. Walaupun terpaksa menunggu lama tapi berkat kesabaran akhirnya dia berbunga juga.
Kira-kira ada 10 bunga orkid dalam setangkai. Eeeeiiii.......sukanya.
Sekarang aku memulakan orkid yang paling mudah & tahan lasak... orkid mokara. Ada 3 jenis yang aku beli semasa Ekspo Majlis Perbandaran Kulim hujung tahun lalu. Cuttingnya harga RM 6.00, dibeli dari Nurseri orkid dari Sungai Tengas, Kulim. Warna Red, Yellow & Purple.
Hopefully hidup la.
No comments:
Post a Comment