Saturday, January 05, 2013

Friday, January 04, 2013

Khasiat Bunga


Bunga merupakan sebahagian dari tanaman. Selain cantik, bunga juga kaya dengan hormon tanaman. Kerana adanya berbagai faktor, bunga digunakan di seluruh dunia dalam pengubatan popular dan tradisional.

Kekuatan bunga dapat digunakan sebagai sebagai infusion atau penambah cairan (biasanya teh bunga atau buah). Bunga juga dapat digunakan sebagai ubat untuk masalah kulit dan sebagai aroma terapi untuk berbagai penyakit.

Bunga juga berperanan sebagai moderator suasana hati yang sihat kerana bunga berimpak langsung pada kebahagiaan, memiliki pengaruh positif jangka panjang pada suasana hati dan membuat hubungan semakin intim. Disingkap dari Lifemojo, selain manfaat emosional, bunga juga dapat memiliki pengaruh yang jauh lebih nyata pada tubuh manusia, antara lain:

1. Mawar
Rose atau mawar merupakan bunga yang sangat popular sebagai ubat semulajadi. Mawar sering digunakan dalam bentuk minuman untuk menyembuhkan hati dan usus, terutama dalam hal buang air besar, kandung empedu dan hati. Hal ini seharusnya sangat baik dalam masalah empedu. Aroma satu bouquet bunga mawar juga dapat meningkatkan ketenteraman hati.


2. Marigold
Kelopak bunga Marigold digunakan untuk membuat ubat pencuci mata yang sangat baik. Marigold juga digunakan dalam pengobatan homeopati dan konvensional sebagai sapuan untuk penyembuhan luka. Marigold memiliki antiseptik, stimulan dan sifat anti-fungus.

3. Dandelion
Cairan dandelion dapat membantu mengubati anemia, penyakit kuning dan gugup. Ini juga dapat menyucikan darah. Dandelion dipercaya dapat membantu banyak untuk masalah diet serta kekurangan zat kerana mengandung vitamin A dan kalium, bahkan dikatakan dandelion lebih berzat dari brokoli atau bayam.

4. Krisantimum
Minuman yang terbuat dari bunga krisantimum dapat membantu mengubati flu, demam, sakit kepala dan darah tinggi. Jus krisantimum yang dioleskan ke atas kelopak mata juga dapat mengubati pembengkakan dan kemerahan mata yang terjadi kerana pencemaran.

5. Bunga matahari
Cairan bunga matahari dapat mengurangkan senggugut dan bisul. Berkumur dengan cairan bunga matahari juga dipercaya dapat mengurangi sakit tekak dan tonsil. Dikutip dari Healthmad, bahagian lain dari tanaman bunga matahari yang juga bermanfaat adalah daunnya. Bahagian ini mampu meredakan asma dan batuk karena bronkitis, bahkan boleh menyembuhkan luka dan jangkitan.

6. Bunga Sedap MalamBunga sedap malam dikenalpasti dapat memperbaiki ketenangan fikiran seseorang. Bunga ini boleh membuka chakra mahkota, sehingga memperbaiki kekuatan fizikal seseorang. Sedap malam juga memperkuat inspirasi artistik dalam diri seseorang kerana kemampuannya menstimulasi sisi kanan otak yang mentadbir bahagian kreativiti. Dari stimulasi di otak kanan itu sedap malam memberi ketenangan di fikiran dan hati.



7. Bunga Cempaka

Bunga cempaka kuning khasiatnya adalah sesuai untuk wanita selepas bersalin, kencing tidak lawas dan demam selsema. Untuk cempaka putih pula, pokok ini berguna untuk merawat pitam, bisul dan bronchitis atau radang tengkok.


8. Bunga Kenanga

Sekuntum bunga kenanga terdiri dari 6 lembar daun dengan mahkota berwarna kuning serta dilengkapi 3 lembar daun berwarna hijau. Bunga kenanga dikenalpasti telah digunakan secara turun temurun untuk mengubati penyakit Malaria, Asma, Sesak nafas, Bronkhitis serta digunakan sebagai jamu bagi wanita bersalin.


