Bunga merupakan sebahagian dari tanaman. Selain cantik, bunga juga kaya dengan hormon tanaman. Kerana adanya berbagai faktor, bunga digunakan di seluruh dunia dalam pengubatan popular dan tradisional.
Kekuatan bunga dapat digunakan sebagai sebagai infusion atau penambah cairan (biasanya teh bunga atau buah). Bunga juga dapat digunakan sebagai ubat untuk masalah kulit dan sebagai aroma terapi untuk berbagai penyakit.
Bunga juga berperanan sebagai moderator suasana hati yang sihat kerana bunga berimpak langsung pada kebahagiaan, memiliki pengaruh positif jangka panjang pada suasana hati dan membuat hubungan semakin intim. Disingkap dari Lifemojo, selain manfaat emosional, bunga juga dapat memiliki pengaruh yang jauh lebih nyata pada tubuh manusia, antara lain:
1. Mawar
Rose atau mawar merupakan bunga yang sangat popular sebagai ubat semulajadi. Mawar sering digunakan dalam bentuk minuman untuk menyembuhkan hati dan usus, terutama dalam hal buang air besar, kandung empedu dan hati. Hal ini seharusnya sangat baik dalam masalah empedu. Aroma satu bouquet bunga mawar juga dapat meningkatkan ketenteraman hati.
2. Marigold
Kelopak bunga Marigold digunakan untuk membuat ubat pencuci mata yang sangat baik. Marigold juga digunakan dalam pengobatan homeopati dan konvensional sebagai sapuan untuk penyembuhan luka. Marigold memiliki antiseptik, stimulan dan sifat anti-fungus.
3. Dandelion
Cairan dandelion dapat membantu mengubati anemia, penyakit kuning dan gugup. Ini juga dapat menyucikan darah. Dandelion dipercaya dapat membantu banyak untuk masalah diet serta kekurangan zat kerana mengandung vitamin A dan kalium, bahkan dikatakan dandelion lebih berzat dari brokoli atau bayam.
4. Krisantimum
Minuman yang terbuat dari bunga krisantimum dapat membantu mengubati flu, demam, sakit kepala dan darah tinggi. Jus krisantimum yang dioleskan ke atas kelopak mata juga dapat mengubati pembengkakan dan kemerahan mata yang terjadi kerana pencemaran.
5. Bunga matahari
Cairan bunga matahari dapat mengurangkan senggugut dan bisul. Berkumur dengan cairan bunga matahari juga dipercaya dapat mengurangi sakit tekak dan tonsil. Dikutip dari Healthmad, bahagian lain dari tanaman bunga matahari yang juga bermanfaat adalah daunnya. Bahagian ini mampu meredakan asma dan batuk karena bronkitis, bahkan boleh menyembuhkan luka dan jangkitan.
6. Bunga Sedap MalamBunga sedap malam dikenalpasti dapat memperbaiki ketenangan fikiran seseorang. Bunga ini boleh membuka chakra mahkota, sehingga memperbaiki kekuatan fizikal seseorang. Sedap malam juga memperkuat inspirasi artistik dalam diri seseorang kerana kemampuannya menstimulasi sisi kanan otak yang mentadbir bahagian kreativiti. Dari stimulasi di otak kanan itu sedap malam memberi ketenangan di fikiran dan hati.
7. Bunga Cempaka
Bunga cempaka kuning khasiatnya adalah sesuai untuk wanita selepas bersalin, kencing tidak lawas dan demam selsema. Untuk cempaka putih pula, pokok ini berguna untuk merawat pitam, bisul dan bronchitis atau radang tengkok.
8. Bunga Kenanga
Sekuntum bunga kenanga terdiri dari 6 lembar daun dengan mahkota berwarna kuning serta dilengkapi 3 lembar daun berwarna hijau. Bunga kenanga dikenalpasti telah digunakan secara turun temurun untuk mengubati penyakit Malaria, Asma, Sesak nafas, Bronkhitis serta digunakan sebagai jamu bagi wanita bersalin.
