Monday, December 03, 2012


Penangan  Cili Habanero



Ini adalah kisah tentang tentang Cili Habanero. Semasa shopping kat Carrefour Seberang Jaya tetiba mata terpandang cili ni yang comel sangat sederet dengan salad dan sayur-sayuran lain. Panggil my hubby… cakap kat dia, boleh tak nak beli cili yang cute ni. Memang first time tengok cili secomel ni dan tak tahu pun pedas ker tidak.

So dah balik kat umah try le masak telur dadar & mix sebiji Cili Habanero ni. Bijinya saya buang coz dari awal memang nak semai biji benihnya. So saya pun pegang & belah cili tu macam cili-cili yang lain. Siap guna tangan lagi korek biji cili tu. Ok dah siap asingkan biji benih dan kulit cili.

Dah nak buat telur dadar, macam biasa la potong bawang, masuk cili… telur dan garam. Pukul-pukul… dan masuk kuali. Dah siap masak… so dinner time. Dah cakap dengan my hubby… telur dadar ni campur ngan cili yang beli tadi tu. So dia kata ok.

So… kita pun makan dinner. Saya yang dulu ambil telur dadar tu.. dan makan. So hubby tanya camna.. ok ker? Saya pun kata… ok la.. tapi pedas juga. So makan lagi.. auwwww… akhirnya makcik surrender… dah tak boleh pergi dah. Bukan pedas sket… ayo—ayo… pedas gila tu, terdiam tak boleh bercakap. My hubby tanya kenapa stop… saya cakap try la.. telur dadar tu. Sedap sangat.

My hubby pun ambil la sepotong, nyum…nyum…. Akhirnya dia pun buat muka… mak ooiiii.. pedasnya. Kalau kata cili padi pedas… ini memang lagi pedas. Akhirnya telur dadar tu kita berdua tengok jer la.. Nak makan tak terdaya nak lawan kepedasannya. Besoknya telur tu terpaksa masuk tong sampah coz dah tak terhabis nak makan.

Malam tu… tangan saya pijar sepanjang malam. Nak buat macam mana... bak kata Sudin dalam Cerita Bujang Lapok.. Dah nasib badan........



Ini adalah fakta tentang cili Habanero ini.

Cili Habanero, antara cili terpedas didunia. Jika dibandingkan dengan cili terpedas didunia iaitu cili Bhut Jolokia ( dengan nilai kepedasan 1,001,034 unit Scoville), cili Habanero hanya mempunyai kadar kepedasan sekitar 580,000 unit Scoville. Bagi sesiapa yang kurang pasti bagaimana kepedasan mengikut unit Scoville, cili padi yang kita buat sambal belacan tu mempunyai kadar kepedasan sekitar 100,000 unit Scoville.

Patutla... makcik terasa pedas sampai tak tercerita.


2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum. Cili ni memang pedas melampau jika dibandingkan dengan cili padi. Saya memang agak biasa dengan pedas, so habanero ni biasanya saya jadikan ulam segar untuk makan dengan nasi. Saya ada menanam pokok cili ini di rumah just suka-suka sahaja. Ada masa boleh la singgah di malaysiahabanero.blogspot.com.

Anonymous said...

Saya pun penggemar habanero. sedap dan wangi :)

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...