9. Bunga Melati


Khasiat bunga melati untuk kesihatan ternyata berkesan selain harum baunya juga sangat banyak manfaatnya. Kandungan kimia yang terdapat dalam bunga melati dan daunnya adalah livalylacetaat, benzyl dan indol yang dipercayai boleh mengubati demam berdarah, demam, sakit kepala, sakit mata, radang usus, radang ginjal, sesak nafas, menghentikan susu ibu yang keluar berlebihan, bengkak akibat sengatan lebah, cirit birit dan sakit perut.


ADAT MANDI BUNGA

Di dalam masyarakat melayu adat mandi bunga dipercayai dapat memberi beberapa manfaat yang diambil dari sifat bynga tersebut yang cantik berwarna warni serta harum. Brikut antara beberapa kepercayaan dan khasiat mandi bunga yang diamalkan oleh masyarakat melayu kita:

1.    Penghidup Raga
Raga bermaksud jasad atau tubuh badan. Pada mana-mana individu yang tidak memiliki tahap kesihatan yang unggul maka kesan ‘sakit’ akan mulai kelihatan pada raut wajah yang menampakkan suram dan kusam atau rata-rata masyarakat menyebutnya sebagai wajah yang tidak berseri. Mandian Mandi Bunga Seri Wajah pada kali pertama dengan khasiatnya akan memulihkan kembali aura organ-organ pada tubuh badan sehingga organ-organ tersebut akan berfungsi sebagaimana yang sepatutnya. Kesan daripada kerja-kerja pemulihan dalaman yang berkerja secara aktif ini seseorang itu akan berasal lemah-lemah badan, lesu badan atau sakit-sakit badan dalam tempoh yang tidak lama. Oleh itu janganlah anda khuwatir jika anda mengalami gejala-gejala tersebut apabila anda selesai mandi sebaliknya banyakkan minum air masak dan berehatlah secukupnya.

2.    Penghidup Daya
Daya bermaksud upaya atau tenaga. Apabila organ-organ telah mulai berkerja dengan baik dan harmoni maka tubuh badan akan sihat. Mandian Mandi Bunga Seri Wajah kali kedua dengan khasiat bunga-bungaan akan mendatangkan tenaga tambahan pada sipengamalnya. Sebab itulah rata-rata pengamal akan mulai rasa segar dan rasa bertenaga sejurus selepas mandi tanpa ada mengalami rasa lemah, lesu dan sakit. Namun ada juga pengamal yang masih mengalami gejala lemah, lesu dan sakit selepas mandi kali kedua atau kali ketiga maka ini adalah perkara biasa sebab selagi organ-organ dalaman seseorang itu masih belum pulih maka selagi itulah mandian seterusnya akan berfungsi sebagai Penghidup Raga.

3.    Penghidup Seri.
Seri bermaksud hidup. Menurut petua orang tua-tua, selagi tubuh berdarah maka selagi itulah tubuh akan hidup maka dari situ dikatakan darah sebagai pemegang rahsia ‘hidup’. Oleh itu tubuh yang mati adalah tubuh yang tiada darah didalamnya dan begitu jugalah dengan wajah yang suram dan kusam adalah wajah yang kurang darah mengalir padanya sehingga kulit pada wajah kelihatan tidak ‘hidup’. Mandian Mandi Bunga Seri Wajah kali ketiga dan seterusnya akan menghidupkan wajah dengan merangsang pengaliran darah secara menyeluruh terutama dibahagian muka dan dengan mengekalkan amalan mandi bunga secara rutin sebenarnya anda telah berjaya mengekalkan seri pada wajah anda secara berterusan.

Namun apabila melakukan adat mandi bunga ini haruslah menjaga akidah kita dan mentauhidkan diri bahawa segala khasiat itu datangnya dari Allah Taala Azza Wajalla dan bukanlah dari kesaktian bunga itu atau dari pembuat air mandian itu..


10 Tasik Bawah Tanah Yang Tercantik Di Dunia


Biasanya kalau disebut tasik, ianya akan berada di kawasan lapang, tepi-tepi gunung, dan 
kawasan hutan di atas tanah. Tetapi sebenarnya, ada juga tasik-tasik yang letaknya di bawah
tanah dan di dalam gua.

Berikut adalah gambar-gambar tasik bawah tanah yang tercantik di dunia. Jika anda ada senarai

 tasik bawah tanah yang lagi cantik, sila beritahu deh :)

1 - Tasik bawah tanah di Gua Mellisani
Mellisani Caves - [amazingdata.com]


Tasik bawah tanah di Mellisani Caves ini, berhampiran Kefalonia, ditemui apabila bumbung

 gua runtuh selepas gempa bumi pada tahun 1953.