9. Bunga Melati
Khasiat bunga melati untuk kesihatan ternyata berkesan selain harum baunya juga sangat banyak manfaatnya. Kandungan kimia yang terdapat dalam bunga melati dan daunnya adalah livalylacetaat, benzyl dan indol yang dipercayai boleh mengubati demam berdarah, demam, sakit kepala, sakit mata, radang usus, radang ginjal, sesak nafas, menghentikan susu ibu yang keluar berlebihan, bengkak akibat sengatan lebah, cirit birit dan sakit perut.
ADAT MANDI BUNGA
Di dalam masyarakat melayu adat mandi bunga dipercayai dapat memberi beberapa manfaat yang diambil dari sifat bynga tersebut yang cantik berwarna warni serta harum. Brikut antara beberapa kepercayaan dan khasiat mandi bunga yang diamalkan oleh masyarakat melayu kita:
1. Penghidup Raga
Raga bermaksud jasad atau tubuh badan. Pada mana-mana individu yang tidak memiliki tahap kesihatan yang unggul maka kesan ‘sakit’ akan mulai kelihatan pada raut wajah yang menampakkan suram dan kusam atau rata-rata masyarakat menyebutnya sebagai wajah yang tidak berseri. Mandian Mandi Bunga Seri Wajah pada kali pertama dengan khasiatnya akan memulihkan kembali aura organ-organ pada tubuh badan sehingga organ-organ tersebut akan berfungsi sebagaimana yang sepatutnya. Kesan daripada kerja-kerja pemulihan dalaman yang berkerja secara aktif ini seseorang itu akan berasal lemah-lemah badan, lesu badan atau sakit-sakit badan dalam tempoh yang tidak lama. Oleh itu janganlah anda khuwatir jika anda mengalami gejala-gejala tersebut apabila anda selesai mandi sebaliknya banyakkan minum air masak dan berehatlah secukupnya.
2. Penghidup Daya
2. Penghidup Daya
Daya bermaksud upaya atau tenaga. Apabila organ-organ telah mulai berkerja dengan baik dan harmoni maka tubuh badan akan sihat. Mandian Mandi Bunga Seri Wajah kali kedua dengan khasiat bunga-bungaan akan mendatangkan tenaga tambahan pada sipengamalnya. Sebab itulah rata-rata pengamal akan mulai rasa segar dan rasa bertenaga sejurus selepas mandi tanpa ada mengalami rasa lemah, lesu dan sakit. Namun ada juga pengamal yang masih mengalami gejala lemah, lesu dan sakit selepas mandi kali kedua atau kali ketiga maka ini adalah perkara biasa sebab selagi organ-organ dalaman seseorang itu masih belum pulih maka selagi itulah mandian seterusnya akan berfungsi sebagai Penghidup Raga.
3. Penghidup Seri.
3. Penghidup Seri.
Seri bermaksud hidup. Menurut petua orang tua-tua, selagi tubuh berdarah maka selagi itulah tubuh akan hidup maka dari situ dikatakan darah sebagai pemegang rahsia ‘hidup’. Oleh itu tubuh yang mati adalah tubuh yang tiada darah didalamnya dan begitu jugalah dengan wajah yang suram dan kusam adalah wajah yang kurang darah mengalir padanya sehingga kulit pada wajah kelihatan tidak ‘hidup’. Mandian Mandi Bunga Seri Wajah kali ketiga dan seterusnya akan menghidupkan wajah dengan merangsang pengaliran darah secara menyeluruh terutama dibahagian muka dan dengan mengekalkan amalan mandi bunga secara rutin sebenarnya anda telah berjaya mengekalkan seri pada wajah anda secara berterusan.
Namun apabila melakukan adat mandi bunga ini haruslah menjaga akidah kita dan mentauhidkan diri bahawa segala khasiat itu datangnya dari Allah Taala Azza Wajalla dan bukanlah dari kesaktian bunga itu atau dari pembuat air mandian itu..
No comments:
Post a Comment