Assalamualaikum dan salam
sejahtera…
Siapa sangka dengan mula
berdikit-dikit menanam Ros Jepun sebagai hobi akhirnya aku terjebak pula dalam
bisnes online bunga….
Ha….ha…..macam tak percaya pulak…
tapi itulah….. tahun ini ada rezeki buat bisnes online jual bunga. Tapi ros
jepun sahaja tau…bunga-bunga lain belum lagi… tapi ada juga yang bertanya
adakah acik ni menjual pokok-pokok lain juga…
Tapi mungkin pada masa akan
datang… mana tau rezeki kan …achik Reen jual pokok-pokok lain pulak kan...
Dengan ros jepun dan pokok
bunga-bunga juga acik Reen dapat ramai kawan-kawan yang sealiran yang amat suka
dengan pokok-pokok bunga. Makin meriahnya hidup….bila dapat jumpa dengan kawan-kawan
yang mempunyai minat yang sama malah dari seluruh Malaysia …
Alhamdulillah….banyak
kawan luas pandangan dan berkongsi bermacam-macam maklumat berkaitan penanaman dan penjagaan pokok bunga. Rasa bahagia dan
gembira sangat biarpun hanya berkomunikasi di alam maya.
Bermulalah episod baru dalam hidup
acik Reen. Acik Reen mula dengan menjual keratan ros jepun berlapis… ada 8
jenis ros jepun berlapis (double layered) iaitu pink, putih, pink/putih,
kuning, peach, merah, oren dan pink gelap (maroon). Achik Reen jual murah-murah
aje… ikut apa yang ditetapkan dalam group…harga standard RM 1 untuk 7 keratan.
Tapi selalunya achik Reen bagi lebih…kekadang ada FOC lagi…
Bila dah ada koleksi ros jepun selapis achik Reen dah mula mendapat ramai pelanggan.Suka suki kat Group Peminat Rose
Jepun memulakan segalanya. Bermula dengan beberapa orang pelanggan kini achik
Reen tak menang tangan. Macam-macam kerenah…pelanggan...sabar ajelah...Asam garam berniaga...
Bermain panas menanam ros jepun, kerja-kerja
membaja, menyiram, memetik dan mempacking…semuanya rupanya bukan mudah. Setiap
keratan ros jepun yang acik Reen petik perlu dipacking dan dilabel berasingan
mengikut jenis untuk memudah pelanggan menanam nanti. Dah siap semua perlu
tulis nota penghantaran Poslaju…lepas tu pergi ke Poslaju pulak…banyak kerja
juga rupanya…memang remeh…
Namun ini semua adalah satu
pengalaman yang cukup seronok dan menggembirakan. Gembira kerana dapat
berkongsi minat dengan teman-teman sealiran…gembira kerana dapat melihat bunga
comel ini menguntum hidup subur di laman orang…sungguh bahagia rasanya…
Bunga-bunga achik Reen dan mula
bertebaran dari utara hingga ke selatan. Mula menguntum di laman orang… waduh…
puitis banget ni… ada yang teruja bila dah dapat parcel dari achik Reen… achik
Reen tumpang bahagia kawan-kawanku…setiap hari ada pelanggan yang update
tentang perkembangan ros jepun mereka…gembira bukan kepalang bila mereka
bercerita yang ros jepun mula subur di laman mereka…
Untuk pelanggan yang achik Reen
kasihi…terima kasih kerana sudi berurusan….
Terima kasih daun keladi...kalau nak belilah lagi....
4 comments:
cntikny rj kak reen..cmne nk oder ea kak reen..minat nk tanam
Salam... saya nak beli keratan batang ros jepun setiap warna dan jenis boleh? selapis & berlapis2... boleh emailkan details pd sy... email: kartini.2318@gmail.com
saya di ipoh... terima kasih..
salam adik anonymous dan Tini Roslan...
maaf ...
akk x jual rj lagi..
pokok kn virus...
mmg tgh sakit pkk rj tu
akk tgh ber rawatan...
maaf ye...
Nak bli jgak. Zai dr terengganu
Post a Comment