2 - Tasik bawah tanah di Cheddar Gorge


Cheddar Gorge - [bestourism.com]


Jurang Cheddar @ Cheddar Gorge adalah jurang terbesar di Britain dan ditemui dalam Gua Cheddar, 

di mana rangka lengkap manusia yang tertua di UK ditemui pada tahun 1903. Mayat itu 
dianggarkan berusia 9,000 tahun.

3 - Tasik bawah tanah di Hamilton Pool

Hamilton Pool - [bestourism.com]

Kolam Hamilton @ Hamilton Pool di Austin, Texas, telah dicipta agak secara alamiah apabila 

kubah gua bawah tanah runtuh mendedahkan kolam yang menakjubkan ini.

4 - Tasik bawah tanah di Reed Flute Cave

Reed Flute Cave - [travelpod.com]

Gua Reed Flute @ Reed Flute Cave di Guilin, China ditemui semasa Dinasti Tang hampir

1,300 tahun lalu.

5 - Tasik bawah tanah di Luray Caverns, Virginia

Luray Caverns - [amazingdata.com]

Stalagtit menghiasi bumbung Luray Caverns, Virginia, bersama dengan air tasik yang sangat 

tenang memberikan satu refleksi yang sempurna.

6 - Tasik bawah tanah di Wookey Caves, England

Wookey Caves

Lagenda mengatakan bahawa orang-orang gua awal mendiami Gua Wookey @ Wookey Caves 

di Somerset, England.

7 - Tasik bawah tanah di Lechuguilla Cave

Lechuguilla Cave - [whatafinecave.com]


Gua Lechuguilla @ Lechuguilla Cave di Carlsbad Caverns National Park, New Mexico 

merupakan gua yang kelima terpanjang ditemui iaitu 120 batu panjang dan kedalaman 
489 meter, menjadikannya paling dalam di benua Amerika Syarikat.

8 - Tasik bawah tanah di Macan Ché

Macan Che - [amazingdata.com]

Tasik bawah tanah Macan Che berhampiran Semenanjung Yucatán merupakan 

alah satu daripada banyak yang dianggap sebagai hadiah dari tuhan oleh kaum Maya, 
dan oleh itu ianya suci.

9 - Tasik bawah tanah di Mexico

Tasik bawah tanah Mexico - [wonderfulinfo.com]

Aliran batu kapur ke dalam tasik bawah tanah di Mexico ini menyerupai air terjun 

bertukar menjadi batu. Mungkin istilah Ratu Ais @ Ice Queen mengambil 
sempena gua khusus ini.

10 - Tasik bawah tanah di Banff, Kanada

Tasik bawah tanah di Banff - [amazingdata.com]

Ada air terjun kecil di tasik bawah tanah di Banff, Kanada ini.

Thursday, January 03, 2013

Cute Food... Yummy

Makanan Comel. Macam sayang pulak nak makan kalo camni.
Foto ehsan pakcik Google.


Cute Food

Sushi - Fakta Tentang Sushi

Sushi Lorry. So Cute...

Sushi... ini adalah salah satu fav. food Reen & hubby. 

Jom Kita Selongkar Fakta Tentang Sushi

Sushi (鮨, 鮓) adalah makanan Jepun yang terdiri dari nasi yang dibentuk bersama lauk (neta) berupa makanan laut, daging, sayuran mentah atau sudah dimasak. Nasi sushi mempunyai rasa masam yang lembut kerana terdapat di dalamnya campuran cuka beras, garam, & gula

Sejarah Sushi
Konon kebiasaan mengawetkan ikan dengan menggunakan beras dan cuka berasal dari daerah pegunungan di Asia Tenggara.

Dasar ilmiah di balik proses fermentasi ikan yang dikemas di dalam nasi ialah bahawa cuka yang dihasilkan dari fermentasi nasi menguraikan asam amino dari daging ikan. Hasilnya ialah salah satu dari lima rasa dasar, yang disebut umami dalam bahasa Jepun.

