Teman-Temanku

Saturday, May 12, 2012

Tips Tanam Ros



Salam semua,

Sekadar berkongsi cerita tentang bunga ros. Semenjak aku mula kembali berkebun dan menghijaukan taman sekangkang kera di tepi rumah. Banyak benda yang aku pelajari tentang bunga-bunga & tanaman lain.

Dari nama bunga-bunga baru sehinggalah bunga yang memang dah lama kita kenal dan tahu. Jadi hobby sekarang adalah menggogle mencari maklumat baru tentang tanaman termasuk penjagaannya.

Bagiku bunga ros agak susah juga dibela jika tidak kena caranya. Jadi di sini aku ingin kongsikan tips dan beberapa cara menjaga dan membelai bunga istimewa ini berdasarkan info-info yang ditemui.Selain baja, air & tanah, ia juga perlu dibelai dengan penuh kasih sayang.


Antara tips-tips bertanam ros :

1) Seperti tanaman lain apa yang diperlukan oleh pokok ros adalah tanah (campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar.) , air, matahari & sumber nutrien baja.

2) Pokok ros perlu disiram dua kali sehari dan sebaik-baiknya pagi dan petang. Semasa menyiram jangan siram terlalu banyak air pada daun dan batang kerana pokok yang terlalu lembab boleh mengundang pelbagai penyakit.Hanya siram sekadar membasahkan tanah.

3) Berikan baja pokok dan bunga untuk menambahkan nutrien pokok. Saya mengamalkan air basuhan beras & ikan sesekali letakkan kulit pisang pada pangkal pokok ros kerana 
pisang yang mengandungi potassium boleh membantu pokok bunga. Kulit pisang dipotong kecil-kecil boleh diletakkan di dalam pasu atau ditanam didalam pasu pokok ros. 

4) Selain itu, kulit udang, ketam juga boleh digunakan sebagai penambah makro & mikro nutrien yang tinggi untuk pokok bunga ros. 

5) Pokok  bunga ros yang dibeli dari tanah tinggi tidak boleh terus diletakkan di bawah sinar matahari tetapi pendedahan secara bergradual sehingga pokok boleh sesuaikan diri dengan iklim barunya.

6) Paling penting, pokok ros yang telah habis berbunga perlu dicantas untuk menggalakkan pengeluaran bunga. Cubitan pada tangkai ros baru adalah salah satu kaedah yang boelh meningkatkan pengeluaran bunga yang banyak.

7) Pernahkan pokok ros anda tetiba daunnya menjadi kuning dan akhirnya gugur. Air yang kurang membuatkan pokok ini menjadi begitu. Jadi penyiraman yang betul boleh mengelakkan keadaan ini.

8) Pokok ros juga senang diserang black spot, powdery mildew dan rust. Sekiranya pokok anda terkena black spot, buang daun-daun yang terkena penyakit. Untuk mengawal anda boleh gunakan formula organik campuran cili padi, minyak masak, bawang putih, cecair cuci pinggan dan kunyit. Formula ini saya perolehi dari internet juga. Saya pernah mencuba dan hasilnya alhamdulillah pokok saya dapat diselamatkan.


Jadi selamat menanam bunga ros ya...

14 comments:

kaseh najwa said...

mesti best kan
sebab bunga ros cantik....
so saya nk ucapankan
selamat berjaya
untuk jaga bunga ros awak tu...

veronica cyntha amin said...

hi saya punya daun bunga ros tiba2 kuning petang ini sedangkan pagi tp segar bugar and msih hijau.. dan saya siram tiap2 pagi and petang adakan disebabkan cuaca terlampau panas?? sebab hari ini cuaca dkat kawasan sini memang panas sgt.. terasa haba masuk rumah.. macam mana nak elakkan daun dia x kuning @ kering?? risau sgt dah nie rasa nak nangis =(

ROCK MUS said...

