Teman-Temanku

Tuesday, March 03, 2009

Mee Udang

Dah lama x makan mee udang kat Pulau Sayak. Tetiba je ari ni teringin nak makan lak.
Pergi kedai runcit beli barang apa yang patut lepas balik keje. At last.. inilah hasilnya resepi mee udang versi sendiri. Sedap hingga menjilat jari... yummy.............

Mee Udang

Bahan-bahan ( 3-4 org )

1 bungkus mee kuning
300 gm udang saiz L (belasah jerlah saiz apapun eh)
4 sb lada boh / lada giling
*4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 sb udang kering
*1/2 inci halia
2 sb sos tiram
3 sb sos tomato
1 sb sos cili
tepung jagung (optional- utk pekatkan kuah)
gula dan garam
serbuk perasa
taugeh, sawi, lobak merah
daun bawang, daun sup dan bawang goreng
telur (nak rebus boleh @ pecah terus dalam kuah pun boleh) - tapi biar le sebiji-sebiji mcm masak lemak telur tu, jgn pecah nanti x sedap

Cara-cara
Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang dan asingkan.. Air rebusan jgn buang....
Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan-bahan bertanda *... Tumis pulak bahan kisar.... hingga betul garing dan naik bau....
Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili ...
Renehkan kuah
Masukkan garam dan gula...serbuk perasa, bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama lagi sedap....
Letak tepung jagung yang dibancuh dengan air utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh...
Celur mee, taugeh,sawi dan lobak merah.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah dan taburlah dgn daun bawang dan bawang goreng.....


Lepas tu... ape lagi... makan le dengan sepuas-puasnya. Jgn lupa doa makan dan bismillah.