Pada zaman dulu, orang Jepun mungkin kuat makan kerana sushi selalu dihidangkan dalam kuantiti yang besar. Sushi sebanyak 1 kan (1 porsi) setara dengan 9 kan (9 porsi) sushi zaman sekarang, atau kira-kira sama dengan 18 kepal sushi (360 gram). Satu porsi sushi zaman dulu yang disebut ikkanzushi mempunyai neta yang terdiri dari 9 jenis makanan laut atau lebih.

Pada masa itu, teknik pendinginan ikan masih belum maju. Akibatnya, ikan yang diambil dari laut sekitar Jepang harus diolah lebih dulu agar tidak rusak bila dijadikan sushi.

Sampai tahun 1970-an sushi masih merupakan makanan mewah. Rakyat biasa di Jepun hanya makan sushi untuk merayakan acara-acara khusus, dan terbatas pada sushi yang dihantar.

Walaupun rumah makan kaitenzushi yang pertama sudah dibuka tahun 1958 di Osaka, penyebarannya ke daerah-daerah lain di Jepun memakan waktu lama. Makan sushi sebagai acara seluruh anggota keluarga terwujud di tahun 
980-an sejalan dengan makin meluasnya kaitenzushi.

Keberhasilan kaitenzushi mendorong perusahaan makanan untuk memperkenalkan berbagai macam jenis sushi instan yang memudahkan suri rumah tangga membuat sushi di rumah. chirashizushi atau temakizushi dapat dibuat dengan bahan segera ditambah nasi, makanan laut, tamagoyaki dan nori

Jenis Sushi :

Nigirizushi

Makanan laut segar (biasanya mentah) diletakkan di atas nasi yang dibentuk dengan meletakkan nasi di telapak tangan yang satu dan membentuknya dengan jari-jari tangan yang lain. Nori sering dipakai untuk mengikat neta agar tidak terlepas dari nasi. Lauk yang diletakkan di atas sushi juga bisa dalam keadaan matang seperti tamagoyaki atau belut unagi dan belut anago yang sudah dipanggang

Makizushi


Sushi berupa gulungan nasi berisi potongan mentimun, tamagoyaki dan neta lain yang dibungkus lembaran nori. Nasi digulung dengan bantuan sudare (anyaman bambu bentuk persegi panjang).

Makizushi dibagi menjadi:
Hosomaki: gulungan berdiameter minimum 3 cm hanya berisi satu jenis neta (misalnya mentimun atau tuna)
Futomaki: gulungan berdiameter di atas 5 cm berisi berbagai macam neta.
Temakizushi: nasi digulung sendiri dengan nori sebelum dimakan, neta juga dipilih sendiri dari piring.

Chirashizushi



Nasi sushi dimakan bersama neta berupa makanan laut dan sayur-sayuran yang dipotong kecil-kecil. Nasi sushi tidak dibentuk melainkan diisikan ke dalam bekas dari kayu, piring atau mangkuk. Chirashizushi merupakan salah satu masakan rumah yang popular di Jepununtuk memperingati hari-hari istimewa seperti ulang tahun anak-anak dan perayaan Hina Matsuri.

shizushi



Nasi disusun bersama neta yang ditekan untuk sementara waktu dengan maksud memadatkan nasi agar sushi yang dihasilkan berbentuk persegi panjang yang lalu dipotong-potong agar mudah dinikmati. Oshizushi ada juga yang dibungkus daun bambu lalu dipres untuk sementara waktu, antara beberapa jam sampai satu malam.

Narezushi



Sushi zaman kuno adalah ikan yang dilumuri garam dan nasi, lalu dibiarkan hingga terfermentasi. Ada pula narezushi yang ditambah ragi untuk membantu proses fermentasi

Inarizushi



Nasi sushi dibungkus aburage yang sebelumnya sudah dimasak bersama kecap asin dan gula. Inarizushi tidak berisi ikan atau lauk lain karena aburage sudah merupakan sumber protein


Tuesday, January 01, 2013

Selamat Tahun Baru 2013.


Salam semua,

Pejam celik, pejam celik kita dah masuk tahun baru 2013. Sekejap saja setahun masa berlalu. So.. sempena tahu baru 2013. Apa azam baru? Dah tertunaikah azam-azam 2012?
Adakah azam masih tinggal azam.

Walau apa pun, sempena tahun baru 2013 ini, Reen sekeluarga mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 untuk semua kengkawan, family dan yang mengenali. 



 

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...