Teman-Temanku

Thursday, June 23, 2011

Gaya Tidur Sang Kucing

Momot Lena Tidur Sampai Tertonggeng
Jojo & Jojie Sedang Enak Melayan Mimpi

Momot, Tabu & Dak Siam asyik dalam dakapan Lion


Jojo sedang memikirkan masa hadapan


Belang (baby sitter) dan Lion saling berpelukan....


Jojo & Jojie Dalam Dakapan Lion "bapa mithali"


Wednesday, June 22, 2011

Pokok Kucing Galak

Pokok Kucing Galak



Setelah beberapa lama aku membela kucing baru aku tahu rupanya ada sejenis pokok yang selalu kucing cari kalau mereka sakit. Rahsia ini pun aku dapat dari seorang pakcik yang datang mengutip derma kat rumah aku. Dia cakap pun lepas tengok aku pun ada bela kucing. Dia kata bila kucing sakit macam demam, cirit birit, selsema... pasti mereka akan cari herba ini untuk makan. Akhirnya... dia tunjuk pokok ini kat aku... dia kata orang pun boleh makan tapi kena ikut nasihat doktor dulu la...So sekarang ni kalau kucing aku sakit atau demam aku cari pokok ini lah...


Sumber dari internet....



Nama tempatan : Kucing Galak
Nama Saintifik : Acalypha Indica
Nama Lain : Indian copperleaf, India acalypha

Famili : Euphorbiaceace

Lokasi Dijumpai : Tumbuhan liar


Keterangan :

Tumbuhan liar berupa rumpai ini begitu mudah dijumpai tumbuh liar di negara kita walaupun dikatakan berasal dari India. Ia sejenis herba semusim dengan ketinggian antara 0.5 ~ 1 meter. Tumbuhan ini menjadi kegemaran kucing yang biasanya akan memakan akar dan daunnya.

Kegunaan :

Digunakan dengan meluas dalam perubatan tradisional dan homeopati. Dalam perubatan tradisional tumbuhan ini banyak digunakan untuk mengubati masalah yang menyerang sistem pernafasan seperti asma, bronkitis dan batuk. Ia juga digunakan untuk menambahkan tenaga batin.


Monday, June 20, 2011

Ahli Keluarga Baru


























Selamat bersua kembali....

Sudah lama blog ini tidak ber up-date. Ini semua gara2 kesibukan yang terlalu extreme....

Lagi pun x banyak cerita yang nak dikongsi...


Setelah beberapa bulan menyepi... sempat la snap beberapa foto ahli keluarga baru.... anak2 Bella yang lahir pada bulan Februari 2011. Aku bagi nama Tomot, Budak Siam & Tabu. Tomot sebabnya mukanya agak comot sikit. Budak Siam sebab badan & bentuknya macam kucing siam & Tabu pula sebab warnanya kelabu.


Jojo & Jojie...masing-masing sudah dapat sesuaikan diri. Lion telah dijadikan mangsa pengganti ibunya. Kadang2 lucu menengok telatah kucing2 ni...