Ini pokok limau purut. Pokok limau purut ni Reen ada tanam kat tepi umah Reen. Senang kalau nak buat rencah memasak. Tak payah dah nak beli.
Tumbuhan limau purut atau nama saintifiknya Citrushystrix ini tidak kurang hebatnya dan sudah
tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita.
Ia tidak ubah seperti limau biasa kecuali
daunnya beranak manakala buahnya bulat tetapi menggerutu dengan rasa masam dan
pahit.
Bagi suri rumah daun limau purut menjadi
pilihan sebagai ramuan atau perisa makanan untuk memasak lauk tomyam, asam
pedas, dan laksa.
Buahnya selalu dijadikan sebagai bahan yang
penting dalam upacara mandi bunga dan mandi
wap yang
menjanjikan kesegarannya.
Antara khasiat Limau Purut :
1. Daun limau
purut banyak digunakan dalam masakan seperti tomyam kerana bau dan rasanya
yang unik.
2. Limau purut
juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap.
3. Selain
berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga
boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat.
4. Ekstrak
minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk
penjagaan diri.
5. Limau purut
juga boleh merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang
perjalanan darah.
Apakah khasiat Limau Purut?
Khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan.
Mengandungi bahan aktif berubat seperti
anti hysteria, anti tumor, pencuci
asli, anti septic, anti bacteria dan banyak lagi.
• Dengan memasukkan pati minyak limau purut
dalam mandian dapat menghilangkan
bau badan serta melembutkan kulit.
• Dapat melancarkan sistem pernafasan dengan
menyapukan pati minyak limau purut
pada dada, tengkuk dan belakang badan.
• Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang
ditumbuk halus dapat mengelak dari
masalah kekuningan pada gigi.
• Sebagai wangian dalam aromaterapi. Kesegaran
nyaman disekeliling ruang dalam
rumah atau pejabat (kantor).
• Memberi aroma pada masakan hingga
membangkitkan selera makan.
Limau Purut baik untuk rambut
Jika anda ingin rambut anda bersih, cubalah
mengambil buah limau purut. Belah dua dan
jusnya diperah ke atas kepala dan
digosokkan ke kulit kepala. Insyallah, jika diamalkan,
rambut menjadi sihat,
berkilat, dan bersih tanpa kelumumur.
1 comment:
Sedia membekal daun dan buah limau purut. Kami ada l/k 1600 pokok limau purut. Contact no 012 2063732 atau sofian11169@yahoo.com
Post a Comment