Saya baru berjinak-jinak tanam pokok ros. Mula tu beli nak cuba2 je 2 jenis. Lepas 3 bulan tengok best pula sebab tak henti2 berbunga. Sekarang beli lagi. Konon2 nak cuba kahwinkan. malangnya,nampak macam nak mati aje. agaknye kenape ye...Sedih rasanya.

ROCK MUS said...

Dah 4 bulan saya cuba2 tnm ros. Saja nak cuba.Best tengok bunganya. Sekrg beli lagi dan saya cuba kahwinkan pula. Malangnya tak jadi. Masa tanam bukan main bersemangat. Bila nampak macam mati rasa sedih pula. Kenapa ye...

Azreen Afiza said...

Pokok ros yang saya tanam pernah jadi mcm tu. daun tetiba kuning. mungkin cuaca yg bertukar melampau. saya cuba selamatkan dengan trim batang-batang yang terlibat. letak teduh sikit. alhamdulillah.. lepas tu pucuk baru mula tumbuh kembali.

Azreen Afiza said...

Rock Mus..

saya belum pernah cuba kahwinkan ros. tak pasti boleh atau tidak. selalunya saya biakkan guna keratan batang saja.

Anonymous said...

tq...bertambah 1 lagi ilmu...x sabo nak cuba...

Slymerz Shah said...

Assalamualaikum...sy nk tnye skit, yg cmpuran kunyit, pencuci pinggan, mnyak msak 2 formula utk ape??cm ne nk wat??kne cmpur kn sume cmpuran 2 skali then sembur kt daun pokok ke??sy keliru d situ...arap dpt mmbantu sy yg dlm kekeliruan nie...heheh

Azreen Afiza said...

Waalaikummussalam.

Solution kunyit, cecair cuci pinggan, myk masak tu adalah semburan racun organik. Tak memudaratkan pokok. kekadang pokok yang kena serangan bena putih, atau semut, dimakan belalang atau ulat boleh try campuran solution nie. Akak pernah try kat pokok bunga yang kena bena putih alhamdulillah ia berkesan. Cuba try, semuanya ada kat dapur kita.

Semua bahan-bahan yang kena kisar, tapis dan masukkan dalam botol semburan. Itu yang paling mudah. Cuba google resepinya.

Anonymous said...

Saya baru mula mencuba-cuba tanam bunga Ros. Saya siram pagi dan petang, dan saya beri baja najis ayam dan baja yang para penjual bunga di sini dipanggil 'baja mejik'. Masalahnya iala daun banyak yang kering dan gugur. harap dapat bantu saya.

Azreen Afiza said...

Saya rasa Cik mungkin terletak lebih baja. Pokok ros sensitif... setahu saya baja tahi ayam jenis yang panas.

Saya pun pernah jadi jg macam nie.. untuk selamatkan pokok ros tu..saya potong ranting yang terlibat. Siram macam biasa dan cuba letakkan teduh sedikit untuk pemulihan. Lagi pun cuaca sekarang sangat panas.

Selain tu saya juga siram air basuhan beras, air basuhan ikan untuk baja organik. Kekadang saya letak kulit pisang untuk menggalakkan pengeluaran bunga yang banyak..dan pertumbuhan pokok.

Anonymous said...

patut la bun sy mati, myb sbb Baja byk sgt, sbb 2 mggu sblm mati mmg ok lg, sedih sgt tgk dia mati dlm masa smmgu je lps buh Baja, pdhl nak kata ir byk x la. :(

ejuputra said...

Salam... start beli rumah baru says Ada tanam 2 jenis look bung a ros..skrg day jadi 5 pokok..kelmarin beli lg 4 pokok..seronok tan am ros.. laman rumah yg kecik nmpk ctk

Azreen Afiza said...

Salam Ejaputra,

Memang seronok menanam ros tapi kena
tahu teknik dan cara.
Kak Reen paling suka bila tengok pucuk baru keluar dan menunggu untuk keluarkan kudup bunga...
Tak sabar tunggu dia bloom...
Kembang penuh...ya Allah...
kembang dan berbunga-bunga hatiku...