Thursday, January 17, 2013

Kebun Kecil Di Tepi Rumah

Salam semua.....

Kebun kecil di tepi rumah ini Reen dan Hubby mula usahakan semenjak kita pindah masuk rumah dulu. Dari semasa ke semasa kita tambah sikit-sikit. ada la untuk kegunaan kalau nak memasak. Tak payah nak beli di kedai lagi.

Tanah kat rumah Reen agak berbatu dan keras... memang susah pokok nak hidup. Aunty kat sebelah rumah pun ada komplen yang dia tanam pokok tak berapa nak hidup. namun alhamdulillah... Reen tanam beberapa herba dan pokok hidup...Antara pokok-pokok yang Reen tanam. Maafla ye... visual rumput dan lalang agak panjang kerana pakcik mesin rumput belum potong rumput lagi bulan ini.


Pokok Pandan dan Serai 

Pokok Pegaga 
(Dah tumbuh masa Reen dan Hubby pindah. Dulu sikit jer... sekarang dah penuh. 
Save budget untuk ulam pegaga)

Limau Kasturi 
(besar-besar buahnya lepas letak baja tahi kambing)

Limau Purut

Kelapa Magat
Ikut kata penjualnya pokoknya tinggi 3 kaki jer. Buah lebat. 
(Dibeli ketika Sambutan ulangtahun MPKK di Tasik Bandaran kulim dengan harga RM 25.00)

Pokok Mempelam 
Australian Mango, Pelam Lemak Manis dan Pelam Siam.
Dibeli di Pesta Flora Kulim dengan harga RM 35.00 sepokok lepas diskaun





No comments:

ROS JEPUN CARNATION

 Assalamualaikum sahabat maya Kak Reen, Lamanya menyepi dari blog nie. Bersawang sudah, habuk sana sini. Azam tahun baru, nak rajin-rajin me...